24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands – Part 2

24-Hours Food Trail - Part 2 di Sky Avenue, Genting Highlands anjuran Resorts World Genting.

Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue, Genting Highlands,

Cabaran 24-Hours Food Trail diteruskan pada hari kedua, menjelajah ke 9 lagi outlet terpilih di Sky Avenue, Genting Highlands. Jurnal pengalaman pada hari sebelumnya boleh dibaca di > SINI.

Pagi Ahad 6000 kaki dari aras laut, perjalanan 24-Hours Food Trail bermula selepas check-out bilik hotel sekitar jam 11.30 pagi. Berdasarkan cadangan rakan, pilihan sarapan pagi yang sebaiknya adalah makanan sihat. Oleh itu, kami menuju ke Tian Ma Bird Nest sebagai lokasi pertama kami.

24 Hours Food Trail Sky Avenue Part 2


Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue, Genting Highlands,

12. Tian Ma Bird Nest

Khasiat sarang burung sememangnya diperakui dunia memberi manfaat kesihatan kepada tubuh badan. Tian Ma Bird Nest merupakan jenama yang dipercayai dalam penyediaan resipi sajian berasaskan sarang burung. Kami disediakan Bird Nest in Chicken Porridge dan Bird Nest with Coconut.

Terletak di Level 4, Sky Avenue. Jika sampai ke Sky Avenue menaiki cable car, pasti akan nampak outlet Tian Ma Bird Nest ini. Sajian bird nest berkualiti, sedap, malah kakitangan di sini pun friendly.

Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue, Genting Highlands,
Tian Ma Bird Nest, Sky Avenue, Genting Highlands,

13. DC Comics Superheroes Café

Sedut aura superpowers di DC Comics Superheroes Café untuk ke-3 kalinya ke sini selepas 36-Hours Food Trail dan Premier Screening Justice League. Suasana interior outlet yang menceriakan dengan sajian yang menarik terutamanya buat anak-anak. Jom makan-makan superpowers!

DC Comics Superheroes Café, sky avenue, genting highlands,
DC Comics Superheroes Café, sky avenue, genting highlands,


14. RichDad Gourmet Foods

Richdad Gourmet Foods merupakan outlet ke-3 persinggahan kami pada hari Ahad ini. Menghidangkan kepelbagaian menu ala-ala kopitiam merangkumi hidangan tempatan dan western. Terletak di Level ground floor Sky Avenue, merupakan antara outlet yang menarik untuk dikunjungi.

RichDad Gourmet Foods, Sky Avenue, Genting Highlands,
RichDad Gourmet Foods, Sky Avenue, Genting Highlands,

15. Gindaco

Terletak hanya bersebelahan RichDad Gourmet Food, Gindaco menyediakan resipi citarasa Jepun yang terkenal iaitu Takoyaki. Terdapat dua pilihan sama ada Original atau dengan Mayonaise. Disebabkan masih kekenyangan, kami tapau sahaja Gindaco ini. Fresh, 'rich in flavours' dan masih sedap walaupun tapau dan dinikmati pagi keesokan harinya.

Gindaco Malaysia, Sky Avenue, Genting Highlands,

16. Eggette Lab

Seterusnya, kami memilih untuk ke Eggette Lab yang terletak di First World Hotel dan berhadapan Snow World yang baru dibuka. Merupakan sajian resepi yang popular dari Hong Kong dan unik.

Eggette Lab adalah kombinasi telur dan tepung yang diadunkan bersama pelbagai pilihan perisa seperti coklat, chicken floss dan bermacam lagi. Ia juga boleh dimakan sambil jalan-jalan cari pasal. Seronok dimakan ketika panas, malah masih lembut dan sedap walaupun sejuk.

Eggette Lab, First World Hotel, Genting Highlands,
Eggette Lab, First World Hotel, Genting Highlands,

17. Madame Waffle

Madame Waffle juga terkenal dengan 'desserts' yang menarik seperti tiramisu dan pelbagai lagi. Kunjungan kami pada masa ini agak bernasib baik kerana berpeluang menikmati Musang Durian Créam Brulée Crepe yang akan dilancarkan seminggu lagi. Nak rasa?... tunggu minggu depan hehe.

Madame Waffle, Sky Avenue, Genting Highlands,

18. Tokyo Secret

Terletak hanya bersebelahan Madame Waffle di Level ground floor Sky Avenue, Tokyo Secret memang terkenal dengan Cheese Tart dan Cheese Cake yang digemari ramai. Kunjungan kali ke-3 saya ke sini menikmati resipi citarasa baru Tokyo Secret. Pernah mengenali pengurusnya, Mr Andy yang mesra dan ramah, pada 2 sesi kunjungan sebelum ini.

Tokyo Secret, Sky Avenue, Genting Highlands,

19. Dream Color

Dream Color minuman buah-buahan yang unik, menarik dan trendy. Disediakan dalam pelbagai perisa dan warna. Sebelum minum, kita perlu terbalikkan dan goncang botol terlebih dahulu sehingga berubah warna... unik dan refreshing!

Dream Color, Sky Avenue, Genting Highlands,
Dream Color, Sky Avenue, Genting Highlands,

20. Dome Café

Kunjungan terakhir 24-Hours Food Trail adalah ke Dome Café. Jenama cafe yang sememangnya tidak asing lagi di Malaysia yang menyediakan pelbagai resipi sajian tempatan dan antarabangsa. Kami memilih Dome Café sebagai destinasi terakhir kerana ia menghidangkan sajian berat yang sekaligus sebagai juadah makan malam. Makan sakan di sini... puas hati.

Dome, Sky Avenue, Genting Highlands,
Dome, Sky Avenue, Genting Highlands,

Penghargaan 24-Hours Food Trail Resorts World Genting


Sekalung penghargaan terima kasih kepada Resorts World Genting atas peluang cabaran 24-Hours Food Trail, juga kepada semua outlet yang terlibat atas sajian yang sedap-sedap serta layanan yang mesra. Merupakan pengalaman berharga yang mencabar dan menyeronokkan.

Justeru ingatlah.. kita yang control makan, bukan makan yang control kita haha :)

Layari pelbagai lagi info menarik Sky Avenue di www.rwgenting.com.
       

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: 24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands – Part 2
24-Hours Food Trail Di Sky Avenue, Genting Highlands – Part 2
24-Hours Food Trail - Part 2 di Sky Avenue, Genting Highlands anjuran Resorts World Genting.
https://1.bp.blogspot.com/-Sgl5spYQlW0/WrrVcGHH4BI/AAAAAAAATcU/OYJyc5T2inUxHXHcVv-oYX3xZyRyUfiUQCLcBGAs/s640/Tian%2BMa%2BBird%2BNest.png
https://1.bp.blogspot.com/-Sgl5spYQlW0/WrrVcGHH4BI/AAAAAAAATcU/OYJyc5T2inUxHXHcVv-oYX3xZyRyUfiUQCLcBGAs/s72-c/Tian%2BMa%2BBird%2BNest.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/24-hours-food-trail-sky-avenue.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/24-hours-food-trail-sky-avenue.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy