VESSBROZ - Album LOST Memupuk Semangat Keamanan Global

Album terbaru VESSBROZ - LOST, menggabungkan artis dari 5 kontinen, memupuk semangat keamanan global. Turut menampilkan artis tempatan Farahdhiya, Dato' Zainal Abidin dan Nadeera.

Vessbroz, Lost Album, Khir Khalid, Blogger Malaysia, Sony Music Malaysia,

Baru-baru ini saya telah menerima album terbaru VESSBROZ bertajuk LOST dari rakan Publicist, saudara Sam Kassim yang pernah saya kongsikan pada artikel sebelum ini.

Album LOST merupakan album antarabangsa pertama VESSBROZ yang menggabungkan artis dari seluruh dunia – Amerika Syarikat, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia. Ia juga merupakan satu usaha besar mengumpulkan kesemua artis tersebut dalam satu album bagi memupuk semangat keamanan global.

Vessbroz, Lost Album, Sony Music Malaysia,

VESSBROZ Dengan Artis Dari 5 Kontinen


Album LOST adalah campuran genre muzik yang menampilkan keunikan Electro-pop sebagai genre utama dan House Music sebagai genre kedua. Album LOST ini juga telah ditetapkan sebagai album rasmi bagi filem rasmi Malaysia yang mempunyai bajet besar berjudul ‘C144”, juga merupakan lagu tema untuk filem ini.

Album pertama ini dilancarkan selepas VESSBROZ melancarkan 10 single tahun lepas dan telah berjaya menyampaikan lagu-lagu dari genre ‘deep house’ sehingga ‘dance floor’. Sebagai jurutera audio dengan berlatarbelakang pembelajaran muzik klasik, selain muzik EDM yang mereka dikenali, telah membantu VESSBROZ mencapai kejayaan dalam 2 pertandingan antarabangsa tahun lepas untuk Lagu Original Terbaik dan Video Muzik Terbaik.

Baca: VESSBROZ Lancar Album Pertama Bersama Artis 5 Kontinen

VESSBROZ juga telah membuktikan bakat dan kepakaran mereka sebagai Penerbit Muzik dan Artis dengan lebih 1,000,000 views di Vevo dan Youtube. Single berjudul ‘Dreams’ terus menjadi viral dan mendapat sambutan hangat dengan pelbagai testimoni positif.

Vessbroz, Lost Album, Sony Music Malaysia,

Album Antarabangsa LOST Memupuk Semangat Keamanan Global


Sebagai penggemar muzik saya kagum dengan penghasilan album LOST ini. Antara artis Malaysia yang terlibat menyanyi dalam album ini ialah Farahdhiya, Dato’ Zainal Abidin dan Nadeera.

Jika sekadar mendengar tanpa mengetahui siapa penyanyi Malaysia yang terlibat, memang tak sangka ia dinyanyikan oleh artis-artis Malaysia. Mereka sememangnya artis berpengalaman, profesional dan menjiwai lagu yang disampaikan dengan vocal bertaraf antarabangsa dalam kelas tersendiri.

Vessbroz, Lost Album, Sony Music Malaysia,

Justeru, sejajar dengan pelancaran album antarabangsa LOST pada November 2017 dan pelancaran filem C144 akhir tahun depan, VESSBROZ akan mengadakan Lawatan Promosi ke China, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan London, serta lawatan ke seluruh Malaysia.

Album ini diedarkan dibawah label Sony Music Malaysia. VESSBROZ juga akan mengedarkan satu video lirik dan satu video music untuk setiap lagu yang terkandung dalam Album ini.

Layari info terkini VESSBROZ
Vevo: VessbrozVevo
Facebook: Vessbroz
Instagram: Vessbroz  

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: VESSBROZ - Album LOST Memupuk Semangat Keamanan Global
VESSBROZ - Album LOST Memupuk Semangat Keamanan Global
Album terbaru VESSBROZ - LOST, menggabungkan artis dari 5 kontinen, memupuk semangat keamanan global. Turut menampilkan artis tempatan Farahdhiya, Dato' Zainal Abidin dan Nadeera.
https://3.bp.blogspot.com/-HX9i4l99rpo/Woeq9G-09SI/AAAAAAAATBc/73gsntReIUg1M6Nn0F7CFGPtLieVa5gigCLcBGAs/s640/Vessbroz%2BLOST.png
https://3.bp.blogspot.com/-HX9i4l99rpo/Woeq9G-09SI/AAAAAAAATBc/73gsntReIUg1M6Nn0F7CFGPtLieVa5gigCLcBGAs/s72-c/Vessbroz%2BLOST.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/02/vessbroz-lost-semangat-keamanan-global.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/02/vessbroz-lost-semangat-keamanan-global.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy