Pasir Puteh Bakal Jadi Kawasan Pertumbuhan Baru Kelantan

Projek dan program berimpak tinggi ECERDC di Tok Bali dijangka memacu pertumbuhan, pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk rakyat Kelantan.


Penduduk sekitar Pasir Puteh, Kelantan kini boleh bersiap sedia memperkasa aspirasi dan merebut limpahan peluang pembangunan yang bakal menjadi kawasan pertumbuhan baru di Kelantan.

Bersandarkan asas teguh yang telah dibina sedekad lalu, pertumbuhan ekonomi negeri Kelantan dijangka akan terus berkembang, termasuk di Jajahan Pasir Puteh khususnya Tok Bali. Perkembangan ini akan dipacu pembangunan berimpak tinggi yang kini sedang dilaksanakan Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Ia bakal mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk Rakyat.

ECERDC Pasir Puteh, Tok Bali, Kelantan,

Projek Dan Program Berimpak Tinggi ECERDC


Antara projek-projek pemangkin yang akan meningkatkan pelaburan di Kelantan termasuklah pembangunan Pelabuhan Tok Bali. Berdasarkan lokasinya yang strategik, pelabuhan tersebut dikenalpasti sebagai “Hab Pengedaran Serantau” bagi pergerakan barangan untuk perdagangan rentas sempadan dengan Selatan Thailand dan Indochina. Ia berperanan sebagai sebuah pelabuhan pengantar bagi Pelabuhan Kuantan dan pelabuhan serantau bagi Indochina. 

Sementara itu, Taman Perikanan Bersepadu Tok Bali (TBIFP) dijangka akan melonjakkan Tok Bali sebagai hab perikanan utama bagi pasaran tempatan dan antarabangsa. Ia sekaligus meningkatkan potensi daerah tersebut untuk menarik lebih banyak pelaburan dalam bidang pemprosesan utama bagi produk-produk makanan berasaskan ikan, otoshimi, mil ikan dan industri-industri sokongan seperti kilang pembuatan ais, yang digabungkan dengan sektor ekopelancongan marin dan hospitaliti.

Pembangunan Taman Peindustrian Tok Bali (TBIP) pula dijangka bermula tahun ini bagi menampung keperluan usahawan-usahawan tempatan yang kian meningkat melalui pembangunan lot-lot sedia ada untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan hab-hab pengeluar peralatan asli (OEM). Ini juga bakal menampung jangkaan pertumbuhan dalam pelaburan swasta di Wilayah ini, khususnya sektor pembuatan, perniagaan tani, serta minyak dan gas.

ECERDC, Wilayah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur,

Tok Bali Dijangka Memacu Pertumbuhan Pelaburan Kelantan


Selain itu, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dijangka akan mempunyai stesen terbesar di Kelantan di Tok Bali untuk mengendalikan kargo dan penumpang, akan memudahkan lagi pergerakan barangan dan pengangkutan kepada orang ramai, serta menggalakan pertumbuhan berasaskan transit di daerah tersebut yang sekaligus akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Projek-projek dan program-program berimpak tinggi yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan melalui ECERDC dengan kerjasama Kerajaan Negeri serta rakan-rakan strategic yang lain telah membolehkan ekonomi Kelantan berkembang dengan ketara dalam tempoh sedekad ini dan seterusnya membuka lebih banyak peluang kepada Rakyat untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka" - Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John.

Menurut Datuk Seri lagi; sejajar perkembangan pesat pelaburan di Kelantan, Kerajaan terus menyediakan peluang untuk Rakyat meningkatkan kemahiran dengan mempersiap penduduk tempatan dalam merebut lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan. Pelancaran program empower ECER di Pasir Puteh ini juga merupakan usaha dalam memastikan segenap  lapisan masyarakat berpeluang mendapat manfaat transformasi sosioekonomi di ECER.

Yang Berhormat Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), telah melancarkan program empower ECER di Pasir Puteh. Pelancaran ini menandakan pelaksanaan program di kesemua sepuluh Jajahan negeri Kelantan, sekaligus membolehkan penduduk tempatan terlibat dengan inisiatif dan program bersifat inklusif ini.

Perasmian telah dihadiri 1,500 hadirin. Dato’ Asyraf telah menyampaikan sijil kepada tujuh sekolah yang akan dipilih menyertai program Latihan Akademik empower ECER buat julung kalinya mulai tahun ini. Melalui inisiatif ini, sejumlah 300 pelajar yang lemah dari segi akademik dan berasal dari keluarga B40 di Pasir Puteh, kini sedang mengikuti kelas tuisyen serta sesi motivasi dan kepimpinan secara percuma, yang telah bermula sejak Januari tahun ini. 

ECERDC, Wilayah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur,

Mewujudkan Peluang Pekerjaan dan Keusahawanan Untuk Rakyat


Program ini bertujuan memastikan agar mereka berjaya mencapai keputusan yang lebih baik dan cemerlang dalam peperiksaan utama iaitu Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.

Di samping itu, seramai 200 peserta dewasa dan belia, yang sebahagian besarnya adalah dari kumpulan B40, dijangka akan dipilih menyertai kumpulan pertama peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER menjelang Mac 2018. Mereka bakal mendapat manfaat melalui kelas-kelas kemahiran vokasional dan teknikal yang diberikan secara percuma, termasuk kelas bakeri dan masakan, jahitan, membaiki penghawa dingin dan servis kenderaan sebagai platform meningkatkan pendapatan sebagai usahawan atau mendapatkan pekerjaan sebaik tamat kursus.

Di Kelantan, program empower ECER telah berjaya memberikan manfaat kepada lebih 15,600 Rakyat. Ini termasuk 11,800 pelajar dan 1,100 peserta Orang Asli bagi program Latihan Akademik. 

Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan empower ECER telah memberi manfaat kepada 3,800 peserta, di mana 90 peratus daripadanya telah berjaya memulakan perniagaan sendiri melalui penjanaan pendapatan tambahan antara RM1,000 dan RM10,000 sebulan. Lebih penting lagi, para peserta terbabit telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 3,000 penduduk tempatan.

“Pelancaran empower ECER di Pasir Puteh ini merupakan bukti komitmen ECERDC untuk memperluas dan menambahbaik program-program pembangunan modal insan kami di Kelantan. Menyedari bahawa aktiviti keusahawanan merupakan pemacu utama bagi pertumbuhan sosioekonomi negeri Kelantan, ECERDC telah meningkatkan usaha untuk membangunkan lebih ramai usahawan mikro, kecil dan sederhana, terutamanya mereka yang terlibat dalam perniagaan produk Halal,” - Datuk Seri Issace.

Sebagai contoh, di bawah program entrepeneur ECER-SIRIM, seramai empat peserta telah diberi bimbingan dan latihan daripada segi kualiti produk, pelabelan dan penjenamaan, pensijilan halal, pengurusan kewangan dan pemasaran. Di samping itu, program entrepeneur ECER-Agrobank telah membantu 168 peserta mendapatkan akses kepada pembiayaan dan bimbingan perniagaan memandangkan dana dan modal merupakan faktor utama dalam membantu para usahawan menjalankan perniagaan mereka.

Syarikat ZS Maju Product merupakan salah satu syarikat tempatan yang telah menerima manfaat daripada program entrepreneur ECER. 

ECERDC, Wilayah Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur,

“Bimbingan dan latihan yang diberikan melalui program entrepreneur ECER-SIRIM bukan sahaja telah memberikan kami akses kepada dua teras utama dalam ekosistem keusahawanan, iaitu pembiayaan dan kemasukkan pasaran, malah ia turut memberikan pengetahuan mengenai bagaimana kami boleh membina sebuah perniagaan yang mampan dalam pasaran halal yang amat kompetitif,” kata pengasas Syarikat ZS Maju Product, Puan Zainon binti Salleh, yang juga merupakan penerima Anugerah Khas Usahawan Bertransformasi (Halal) entrepreneur ECER. 

Sejak menyertai program, syarikat beliau telah berjaya mengembangkan perniagaan dan membekalkan produk makanan halal keluarannya di pasar raya seluruh Malaysia. Syarikat tersebut juga turut terpilih menyertai Ekspo Halal Singapura sebanyak dua kali dalam tempoh dua tahun yang lalu.

Entri Terkait: empower ECER Tingkatkan Taraf Hidup Di Maran

COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Pasir Puteh Bakal Jadi Kawasan Pertumbuhan Baru Kelantan
Pasir Puteh Bakal Jadi Kawasan Pertumbuhan Baru Kelantan
Projek dan program berimpak tinggi ECERDC di Tok Bali dijangka memacu pertumbuhan, pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan keusahawanan untuk rakyat Kelantan.
https://3.bp.blogspot.com/-Hf9aJo7a86o/Wn7rXQwYENI/AAAAAAAAS8U/jGLEo0i2uqUOZS8dUKto6r6rjAtWWSekwCEwYBhgL/s640/Pasir%2BPuteh%2BPic%2B1.png
https://3.bp.blogspot.com/-Hf9aJo7a86o/Wn7rXQwYENI/AAAAAAAAS8U/jGLEo0i2uqUOZS8dUKto6r6rjAtWWSekwCEwYBhgL/s72-c/Pasir%2BPuteh%2BPic%2B1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/pasir-puteh-pertumbuhan-baru-kelantan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/pasir-puteh-pertumbuhan-baru-kelantan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy