ECERDC Dan TUM Dari Jerman Pacu Pertumbuhan Industri 4.0 ECER

ECERDC Dan TUM International GMBH dari Jerman jalin kerjasama pacu pertumbuhan industri 4.0 di ECER.


ECERDC, industri 4.0 ECER,

Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan TUM International GMBH dari Jerman bagi penubuhan Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknologi Pintar (Asia Centre of Excellence for Smart Technologies - ACES) di Cybercentre, Taman Teknologi Pahang (PTP). 

Ia merupakan satu langkah strategik yang akan membawa Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) ke barisan hadapan dalam Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0).

ECERDC Dan TUM International GMBH Jalin Kerjasama Pacu Pertumbuhan Industri 4.0 Di ECER 


TUM International GMBH merupakan anak syarikat Technische Universit√§t M√ľnchen (Technical University of Munich, TUM), universiti Jerman yang berada di kedudukan teratas QS World University Ranking. Memanfaatkan pengalaman dan kepakaran TUM, ECERDC akan bekerjasama untuk menyediakan pelan induk dan hala tuju teknikal, latihan, pensijilan, khidmat nasihat dan perundingan demi memperkenal dan meningkatkan penggunaan teknologi pelbagai bidang sektor awam dan swasta untuk Industri 4.0, termasuk teknologi inovatif dan pintar lain.

Pertukaran Perjanjian Kerjasama telah berlangsung antara Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John dan Pengarah Urusan TUM International GMBH, Encik Daniel A. Gottschald, di Menara MITI. Majlis telah disaksikan Menteri Perdagangan Antrabangsa dan Industri, YB Dato’ Sri Mustapa Bin Mohamed.

“Penubuhan ACES bertujuan merancakkan pertumbuhan Industri 4.0 dalam ECER, selaras dengan strategi keseluruhan untuk menyokong peralihan ECER ke arah ekonomi berasaskan produktiviti dan berteknologi intensif seperti yang telah digariskan dalam Pelan Induk ECER 2.0 yang bakal diumumkan tidak lama lagi,” - YBhg. Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC.

ACES dijangka menjadi nukleus bagi pusat kompetensi untuk pembangunan Industri 4.0 melalui inisiatif dan perkongsian strategik “industri-akademia-kerajaan”. 

TUM akan melantik pakar-pakar teknikal di ACES bagi menawarkan bengkel dan seminar secara “one-on-one” untuk syarikat, serta kursus latihan bagi para graduan institusi pengajian tinggi dan profesional yang bekerja dari Malaysia dan rantau Asia. ACES juga menyasarkan penawaran teknologi-teknologi yang relevan untuk membangunkan rantaian nilai baharu di wilayah-wilayah sasaran.

“Negara Malaysia, termasuk ECER, berada di kedudukan yang kukuh untuk menerima manfaat daripada Industri 4.0. Kami berasa sukacita kerana Kerajaan Malaysia komited dalam inisiatif mewujudkan ekosistem sewajarnya dan menerajui penggunaan teknologi pintar dalam industri tempatan. Kami yakin kerjasama ECERDC menerusi ACES akan membantu usaha Malaysia menjadi perintis dan contoh kejayaan Industri 4.0 di peringkat global, serta merancakkan pertumbuhan ECER melalui pemindahan pengetahuan dan keupayaan,” - Daniel A Gottschald, Pengarah Urusan TUM International GmbH.
  
Sehingga Februari 2018, ECER telah berjaya menarik pelaburan swasta sebanyak RM111.6 bilion, sekaligus melangkaui sasaran pelaburan menjelang tahun 2020 sebanyak RM110 bilion. ECERDC telah menetapkan sasaran pelaburan berjumlah RM180 bilion menjelang tahun 2025.

Kini, lebih separuh jumlah pelaburan swasta di ECER (RM60.45 bilion), tertumpu di Zon Ekonomi Khas ECER (ECER Special Economic Zone, ECER SEZ), yang meliputi Kertih, Terengganu sehingga ke Pekan, Pahang. Walaupun ECER SEZ hanya merangkumi 6% daripada keseluruhan ECER, ia dijangka menjadi pemangkin memacu Industri 4.0 dengan menerajui aktiviti-aktiviti ekonomi berasaskan pengetahuan, berteknologi intensif dan berlandaskan produktiviti, khususnya dalam kluster pembuatan. 

Antara tahun 2018 hingga 2025, ECER SEZ disasarkan menarik pelaburan swasta tambahan sebanyak RM41 bilion, mewujudkan 55,000 peluang pekerjaan dan 1,750 peluang keusahawanan baharu.

Pusat Kecemerlangan Asia bagi Teknolog Pintar (ACES) bakal ditubuhkan di Taman Teknologi Pahang (PTP) ECER


Taman Teknologi Pahang (PTP) yang terletak di dalam ECER SEZ, bakal menjadi Zon Perdagangan Bebas Digital Pantai Timur pada masa hadapan. Ia berfungsi sebagai hab Internet Benda (IoT), Pusat Data, Pengkomputeran Awan dan Gudang Pengagihan perniagaan e-dagang.

TUM telah menjalinkan hubungan kukuh dengan syarikat komersial dan institusi saintifik seluruh dunia dalam penyelidikan bersama, sebagai sebahagian komitmen mencapai kecemerlangan dalam penyelidikan dan pengajaran, pendidikan antara disiplin serta pendedahan aktif untuk saintis-saintis muda berpotensi.

Sebagai sebuah universiti berlandaskan keusahawanan, TUM menandatangani lebih 1,000 perjanjian penyelidikan bersama rakan industri setiap tahun. TUM antara universiti pertama di Jerman yang dinobatkan sebagai University of Excellence, dan telah melahirkan 17 pemenang Anugerah Nobel. 

TUM juga disenaraikan sebagai antara universiti terbaik di Eropah dalam penarafan dunia, serta dalam kalangan institusi-institusi berasaskan teknologi paling berprestij di seluruh dunia seperti Massachusetts Institute of Technology (MIT) dan California Institute of Technology (CALTECH).

ECERDC juga telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan perdagangan dan pelaburan dua hala dengan Bayern International GmbH, sebuah agensi kerajaan di Bavaria, Jerman  pada awal November 2017. 

Inisiatif ini merupakan satu lagi strategi utama ECERDC dalam usaha meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja tempatan, disamping menerajui aktiviti berasaskan pengetahuan dan inovasi dengan membantu menggalakkan pertumbuhan Industri 4.0 dikalangan penggiat industri tempatan.



COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: ECERDC Dan TUM Dari Jerman Pacu Pertumbuhan Industri 4.0 ECER
ECERDC Dan TUM Dari Jerman Pacu Pertumbuhan Industri 4.0 ECER
ECERDC Dan TUM International GMBH dari Jerman jalin kerjasama pacu pertumbuhan industri 4.0 di ECER.
https://3.bp.blogspot.com/-2ZAQpcdm1T4/WqlrKieu27I/AAAAAAAATUA/TnrC0xyVUbE2fhFCFFBdVUj7H5SNWzwzQCLcBGAs/s640/Exchange%2Bof%2BDocument%2BECERDC%2B%2526%2BTUM.png
https://3.bp.blogspot.com/-2ZAQpcdm1T4/WqlrKieu27I/AAAAAAAATUA/TnrC0xyVUbE2fhFCFFBdVUj7H5SNWzwzQCLcBGAs/s72-c/Exchange%2Bof%2BDocument%2BECERDC%2B%2526%2BTUM.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ecerdc-tum-pacu-industri-4.0-ecer.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ecerdc-tum-pacu-industri-4.0-ecer.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy