Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu

Lawatan ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) KTCC, projek infrarakyat berimpak tinggi ECERDC bakal mercu tanda ikonik Terengganu.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

Projek pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre – KTCC) kini sedang rancak dalam pembinaan. Ia bakal menjadi satu lagi projek infrarakyat yang akan merubah landskap dan melonjakkan transformasi sosioekonomi Terengganu.

Pada Isnin, 26 Februari 2018, saya berpeluang menyertai delegasi melawat pembangunan projek infrarakyat berimpak tinggi yang sedang giat dilaksananakan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) ini. Lokasi utama kami lawati adalah ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) yang bakal menjadi mercu tanda ikonik Terengganu.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

KTCC Drawbridge Projek Infrarakyat Berimpak Tinggi ECER


Baru-baru ini saya ada berkongsi informasi berkenaan aspirasi yang sedang giat dilaksanakan bagi melonjakkan sosioekonomi Terengganu dan boleh dibaca pada link di akhir artikel ini.

Projek jambatan angkat di KTCC ini juga memainkan peranan penting dan merupakan jambatan pertama seumpamanya di rantau ini. Ia bakal memudahkan perhubungan kenderaan antara Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir disamping membolehkan kapal-kapal melintas. Kerja-kerja pembinaan jambatan angkat sepanjang 632 meter ini telah bermula pada tahun 2014 dan dijangka siap penghujung 2018.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

Sejujurnya, pertama kali melihat jambatan angkut ini mengingatkan saya tentang Tower Bridge di London. Namun, drawbridge di KTCC ini dilengkapi infrastruktur terkini dengan keunikan tersendiri. Terdapat 2 menara di Muara Selatan dan Muara Utara yang bakal dilengkapi restoran eksklusif, dek tinjauan dan sebuah galeri sebagai tarikan pelancongan gerbang ECER di Terengganu.

Jambatan angkat ini juga berperanan penting dalam melengkapi keseluruhan pembangunan KTCC yang bakal menjadi sebuah Bandar Warisan Pesisir Air. Ia dijangka mewujudkan 10,170 peluang pekerjaan baru menjelang 2020 dan lebih banyak pembangunan di Muara Utara dan Muara Selatan akan diterajui pihak swasta dengan nilai keseluruhan pelaburan dianggarkan sebanyak RM5 billion.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

Saya juga telah menerima lakaran artis tentang jambatan angkat ini apabila ia siap sepenuhnya nanti. Terdapat dua lakaran panorama waktu siang dan malam. Ia bukan sahaja menjadi penghubung yang memudahkan perhubungan Muara Selatan dan Muara Utara, tetapi menjadi pelengkap keindahan KTCC dalam memacu pembangunan sosioekonomi dan tarikan pelancongan yang menjadi mercu tanda ikonik kebanggaan kepada negeri Terengganu.

Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,
Jambatan Angkat, Drawbridge KTCC, Mercu tanda ikonik Terengganu,

Lawatan Projek Pembangunan Jalan Baharu KTCC


Bagi menampung pertumbuhan di KTCC, ECERDC juga sedang giat melaksanakan projek-projek infrastruktur termasuk penambahbaikan dan pembinaan jalan baharu bagi meningkatkan lagi akses atau kesinambungan KTCC dengan kawasan persekitaran untuk keselesaan penduduk setempat serta kemudahan kepada orang ramai.
  
Kami juga turut dibawa melawat ke sebahagian daripada tapak projek pembangunan jalan baharu yang bakal menjadi laluan penghubung utama kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke kawasan pembangunan Muara Selatan dan Muara Utara KTCC. Merupakan projek jalan baharu dibawah Pakej 1 KTCC dan dijangka siap pada April 2019.

Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,
Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,

Kerja-kerja pembinaan dibawah Pakej 1 ini melibatkan jalan baharu sepanjang 3.9km di kawasan persisiran pantai bermula dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara Seberang Takir KTCC. Ini bakal memudahkan lagi perjalanan kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan mengambil masa perjalanan secara signifikan selama 15 minit.

Justeru, dengan terbinanya projek jalan baharu ini juga dijangka akan memacu lagi pertumbuhan menyeluruh peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan baharu disepanjang laluannya, termasuk prospek pembangunan komersil dan kawasan terbuka untuk orang awam.

"KTCC telah membangun menjadi sebuah destinasi pilihan dalam kalangan pelabur dan penduduk di Wilayah ini memandangkan ia merupakan sebuah lokasi yang ideal untuk bekerja, beriadah dan sebagai tempat kediaman. Ini merupakan hasil pelaksanaan projek-projek strategik dan kerja-kerja infrastruktur yang telah memacu transformasi sosioekonomi di kawasan terbabit, namun pada masa yang sama tetap mengekalkan ciri-ciri unik kebudayaan dan warisan Terengganu" - YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

Selain itu, bagi memastikan pembangunan pesat KTCC membawa manfaat penduduk tempatan, ECERDC telah melaksanakan beberapa program modal insan di Terengganu. Salah satunya adalah program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN) yang merupakan program bersepadu bertujuan meningkatkan taraf hidup serta kemampanan dikalangan nelayan tempatan. 

Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan rangkaian nilai perikanan, merangkumi aktiviti perikanan huluan dan hiliran yang dijangka memberi manfaat kepada 452 isi rumah, atau hampir 2,000 penduduk tempatan termasuk keluarga mereka.

Program-program inklusif empower ECER dan Agropolitan Besut - Setiu juga telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di kawasan luar bandar, manakala program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER membantu usahawan tempatan berjaya di dalam dan luar negara.

Projek jalan baharu Lapangan Terbang Sultan Mahmud - KTCC, ECERDC, Terengganu,

Kerjasama antara ECERDC dan pelabur-pelabur swasta melalui Program Pemerkasaan Graduan ECER (ETEP) juga telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan, dan memberikan mereka prospek pekerjaan yang lebih baik. Seramai 13,100 rakyat Terengganu telah menerima manfaat hasil daripada program yang dilaksanakan setakat ini.

Perlaksanaan program-program tersebut juga bertujuan memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan kemampuan sewajarnya untuk merebut peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana pelaburan swasta. Sehingga 2017, Terengganu telah menerima pelaburan swasta berjumlah 33.7 billion dan mewujudkan lebih 41,000 peluang pekerjaan serta 7,500 peluang keusahawanan.

Selain melawat tapak projek jambatan angkat di KTCC dan pembangunan jalan baharu ini, saya juga turut berpeluang menemubual beberapa peserta program empower ECER dan entrepreneur ECER yang akan saya kongsikan pada artikel mendatang.

Layari info lanjut mengenai ECER dan ECERDC di www.ecerdc.com.my



COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu
Jambatan Angkat KTCC Mercu Tanda Ikonik Baharu Terengganu
Lawatan ke tapak projek jambatan angkat (drawbridge) KTCC, projek infrarakyat berimpak tinggi ECERDC bakal mercu tanda ikonik Terengganu.
https://1.bp.blogspot.com/-WpSsvF9xwVg/WpX-Vql2N3I/AAAAAAAATEc/c5Yz-AM2DAcnhRfSE-kULLejFX0ow_xuQCLcBGAs/s640/KTCC%2BDrawbridge.png
https://1.bp.blogspot.com/-WpSsvF9xwVg/WpX-Vql2N3I/AAAAAAAATEc/c5Yz-AM2DAcnhRfSE-kULLejFX0ow_xuQCLcBGAs/s72-c/KTCC%2BDrawbridge.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/jambatan-angkat-ktcc-mercu-tanda-terengganu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/jambatan-angkat-ktcc-mercu-tanda-terengganu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy