ECERDC Dan MRL Jalin Kerjasama Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar ECER

Jalinan kerjasama ECERDC dan MRL tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di ECER.

Kerjasama ECERDC dan ERL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris ECER,

Penguasaan Bahasa Inggeris merupakan medium komunikasi penting dalam memperkasa kemajuan dan pembangunan sosioekonomi negara yang mampan dalam era globalisasi kini.

Atas aspirasi tersebut, Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menjalinkan kerjasama dengan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) untuk membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) menerusi satu inisiatif yang akan memberi manfaat kepada lebih 1,350 pelajar di 49 buah sekolah di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada tahun 2018.

Kerjasama ECERDC dan ERL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris ECER,

Kerjasama ECERDC Dan ERL Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris ECER


Inisiatif penggunaan Bahasa Inggeris ini akan bermula pada Mac tahun ini di sekolah-sekolah rendah yang menyertai Program Latihan Akademik empower ECER yang dilaksanakan oleh ECERDC.

ECERDC dan MRL akan bekerjasama menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Boot Camp’ Bahasa Inggeris bagi membolehkan murid-murid menguasai Bahasa Inggeris dengan cara pendekatan yang menyeronokkanserta interaktif, terutamanya kepada mereka yang lemah dari segi akademik dan datang daripada keluarga kurang berkemampuan.

Agensi-agensi terbabit ini juga akan menaiktaraf kemudahan di sekolah-sekolah terpilih melalui penyediaan projector LCD dan bahan bacaan, serta kerja-kerja menaiktaraf bilik darjah.

Negeri Terengganu akan menjadi penerima manfaat terbesar bagi inisiatif ini, dengan penglibatan 23 buah sekolah berdekatan stesen ECRL yang bakal dibina di Kampung Raja, Telaga Papan, Kuala Terengganu, Pengkalan Berangan, Dungun, Kemasik dan Chukai. Negeri Pahang dan Kelantan pula masing-masing mempunyai 13 sekolah yang menyertai program ini.

MoU ECERDC dan MRL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris pelajar ECER,

Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Ketua Pegawai Eksekutif MRL, YBhg Dato' Sri Darwis Abdul Razak,  telah diadakan di Dataran Shahbandar semasa Majlis Penutupan Ekspo Terengganu 2018.

Majlis Turut disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abdul Rahman sempena lawatan kerja YAB Perdana Menteri ke Terengganu.

Komitmen ECERDC Memperkasa Pembangunan Sosioekonomi ECER


Program Latihan Akademik empower ECER telah dilaksanakan oleh ECERDC dengan kerjasama rakan-rakan strategik sejak 2010 di 29 lokasi di ECER. Inisiatif pembangunan modal insan ini menyasarkan pelajar berprestasi rendah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Ia memberi tumpuan kepada subjek akademik teras, kursus motivasi dan kepimpinan dan telah memberi manfaat kepada lebih daripada 51,400 pelajar di ECER setakat akhir tahun 2017.

Pada majlis yang sama, ECERDC turut menyerahkan Surat Komitmen (Letter of Commitment) kepada Menteri Besar Incorporated (MB Inc.), pemaju induk Lembah Silika (Silica Valley) untuk membuat kerja-kerja infrastruktur bagi pembangunan taman ekoperindustrian.

Kerjasama ECERDC dan MRL tingkat penguasaan Inggeris pelajar ECER,

Sebanyak 15 pelabur akan terlibat dalam pembangunan Lembah Silika, kawasan pembangunan baru seluas 4,000 hektar di daerah Marang yang akan memberi tumpuan kepada industri mineral dan tenaga boleh diperbaharui, serta projek perumahan dan komersil yang akan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Terengganu.

Tumpuan saksama yang diberkan ECER kepada Ekonomi Modal (Capital Economy), seperti yang dapat disaksikan melalui lonjakan pelaburan swasta dan peningkatan kesejahteraan rakyat, telah menjadi ‘game changer’ kepada Wilayah ini dalam tempoh 10 tahun. 

Sebagai tanda simbolik memperingati sambutan ulang tahun ke-10 ECERDC tahun ini, Dato’ Sri Najib telah menyertai upacara memotong pulut kuning di Ekspo Terengganu 2018.

Kerjasama ECERDC dan ERL tingkat penguasaan Bahasa Inggeris ECER,

ECERDC telah mengambil bahagian dalam EKSPO Terengganu 2018 anjuran Kerajaan Negeri Terengganu selama seminggu untuk mempamerkan projek dan program ECER sepanjang sedekat yang lalu termasuk Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) dan Akuapolitan Kuala Nerus.

Antara tumpuan utama termasuk kisah kejayaan peserta program empower ECER, entrepreneur ECER dan TERAJU@ECER, serta pameran produk makanan, minuman dan kraftangan.

Pelbagai aktiviti lain dan sesi penerangan ringkas (pocket talks) telah dianjurkan oleh rakan strategic ECERDC seperti SIRIM, Maybank dan Agrobank untuk bakal usahawan yang berminat mempelajari lebih lanjut mengenai bimbingan dan latihan yang disediakan, serta bantuan kewangan dan pembangunan produk yang ditawarkan melalui program entrepreneur ECER.

Pada masa yang sama, lebih daripada 10 peserta program pembangunan modal insan ECERDC dari kawasan sekitar turut membuka gerai dan menjalankan aktiviti seperti demonstrasi memasak dan menghias kek.

Baca lagi: 

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: ECERDC Dan MRL Jalin Kerjasama Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar ECER
ECERDC Dan MRL Jalin Kerjasama Tingkat Penguasaan Bahasa Inggeris Pelajar ECER
Jalinan kerjasama ECERDC dan MRL tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar di ECER.
https://1.bp.blogspot.com/-WhGX_DpRfLY/Wp36voYy5LI/AAAAAAAATMI/zhKIoYKNJaUq5BFGcN9b60cE-bsA6iYcwCEwYBhgL/s640/ECERDC%2BERL1.png
https://1.bp.blogspot.com/-WhGX_DpRfLY/Wp36voYy5LI/AAAAAAAATMI/zhKIoYKNJaUq5BFGcN9b60cE-bsA6iYcwCEwYBhgL/s72-c/ECERDC%2BERL1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ecerdc-mrl-tingkat-penguasaan-bahasa-inggeris.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ecerdc-mrl-tingkat-penguasaan-bahasa-inggeris.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy