Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018

Himpunan Usahawan Bumiputera - HUB2018 anjuran MITI, menampilkan Fizo Omar, Abang Abu dan Prof Datuk Dr Muhaya dalam Young CEO Summit 2018, serta pelbagai lagi aktiviti menarik.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,

Kepada rakan-rakan usahawan dan para pembaca yang berhasrat menceburi bidang keusahawanan sebagai kerjaya pastinya tidak mahu melepaskan peluang ini.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB 2018) buat julung kalinya bakal diadakan sebagai komitmen memperkasa potensi dan prospek para usahawan bumiputera di Malaysia. HUB 2018 akan diadakan di Axiata Arena, Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 dan 31 Mac 2018.

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018


HUB 2018 merupakan program anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) melalui agensinya SME Corp. Malaysia, dengan sokongan Unit Peneraju Bumiputera (TERAJU).

Mengumpulkan 14,000 PKS Bumiputera yang terdiri daripada ahli-ahli dibawah naungan pelbagai persatuan, dewan, pertubuhan atau majlis berkaitan keusahawanan dan PKS dari seluruh negara.

Terdapat pelbagai aktiviti yang bakal diadakan sepanjang HUB 2018 iaitu;

  • Sembang Usahawan Selebriti - dihadiri Fara Fauzana (Moderator) dan para panelis, Shuib Sepahtu, Sarah Raisuddin, Caprice & Majdi Ramlee - (30 Mac 2018 - 3 petang)
  • Sembang Petang bersama YAB Perdana Menteri - diserikan lagi dengan majlis MoU dan Penyampaian Anugerah Usahawan Bumiputera Terbaik (30 Mac 2018 - 4:30 petang).
  • Young CEO Summit (30 & 31 Mac 2018 - 8 pagi hingga 6 petang).
  • Karnival Jom Niaga 2018 (30 & 31 Mac 2018 - 9 pagi hingga 10 malam).
  • Bengkel Digital MDEC
  • Food Truck (30 & 31 Mac 2018 - 9 pagi hingga 10 malam).
  • Sembang Santai Usahawan Selebriti
  • Kapsul Kementerian (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan; Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan).
  • Majlis Penutup TUBE Mega 5.0 (31 Mac 2018 - 3 petang).
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,


Sertai Fizo Omar Dalam Young CEO Summit HUB 2018


HUB 2018 dipadatkan dengan Young CEO Summit 2018 (30 & 31 Mac 2018 - 8 pagi hingga 6 petang) sebagai platform mendalami strategi keusahawanan yang disampaikan oleh pakar industri, mentor dan usahawan berjaya, berkaitan ilmu 'street smart' dan 'book smart' sebagai keseimbangan kualiti pengetahuan (IQ) dalam segala aspek keusahawanan.

Terdapat 4 modul pengisian Young CEO Summit 2018;

  • Modul 1: Millenial Mindset Mapping 2018 oleh Fizo Omar.
  • Modul 2: Mekanik Wang oleh Abang Abu.
  • Modul 3: Transformasi Minda oleh Prof Datuk Dr Muhaya
  • Modul 4: Marketing & Branding oleh Fizo Omar

Fizo Omar, individu yang tidak asing lagi dalam pengalaman jatuh bangun keusahawanan akan menyampaikan 2 modul perkongsian iaitu Millennial Mindset Mapping dan Marketing & Branding. Ia merupakan aset penting dalam memajukan perniagaan, bersama pengisian ilmu kewangan oleh pakar kewangan Abang Abu dan transformasi minda oleh pakar motivasi Prof Datuk Dr Muhaya.

Young CEO Summit merupakan peluang terbaik buat para usahawan memperkasa modal insan dan jati diri disamping sokongan motivasi dan tauladan dalam membangkitkan semangat keusahawanan. 

Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,

Karnival Jom Niaga 2018 @ HUB 2018

HUB 2018 turut dimeriahkan lagi dengan Karnival Jom Niaga 2018 pada 30 dan 31 Mac (9 pagi - 10 malam), dengan menyediakan platform kepada PKS menjual produk dan perkhidmatan, selain membolehkan usahawan mendapatkan maklumat, meneroka peluang perniagaan dan menjalin jaringan kerja baharu.

Karnival Jom Niaga 2018 menyasarkan seramai 20,000 pengunjung dengan menyediakan pelbagai aktiviti dan tawaran menarik kepada pengunjung seperti;

  • Pameran Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) oleh MITI.
  • Gerai Buah-Buahan FAMA.
  • Street Soccer @ Jom Niaga.
  • Peraduan Mewarna bersama Bank Rakyat.
  • Pertandingan Gubahan Bunga.
  • Pertandingan Teh Tarik Challenge.
  • Pertandingan Karaoke Gegar Jom Niaga (Karaoke).
  • Penempilan dan Persembahan Selebriti.
  • Pertandingan Kostum Kanak-Kanak.
  • Demonstrasi Hair Styling oleh Joe's Barbershop.
  • Demonstrasi Hijab bersama Nabilah Razali.
  • Demonstrasi Makeup bersama Syed Dewa.
  • Pertunjukan Fesyen.
  • Cabutan Bertuah - Kereta, motorsikal, basikal, handphone, barang-barang eletrik.
  • Penampilan maskot Transformers (Optimus Prime & Bumblebee) dan Ejen Ali.
  • Kids @ Jom Niaga - Bouncing Castle, face painting, clown appearence & sand art.
  • Booth Tonton dan Boost.
  • e-wallet oleh Boost sebanyak RM20 sehari.
  • RM5 diskaun oleh Grab setiap perjalanan - GrabHUB2018.
  • Masuk adalah percuma.
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018, HUB 2018,

HUB 2018 pasti menjadi platform yang membantu melonjakkan lagi peluang dan kredibiliti keusahawanan anda sebagai kerjaya yang mampan. 

Aplikasi HUB 2018 boleh dimuat turun di HUB2018, manakala pendaftaran secara online boleh dibuat terus di sini> http://bit.ly/HUB2018REG.

Justeru, sebarang pertanyaan lanjut Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 (HUB2018) boleh hubungi talian 03-2775 6269 / 03- 2775 6208, atau email ke hub2018@smecorp.gov.my.

COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018
Himpunan Usahawan Bumiputera 2018 - HUB 2018
Himpunan Usahawan Bumiputera - HUB2018 anjuran MITI, menampilkan Fizo Omar, Abang Abu dan Prof Datuk Dr Muhaya dalam Young CEO Summit 2018, serta pelbagai lagi aktiviti menarik.
https://3.bp.blogspot.com/-4bgkrHGqrxM/WrRpT9vR3pI/AAAAAAAATXo/gMG7im7HK9IRmiONn_tdHuIg34YGSTWCgCLcBGAs/s640/Himpunan%2BUsahawan%2BBumiputera%2B2018%2B%25281%2529.png
https://3.bp.blogspot.com/-4bgkrHGqrxM/WrRpT9vR3pI/AAAAAAAATXo/gMG7im7HK9IRmiONn_tdHuIg34YGSTWCgCLcBGAs/s72-c/Himpunan%2BUsahawan%2BBumiputera%2B2018%2B%25281%2529.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/himpunan-usahawan-bumiputera-2018.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/himpunan-usahawan-bumiputera-2018.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy