Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya

Tanggungjawab Pengarah Syarikat 'role and responsibility' yang terkait dengan akta dan kerjaya yang perlu kita tahu.

Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya,

Beberapa minggu lepas, saya terlibat merangka rumusan tanggungjawab Pengarah Syarikat atau Company Directorship berpandukan rujukan perundangan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Saya terpanggil menjadikannya sebahagian perkongsian panduan serta peringatan sosio-pendidikan kepada penuntut institusi dan terutamanya sesiapa jua yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan. Malah, ia juga terpakai kepada mereka yang berhasrat menjawat peranan penting dalam sesebuah organisasi atau pensyarikatan.

Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya,

Pensyarikatan, Pengarah Dan Setiausaha Syarikat


Bagi sektor swasta, nama Pengarah Syarikat (Directorship) tersenarai dalam Memorandum and Article of Associsation (M&A). Ia difailkan oleh setiausaha syarikat yang dilantik selaku wakil syarikat kepada SSM semasa penubuhan melalui persetujuan pihak-pihak syarikat yang terlibat. Prosedur biasa sama ada bagi penubuhan bertaraf Sendirian Berhad, Berhad, Koperasi atau Pertubuhan.

Setiausaha Syarikat merupakan pihak ‘independent’ bertauliah dan dipertanggungjawabkan sebagai pemudahcara bagi memastikan segala dokumentasi dan prosedur sesebuah pensyarikatan berjalan lancar dan ‘update’ untuk SSM. Merangkumi juga pemudahcara Audit tahunan, resolusi syarikat melalui mesyuarat pengarah dan yang berkaitan dengannya.

Ada ‘secretarial fees’ yang perlu ditanggung sesebuah syarikat untuk khidmat setiausaha syarikat.

Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya,

Etika Pengarah Syarikat, Peranan Dan Tanggungjawab


Justeru, sekiranya anda menubuhkan syarikat sendiri berhad atau dilantik oleh majikan atas kepercayaan dan prestasi kerja untuk menjawat Pengarah Syarikat, segala proses dan prosedur rasmi perlantikan akan melalui Setiausaha Syarikat seperti yang dinyatakan di atas.

Segala urusan perlantikan atau perletakan jawatan pengarah akan difailkan dan termaktub dibawah Akta Syarikat 1965, seksyen 141 (6). Rujuk kod etika di sini> Kod Etika Pengarah Syarikat.

Namun, tujuan perkongsian ini adalah untuk menyatakan bahawa setelah anda dilantik sebagai Pengarah Syarikat dan nama anda telah disenaraikan, anda bertanggungjawab dan dipertangjawabkan terhadap segala urusan syarikat. Ia termasuk perjalanan syarikat, hutang piutang serta pelbagai lagi batas-batas perundangan yang anda sepatutnya tahu sebelum membuat sebarang persetujuan.

Saya pernah berkongsi artikel terdahulu berkaitan penama syarikat, tapi sehingga kini masih lagi terdapat kes-kes yang berlaku di SSM sehingga melibatkan pendakwaan Pengarah Syarikat.

Namun yang pada realitinya Pengarah Syarikat tersebut hanyalah pengisi penama dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau tahu perihal yang berlaku peringkat tertnggi syarikat tersebut.

Antara yang banyak berlaku ialah faktor ‘Sleeping Director’;

  1. Pengarah hanya penama syarikat miliki suami atau abang, saudara, pakcik dan sebagainya. Memberi kepercayaan menggunakan nama disebabkan masalah yang berlaku kepada pemilik sebenar seperti hutang atau lain-lain bagi menyelamatkan syarikat agar tidak terkesan. 
  2. Majikan melantik pekerja yang paling dipercayai mengisi penama Directorship mengikut prosedur SSM agar mempunyai kuasa penuh atas segala keputusan yang dibuat terhadap syarikat. Penama hanya diberi elaun tanpa perlu tahu atau mempunyai kuasa. Malah ada yang tidak diberi sebarang elaun pun. 
  3. Majikan ingin meyakinkan pihak-pihak tertentu atas status pendidikan atau latarbelakang kewangan yang masih ‘fresh’ dengan melantik kakitangan tertinggi yang dipercayai agar profil syarikat nampak sempurna dan berkredibiliti tinggi. Realitinya, penama itu sama seperti status yang ke-2. 
  4. Pakatan bersama rakan atau beberapa pihak dan menubuhkan syarikat. Ada diantara pengarah yang tidak tahu apa yang dipertanggungjawabkan sehingga melibatkan faktor perundangan dan terjebak sama. 
  5. Sindiket yang mengunapakai data peribadi dan menyalahguna platform pensyarikatan untuk merebut peluang dengan penipuan atas kepercayaan anda terhadap pihak-pihak tertentu.

Pelbagai lagi perkara yang boleh dipertanggungjawabkan atas nama Pengarah Syarikat kerana berdasarkan fakta perundangan, tiada istilah ‘Sleeping Director’. Setiap Pengarah Syarikat perlu bertanggungjawab atas segala urusan syarikat.

Baca: Sleeping Directorship: Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama

Apa yang perlu dilakukan sekiranya anda terkait dengan permasalahan penama Pengarah Syarikat ini sedangkan anda tidak mempunyai kuasa atau tahu atas sebarang urusan syarikat tersebut?

Pasti kebanyakkan kita berpendapat, Pengarah Syarikat adalah jawatan berpengaruh, ahli perniagaan berjaya atau antara orang penting dalam sesebuah organisasi. Malah setiap usahawan yang mempunyai syarikat menjawat posisi ini untuk pegangan dan kawalan ke atas syarikat.

Jika syarikat untung dan berjaya, ‘reward’ sebagai pengarah juga lumayan. Namun disebalik kesenangan dan kuasa yang dilihat, terkait padanya tanggungjawab yang sangat besar. Selangkah kaki menanggung kerugian, saman, denda atau boleh ke penjara.

Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya,

Impak Penama Pengarah Syarikat Terhadap Kerjaya Dan Peribadi


Pastikan anda tahu peranan dan tanggungjawab Pengarah Syarikat sebelum menduduki jawatan tersebut. Pastikan juga anda tahu kemampuan sendiri dalam membuat keputusan dan mengawal perihal urus tadbir syarikat. Kenali peranan setiap pengarah dan latarbelakang syarikat sebelum menerima sebarang perlantikan.

Jika anda salah seorang Pengarah Syarikat hanya pada nama, hanya kepercayaan daripada pemilik sebenar sahaja menjadi sandaran. Lebih baik minta letak jawatan jika ada kebimbangan sebelum perkara buruk berlaku dan membuatkan anda menjadi individu utama yang dipertanggungjawabkan.

Rujuklah terus kepada SSM sebelum ia jadi permasalahan yang membebankan nanti. Info aduan dan pertanyaan boleh rujuk di sini: www.ssm.com.my/ms/laman-utama-eAduan  

COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya
Tanggungjawab Pengarah Syarikat Berkaitan Akta Dan Kerjaya
Tanggungjawab Pengarah Syarikat 'role and responsibility' yang terkait dengan akta dan kerjaya yang perlu kita tahu.
https://4.bp.blogspot.com/-Lo_9bnYkNr0/Wo5PesN87CI/AAAAAAAATDY/SSz8NSC7teQiQrkznMquE1BYlMb1eSo1QCLcBGAs/s640/Pengarah%2BSyarikat%2BPeranan%2BDan%2BTanggungjawab1.png
https://4.bp.blogspot.com/-Lo_9bnYkNr0/Wo5PesN87CI/AAAAAAAATDY/SSz8NSC7teQiQrkznMquE1BYlMb1eSo1QCLcBGAs/s72-c/Pengarah%2BSyarikat%2BPeranan%2BDan%2BTanggungjawab1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/tanggungjawab-pengarah-syarikat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/tanggungjawab-pengarah-syarikat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy