24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands - Part 1

24-Hours Food Trail di Sky Avenue, Genting Highlands. Kemeriahan makan-makan ke 20 outlet terpilih anjuran Resorts World Genting - Part 1.

Sushi Zanmai, Sky Avenue, Genting Highlands,

Kemeriahan 6000 kaki dari aras laut dalam cabaran 24-Hours Food Trail merupakan pengalaman menceriakan di Sky Avenue, Genting Highlands pada kelapangan hujung minggu yang lalu.

Bermula pagi Sabtu hingga malam Ahad, saya dan puan mem bersama rakan blogger telah menyertai 24-Hours Food Trail anjuran Resorts World Genting. Merupakan cabaran makan-makan di 20 outlet terpilih sekitar Sky Avenue! Haaa.. banyak kan?... pengalaman menarik untuk dikongsi bersama.

I Love Yoo!, Sky Avenue, Genting Highlands, Khir Khalid,

Cabaran 24-Hours Food Trail Di Resorts World Genting


Kami diberi kebebasan ke mana-mana outlet yang telah disenaraikan berdasarkan selera masing-masing dalam tempoh masa yang ada. Ia sebenarnya memerlukan kebijaksanaan dalam merancang masa dan memilih priority outlet yang sesuai dengan waktu agar perut tak jem dan sendat haha.

Mujur juga pernah menyertai 36-Hours Food Trail sebelum ini. Secara tidak langsung menjadi sandaran pengalaman. Setiap outlet mempunyai hidangan istimewa tersendiri. Ada ‘heavy’, ada yang ‘light n rich’… kena pandai adjust agar dapat menikmati kesemuanya disamping 'enjoy the party'!

Ok.. untuk artikel ini, saya senaraikan 11 outlet yang telah dikunjungi pada hari pertama 24-Hours Food Trail untuk rujukan makan-makan jika anda ke Sky Avenue di Genting Highlands.

1. I Love Yoo!

I Love Yoo! menjadi outlet pertama untuk panaskan perut dan menaikkan selera. Menghidangkan 'set and favourites' seperti bubur, cakoi, taufu fa, soya bean, fragrance herbal salted chicken dan mee, ia merupakan hidangan yang sesuai untuk dinikmati setiap masa. Bagi kami, ia merupakan sarapan kami pada hari tersebut. Hidangan yang simple tetapi sedap dan berbaloi.

I Love Yoo!, Sky Avenue, Genting Highlands,
I Love Yoo!, Sky Avenue, Genting Highlands, Bro Framestone,

2. Boat Noodle 

Restoran yang sememangnya tidak asing lagi terutama dikalangan peminat masakan Thai. Boat Noodle terletak berhampiran I Love Yoo! dan bersebelahan Reply's Adventure Land di Level 4 Sky Avenue, merupakan pilihan terbaik pelbagai citarasa masakan Thai. 

Ok.. salah satu tips menyertai acara makan-makan seperti 24-Hours Food Trail ini adalah sebaiknya bergerak dalam kumpulan kecil sebab antaranya dapat santai-santai order pelbagai sajian. Kami masing-masing pilih dan berkongsi sajian Thai bersama-sama. So, takdelah nampak pelahap sangat kan haha... tengoklah apa yang kami order... puas hati dan kenyang.

Boat Noodle, Sky Avenue, Genting Highlands,
Boat Noodle, Sky Avenue, Genting Highlands,

3. Texas Chicken

Bagi peminat Texas Chicken, kini sudah boleh menjamu selera di outlet terbaru di Sky Avenue yang juga terletak di Level 4 Sky Avenue. Outlet Texas Chicken ini pun berdekatan dengan outlet yang kami terjah sebelumnya. Texas Chicken menyajikan kami dengan set 2 ketul ayam goreng, fries, ice cream termasuk free flow drinks... uuhhh ssoooo yummy!

Texas Chicken, Sky Avenue, Genting Highlands,
Texas Chicken, Sky Avenue, Genting Highlands,

4. Only Mee

Only Mee menjadi lokasi persinggahan ke-4 kami yang menyediakan sajian berasaskan mee. Ada pelbagai menu disediakan termasuk mee laksa, curry mee dan pelbagai lagi. 

Ia juga terletak bersebelahan Ripley's Adventure Land dan berhampiran dengan semua lokasi outlet yang kami kunjungi sebelumnya. Kami menikmati 4 jenis mee bersaiz kecil, simple tapi 'rich in flavours' dan memang sedap. Outlet pun nampak bersih, selesa dan menarik dikunjungi.

Only Mee, Sky Avenue, Genting Highlands,
Only Mee, Sky Avenue, Genting Highlands,

5. JR Curry

Terletak dalam outlet yang sama bersebelahan Only Mee, terdapat JR Curry. Menghidangkan pelbagai lauk pauk berasaskan kari ala-ala restoran mamak. Sajian di JR Curry boleh dikategorikan 'heavy' buat kami yang dah makan macam-macam sebelumnya. Pinggan besar, makanan pun banyak.

Kami hanya order 1 pinggan nasi penuh dengan lauk pauk untuk dikongsi bersama-sama. Seriously, untuk 24-Hours Food Trail ini, boleh meletop perut kalau makan seorang macam ni haha.

JR Curry, Sky Avenue, Genting Highlands,
JR Curry, Sky Avenue, Genting Highlands,

6. Llaollao

Bagi membantu penghadaman perut yang di'muat turun' dengan pelbagai sajian makanan sedap-sedap, kunjungan kami seterusnya ke outlet Liao Liao yang terletak di Level ground floor Sky Avenue. Menyajikan pelbagai pilihan aiskrim yogurt dengan topping menarik. Rasa organik yang semulajadi, sedap dan menyamankan... heaven.

Llaollao, Sky Avenue, Genting Highlands,

7. BMS Organics

Selesai check-in dan berehat beberapa jam di bilik hotel, kami menyambung jurnal jalan-jalan makan kami pada sebelah petang ke BMS Organics. Menyediakan makanan sihat berasaskan organik, ini merupakan kunjungan kali ke-3 saya ke sini. 

Kali ini kami dihidangkan dengan burger terbaru berasaskan bahan-bahan organik dan menggunakan bahan asas nangka bagi menggantikan daging seperti burger kebiasaan. Turut disajikan juga dengan laksa kari yang sedap dan nasi lemak dengan beras perang. Outlet pilihan terbaik buat vegetarians dan mereka yang mengutamakan pemakanan sihat.

BMS Organics, Sky Avenue, Genting Highlands,
BMS Organics, Sky Avenue, Genting Highlands,

8. NENE Chicken

Rangkaian outlet resipi ayam goreng dari Korea ini menjadi pilihan 'stop pit' kami yang ke lapan pada hari pertama 24-Hours Food Trail. Terletak di Roof Top Sky Avenue, NENE Chicken menyajikan resipi ayam goreng istimewa Korea. Terdapat 3 perisa iaitu original, separa pedas dan pedas. Turut dihidang bersama aiskrim berperisa sesame oil. Bolehlah cuba jika anda berkunjung ke sini nanti.

Nene Chicken, Sky Avenue, Genting Highlands,
Nene Chicken, Sky Avenue, Genting Highlands,

9. Dal Komm. Coffee

Pernah satu masa dahulu saya menulis antara lokasi yang saya gemar kunjungi lagi adalah ke Dal Komm. Coffee. Ini merupakan pengalaman ke-2 berkunjung ke sini. Menghidangkan 'desserts' yang memang buat saya termimpi-mimpi... rich and creamy! alhamdulillah, kali ini diberi peluang menikmati desserts istimewa lagi di Dal Komm. Coffee.

Dal Komm. Coffee, Sky Avenue, Genting Highlands,

10. Sushi Zanmai

Sushi Zanmai hanya terletak bersebelahan Dal. Komm Coffee, juga di Roof top Sky Avenue, Resorts World Genting. Kunjungan kami di sini dihidangkan dengan pelbagai pilihan sushi dan sajian resipi citarasa Jepun. Gambar paling atas di artikel ini, saya bersama hidangan di Sushi Zanmai :).

Sushi Zanmai, Sky Avenue, Genting Highlands,

11. Babajia

Mengakhiri malam, kami gagahkan berkunjung ke satu lagi outlet yang menghidangkan pelbagai resipi masakan asia. Ia juga merupakan kunjungan ke-2 saya ke sini dan menjadi persinggahan terakhir untuk hari pertama 24-Hours Food Trail. Masih terbuka selera bila melihat menu di Babajia ini. 

Babajia, Sky Avenue, Genting Highlands,
Babajia, Sky Avenue, Genting Highlands,

Pengalaman Hari Pertama 24-Hours Food Trail Sky Avenue


Kami berjaya meneroka pelbagai citarasa resipi hidangan di 11 outlet pada hari pertama 24-Hours Food Trail. Pulang ke bilik hotel sekitar 12 malam dan hanya perlu menyambung lagi 9 outlet pada esok harinya. Masih ada banyak masa lagi... puas hati... tidur lena malam ini...

Sambungan keesokkannya bermula jam 11.30 pagi selepas puas berehat. Semangat menyahut cabaran 24-Hours Food Trail di Sky Avenue, Genting Highlands akan saya sambung pada artikel akan seterusnya nanti... stay tuned!

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: 24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands - Part 1
24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands - Part 1
24-Hours Food Trail di Sky Avenue, Genting Highlands. Kemeriahan makan-makan ke 20 outlet terpilih anjuran Resorts World Genting - Part 1.
https://1.bp.blogspot.com/-2m2ROqEsBZw/WrjWOC3Gd6I/AAAAAAAATYc/rdpAPMObmWs4VkQ4wqL9uQ_5wYn8vp_wQCLcBGAs/s640/24%2Bhours%2Bfood%2Btrail%2Bgenting%2Bhighlands.png
https://1.bp.blogspot.com/-2m2ROqEsBZw/WrjWOC3Gd6I/AAAAAAAATYc/rdpAPMObmWs4VkQ4wqL9uQ_5wYn8vp_wQCLcBGAs/s72-c/24%2Bhours%2Bfood%2Btrail%2Bgenting%2Bhighlands.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/24-hours-food-trail-genting-highlands.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/24-hours-food-trail-genting-highlands.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy