LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme

LinkedIn Local Professional (Series 1) - Discussion: Personal Branding & Employee Advocacy.


LinkedIn Local Professional (Series 1),

Sebelum ini saya pernah berkongsi tentang aspirasi dan kebolehpercayaan media sosial dalam memperkasa kerjaya dan keusahawanan. Ia boleh dibaca di > SINI.

Atas galakan rakan industri dan memperkasa potensi kerjaya dalam era digital kini, saya terpanggil mendapatkan kefahaman antaranya tentang platform laman sosial LinkedIn. Saya berpeluang menghadiri sesi ilmu LinkedIn Local Professional (Series 1) – Discussion: Personal Branding and Employee Advocacy yang diadakan di Uppercase Bangsar pada 8 Februari 2018.

LinkedIn Local Professional (Series 1),

LinkedIn Local Professional (Series 1)


LinkedIn Local Professional (Series 1) menampilkan beberapa ‘industry’s professionals' sebagai panelis yang membincangkan melalui sesi perkongsian dan soal jawab tentang idea bagaimana membangunkan penjenamaan peribadi sebagai sokongan kerjaya yang mampan. Merupakan topik yang menarik dan sememangnya bersesuaian buat diri ini.

Para Panelis terdiri daripada para profesional yang telah berjaya mencipta penjenamaan diri melalui laman media sosial terutamanya LinkedIn;

Badrie BOB Abdullah
University Fellow and Fellow of CMI, Director of Corporate and Executive Education at UUM School of Business, juga Founder and CEO of Centre for Leadership and People Management Malaysia Cen4Leap.

Nadiah Tan Abdullah
Chief Human Resources Officer at SP Setia Berhad

Azleen Abdul Rahim
Marketing Strategist, Content Developer, Editor dan Partner di NSE PLT dan Columnist Utusan Malaysia

Joy Abdullah
Tersenarai antara Malaysia's 10 Most Engaged Folks on LinkedIn 2015, Strategic Storyteller membangunkan perbualan yang berupaya menjana social capital untuk kedayaupayaan organisasi. 

Bagi yang belum mengetahui, LinkedIn mempunyai keistimewaan dan potensi tersendiri berbanding kebanyakkan laman sosial yang lain. Ia diketahui sebagai platform media sosial pilihan kebanyakkan para professional, usahawan, pelabur, ahli perniagaan, korporat dan yang seangkatan melalui jaringan perhubungan seluruh dunia.

Atas aspirasi tersebut juga merupakan sebab menghadiri sesi ini bagi mendapatkan idea terbaik melalui perkongsian pengalaman mereka yang telah berjaya membina penjenamaan peribadi.

LinkedIn Local Professional (Series 1),

Membina Perhubungan Melalui Platform LinkedIn


Sebagai blogger yang terlibat dalam industri online dan mempunyai beberapa rangkaian media sosial, ini adalah antara laman ilmu yang patut saya pelajari. Tambahan lagi ini juga merupakan pengalaman pertama saya menyertai sesi berkaitan LinkedIn ini.

Antaranya, saya berpeluang bertemu mesra beberapa individu yang sebelum ini hanya dikenali di LinkedIn, juga menambah jaringan perkenalan dengan yang baru. Malah begitu juga dengan para panelis yang sebelum ini hanya mengikuti konten yang dikongsikan di LinkedIn. Inilah kali pertama bersua muka, berjabat tangan dan saling kenal mengenali.

Saya juga berbesar hati kerana dapat bertemu saudara Azleen Abdul Rahim, salah seorang panelis yang merupakan Marketing Strategist dan aktif di LinkedIn. Saya merupakan antara subscriber website www.azleen.com mengikuti pelbagai panduan berkaitan pemasaran.

LinkedIn Local Professional (Series 1), Azleen, Khir Khalid,
LinkedIn Local Professional (Series 1),

Justeru, bagaimana membina penjenamaan peribadi yang dapat membantu menyokong kerjaya atau mencapai hasrat yang disasarkan? 

Ada beberapa cara yang dikongsi melalui pengalaman para panelis yang boleh dijadikan panduan.

Ia merupakan usaha jangka panjang yang melibatkan pengisian konten secara konsisten. Menulis dan terus menulis secara konsisten. Pastikan juga apa yang ditulis dapat memberi nilai tambah yang bermanfaat kepada pembaca. Berinformatif walaupun santai dan yang penting bukanlah perkongsian yang bercorak negatif, tetapi sesuatu yang membina. 

Perkongsian konten yang baik dan bermanfaat mempamerkan siapa kita dalam hubungan membina penjenamaan peribadi juga menyokong profesionalisme kerjaya.

LinkedIn Local Professional (Series 1),

Kita sebenarnya perlu merancang corak penulisan, membina dan mengenalpasti pembaca. Menyusun jadual perkongsian konten juga merupakan faktor yang amat digalakkan. Seperti yang dikongsikan saudara Azleen, beliau berkongsi 2 konten sehari di LinkedIn tentang perkara berkaitan pemasaran.

Selain itu, kepentingan laman web dan blog dalam menyokong kerjaya juga memainkan peranan penting. Ia platform utama dalam membina kepercayaan pasaran dan industri terhadap diri kita hasil dari perkara yang dikongsikan di media sosial.

Kebolehpercayaan laman web dan blog sebagai sokongan kerjaya dan keusahawanan akan saya kongsikan lagi pada artikel yang lain nanti, in shaa Allah.

LinkedIn Local Professional (Series 1),

Sesi LinkedIn Local Professional (Series 1) ini sememangnya memberi suntikan ilmu dan juga semangat buat diri ini untuk lebih prihatin dalam merancang perkongsian konten bermanfaat dan mempunyai impak dalam membina penjenamaan diri dan juga memperkasa kerjaya.

Sesungguhnya ilmu yang dikongsikan ini juga sebenarnya amat berguna untuk dipraktikkan bukan sahaja di LinkedIn, tetapi di semua media sosial, bergantung kepada kemampuan serta pemahaman sendiri tentang siapa dan apa hasrat yang ingin direalisasikan.

Perkara utama adalah kejujuran kepada diri sendiri dalam penghasilan konten untuk dikongsikan adalah tools penting bagi seorang profesional. Perlu tahu siapa dan apakah tujuan kita berkongsi informasi dan konsisten dengan perkongsian bermanfaat kepada pembaca yang disasarkan.

Terima kasih kepada para panelis atas perkongsian berharga, juga tahniah kepada pihak penganjur serta semua yang terlibat menjayakan majlis ilmu ini. 

LinkedIn Local Professional (Series 1),
Kredit Foto: Azleen Abdul Rahim

Buat masa ini saya aktif berkongsi aspirasi di facebook, instagram dan blog ini, dan masih berdiam diri di LinkedIn. Hanya membaca dan mengikuti perkongsian pakar industri dan professional disamping membina kenalan dengan berkongsi pendapat melalui komen di status Connections.

Namun seperti rakan industri lain, saya juga perlu membina konten di LinkedIn yang dapat dimanfaatkan untuk membina penjenamaan peribadi demi kebaikan kerjaya.

Jom kita berhubung di LinkedIn > Khir Khalid    

COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme
LinkedIn Local Professional (Series 1) – Penjenamaan Dan Profesionalisme
LinkedIn Local Professional (Series 1) - Discussion: Personal Branding & Employee Advocacy.
https://2.bp.blogspot.com/-YU_NgTL7-u8/Wn2mWG2encI/AAAAAAAAS60/mXbfL7N8wHQBj_NYotzP2h8CY_6WFpvhACLcBGAs/s640/LinkedIn%2BLocal%2BProfessional1.png
https://2.bp.blogspot.com/-YU_NgTL7-u8/Wn2mWG2encI/AAAAAAAAS60/mXbfL7N8wHQBj_NYotzP2h8CY_6WFpvhACLcBGAs/s72-c/LinkedIn%2BLocal%2BProfessional1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/linkedin-local-professional-series-1.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/linkedin-local-professional-series-1.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy