Projek Infrarakyat Bakal Lonjakkan Sosioekonomi Terengganu

Projek infrarakyat dibawah perlaksanaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur - ECERDC, bakal lonjakkan sosioekonomi Terengganu.

Transformasi Pusat Bandar Kuala Terengganu, Kuala Terengganu City Centre, KTCC, ECERDC, ECER,

Transformasi Pusat Bandar Kuala Terengganu (Kuala Terengganu City Centre - KTCC) bakal menjadi sebuah Bandar Warisan Pesisir Air, kini sedang rancak dengan kerja-kerja pembinaan jalan baru dari Seberang Takir di Muara Utara KTCC sehingga ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud. Projek jalan baharu dibawah Pakej 1 KTCC ini dijangka siap pada April 2019.

Projek infrarakyat ini dilaksanakan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, sebagai sebahagian daripada perancangan pembangunan keseluruhan bagi menampung pertumbuhan semasa dan masa hadapan KTCC.

Majlis pecah tanah telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman selaku Menteri Besar Terengganu pada 1 Februari 2018.

Projek Infrarakyat Bakal Lonjakkan Sosioekonomi Terengganu, ECERDC, ECER,

Projek Infrarakyat Pembangunan Jalan Baharu KTCC 


Pembangunan jalan baharu akan menjadi laluan penghubung utama kenderaan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud untuk ke kawasan pembangunan di Muara Utara dan Muara Selatan KTCC. Ia membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dengan tempoh masa perjalanan secara signifikan sehingga 15 minit.

Kerja-kerja pembinaan dibawah Pakej 1 ini melibatkan jalan baharu sepanjang 3.9km di kawasan pesisir pantai bermula dari Jalan Ketapang Pantai sehingga ke Muara Utara. Projek ini dijangka akan memacu pertumbuhan peluang-peluang perniagaan dan keusahawanan baharu di sepanjang laluannya, termasuk prospek pembangunan komersil dan kawasan terbuka untuk orang awam.

Selain itu, satu lagi projek infrastruktur yang sedang dijalankan di KTCC ialah pembinaan jambatan angkat atau ‘drawbridge’ yang menghubungkan Muara Utara dan Muara Selatan. Jambatan angkat ini akan menjadi mercu tanda ikonik Kuala Terengganu dan merupakan jambatan pertama seumpamanya di rantau ini yang dijangka siap menjelang suku kedua 2018.

Jambatan angkat 'drawbridge' Kuala Terengganu, ECERDC,

Melonjakkan Taraf Sosioekonomi Negeri Terengganu


Buat masa ini, KTCC telah berjaya menarik lebih RM4.5 billion pelaburan swasta bagi projek pembangunan bercampur yang merangkumi sebuah hotel, pangsapuri servis, SOHO, kompleks membeli-belah dan taman tema di kawasan seluas 30.7 ekar di KTCC.

Kerja-kerja pembinaan bagi keseluruhan projek dijangka siap menjelang 2024 dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan bakal diwujudkan untuk penduduk tempatan. Menerusi perlaksanaan projek secara berterusan ini, transformasi KTCC bakal meningkatkan lagi sektor pelancongan negeri sekaligus menjadikan Kuala Terengganu sebagai salah satu gerbang pelancongan ke ECER.

ECERDC juga telah melaksanakan beberapa program pembangunan modal insan di Terengganu. Salah satu daripadanya adalah program Akuapolitan Kuala Nerus (AKN), sebuah program bersepadu dan menyeluruh bertujuan meningkatkan pendapatan isi rumah, menaiktaraf kualiti hidup dan memastikan kemampanan dalam kalangan nelayan tempatan.

Projek ini melibatkan pembangunan keseluruhan rangkaian nilai perikanan yang merangkumi aktiviti perikanan huluan dan hiliran, dan dijangka memberi manfaat kepada 452 isi rumah atau hampir 2,000 penduduk tempatan sekeluarga secara keseluruhan.

Kuala Terengganu City Centre, KTCC, ECERDC, ECER,

Program Inklusif ECERDC Untuk Pembangunan Sosioekonomi Terengganu 


Disamping itu juga, program-program inklusif seperti empower ECER dan Agropolitan Besut-Setiu telah membantu meningkatkan pendapatan isi rumah B40 di kawasan luar bandar, manakala program entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER telah membantu usahawan dan perniagaan tempatan berjaya di dalam dan luar negara.

Kerjasama antara ECERDC dan pelabur-pelabur swasta melalui Program Pemerkasaaan Graduan ECER (ETEP) juga telah berjaya meningkatkan kebolehpasaran graduan tempatan bagi prospek pekerjaan yang lebih baik. Setakat ini, seramai 13,100 rakyat Terengganu telah menerima manfaat hasil daripada program yang dijalankan.

Perlaksanaan program-program tersebut juga akan memastikan rakyat mempunyai kemahiran dan kemampuan sewajarnya untuk merebut peluang-peluang pekerjaan dan keusahawanan yang dijana pelaburan swasta di Terengganu. Sehingga tahun 2017, Terengganu telah menerima pelaburan swasta berjumlah 33.7 billion yang mewujudkan lebih 41,000 peluang pekerjaan dan 7,500 peluang keusahawanan untuk rakyat.

COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,158,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Projek Infrarakyat Bakal Lonjakkan Sosioekonomi Terengganu
Projek Infrarakyat Bakal Lonjakkan Sosioekonomi Terengganu
Projek infrarakyat dibawah perlaksanaan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur - ECERDC, bakal lonjakkan sosioekonomi Terengganu.
https://4.bp.blogspot.com/-ScE5Hq6lWZg/Woq0OiD-xbI/AAAAAAAATCk/83on0yhIztgrhG4Qn1wRaDM-AmXBi76ewCLcBGAs/s640/KTCC%2BPic%2B3.png
https://4.bp.blogspot.com/-ScE5Hq6lWZg/Woq0OiD-xbI/AAAAAAAATCk/83on0yhIztgrhG4Qn1wRaDM-AmXBi76ewCLcBGAs/s72-c/KTCC%2BPic%2B3.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/projek-infrarakyat-ecerdc-terengganu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/projek-infrarakyat-ecerdc-terengganu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy