Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Anchor Food Professional Pastri And Culinary Challenge 2018 (Kategori Kek - Saluran Bakeri) di KDU University College, Utropolis Glenmarie.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Merealisasi impian menjadi seorang chef berjaya bukanlah sesuatu yang mudah jika tidak disertai semangat untuk menuntut ilmu dan berani bersaing menyahut cabaran. Itulah antara inspirasi para pemenang Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018.

Pada Khamis 14 Mac 2018, saya telah menghadiri acara pengumuman dan penyampaian hadiah kepada pemenang Anchor Food Professionals And Culinary Challenge 2018 anjuran Anchor Food Professionals, peneraju 'dairy foodservice industry', dalam hasrat membentuk lebih ramai bakat-bakat muda sebagai Master Chef masa hadapan Malaysia.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018


Pertandingan Pastri dan kulinari anjuran Anchor Food Professionals ini diadakan di KDU University College, Utropolis Glenmarie, dan berlangsung selama 4 hari bermula 13 hingga 16 Mac 2018. Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Pastri, Kek dan Kulinari dengan 4 saluran berbeza setiap hari untuk Saluran Bakeri dan Saluran Hotel.

Anchor Food Professionals Pastri And Culinary Challenge 2018 didukung oleh para juri profesional iaitu Chef Jean Francois Arnaud selaku Ketua Juri Pastri bersama-sama Chef Nazeri Ismail dan Chef Arthur Heng. Kategori Kulinari pula diwakili Chef Gerhard Albrech (Ketua Juri) bersama-sama Chef Fami Taufeq dan Chef Sabri Hassan.

Setiap kategori pertandingan akan mempunyai pemenang bagi;
  • Tempat Pertama, Emas - Hadiah bernilai RM5,000 + Trofi + Sijil
  • Tempat Kedua, Perak - Hadiah bernilai RM3,000 + Trofi + Sijil
  • Tempat Ketiga, Gangsa - Hadiah bernilai RM2,000 + Trofi + Sijil
Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Inspirasi Pemenang Kategori Kek - Anchor Food Professionals


Kehadiran saya pada 14 Mac merupakan hari Kategori Kek dipertandingkan. Seramai 8 finalis bersaing untuk menjuarai tempat pertama, kedua dan ketiga (Kek Terbaik - Saluran Bakeri). Pada pengakhiran cabaran, para juri telah memutuskan 3 pemenang menerima hadiah dan ganjaran yang dijanjikan.

Pemenang Kategori Kek Terbaik - Saluran Bakeri;

1. Tempat Pertama - Yong Yi Yunn.
2. Tempat Kedua - Loh Qi Yuan.
3. Tempat Ketiga - Yeoh Kean Loon.

Yong Yi Yunn, Loh Qi Yuan, Yeoh Kean Loong, KDU Utropolis Glenmarie,

Saya berpeluang melihat pelbagai rekaan kek yang dihasilkan dan menemubual semua pemenang dalam sesi ramah mesra bersama rakan-rakan blogger. Pertandingan ini sememangnya mencabar pengalaman dan pengetahuan mereka dalam menghasilkan kek yang menepati piawaian yang ditetapkan.

Menurut mereka, bagi Kategori Kek setiap peserta wajib menyediakan 2 jenis kek menggunakan komposisi yang berbeza. Setiap resipi mesti mengandungi sekurang-kurangnya sejumlah 30% Anchor Wipping Cream dan Anchor Cream Cheese dari keseluruhan berat kek.

Jenis-jenis kek yang perlu dibuat adalah;
1 jenis kek penuh (Tema: Mangga) 800gm - 1000gm berat setiap kek.
1 jenis kek individu (Tema: Strawberi) 80gm - 100gm berat setiap kek.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018,
Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018,
Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018,

Pemenang pertama, Yong Yi Yunn merupakan peserta warga Brunei yang menyertai cabaran ini untuk menambah lagi pengalaman sebagai chef dalam menghasilkan kek yang terbaik. Pengalaman bekerja di Singapura dan pengetahuan yang dipelajari digunakan sebaiknya untuk bersaing memenangi Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challence 2018 ini.

Begitu juga Loh Qi Yuan dari Johor dan Yeoh Kean Loon dari Pulau Pinang yang mempertaruhkan segala usaha, pengetahuan dan pengalaman agar terpilih sebagai antara pemenang dalam pertandingan yang mempunyai 'benchmark' dalam industri F&B bertaraf antarabangsa ini.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 memartabat piawaian bakeri dan industri kulinari ke peringkat antarabangsa


Anchor Food Professionals (dahulu dikenali sebagai Fonterra Foodservice) telah sekian lama membekalkan jenama produk tenusu terkenal dari New Zealand, Anchor kepada industri perkhidmatan makanan di Malaysia dan berdedikasi dalam membangunkan bakeri tempatan, juga saluran HORECA melalui inovasi produk dan penghasilan resipi.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018 merupakan yang ke-3 dianjurkan sebagai platform berkongsi pengalaman dan pengetahuan sekaligus mengangkat piawaian profesional bagi bakeri tempatan dan industri kulinari. Tahun ini juga merupakan yang pertama menampilkan Cabaran Kulinari dengan penglibatan Chef bagi Masakan Panas.

Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018

Memenangi pertandingan ini merupakan kebanggaan bagi setiap peserta kerana berpeluang meletakkan mereka di tahap lebih tinggi dengan diadili para juri terbaik dalam industri. Pemenang terdahulu telah berpeluang menyertai pertandingan Fonterra peringkat global di Australia, seterusnya memberikan pendedahan peringkat antarabangsa dalam meningkatkan lagi martabat sebagai chef.

Kesimpulannya, untuk berjaya memerlukan minat yang disertai usaha, ketekunan dan kecekalan demi mencapai apa yang dicitakan. Tahniah buat pemenang, para juri profesional dan kepada semua para finalis Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018.

Info lanjut Anchor Food Professionals boleh layari di www.anchorfoodprofessionals.com
   

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018
Anchor Food Professionals Pastry And Culinary Challenge 2018
Anchor Food Professional Pastri And Culinary Challenge 2018 (Kategori Kek - Saluran Bakeri) di KDU University College, Utropolis Glenmarie.
https://2.bp.blogspot.com/-qklU3r35WiM/WqxclAKOuYI/AAAAAAAATVI/qNIxAleWt3IMOJf74r_e2ggoPCMo2KY6QCLcBGAs/s640/Anchor%2BFood%2BProfessionals%2B%25281%2529.png
https://2.bp.blogspot.com/-qklU3r35WiM/WqxclAKOuYI/AAAAAAAATVI/qNIxAleWt3IMOJf74r_e2ggoPCMo2KY6QCLcBGAs/s72-c/Anchor%2BFood%2BProfessionals%2B%25281%2529.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/anchor-food-professionals-pastry-culinary-challenge.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/anchor-food-professionals-pastry-culinary-challenge.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy