Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Puan Wan Norshiha

Inspirasi kejayaan Shinora Food bersama Puan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan, Shinora Food Industries Sdn Bhd.

Wan Norshiha Wan Embong, Shinora Food, Ekspo Terengganu 2018, ECERDC, Khir Khalid,

Kejayaan bukan sesuatu yang boleh dicapai semalaman. Ia pastinya memerlukan keazaman dengan perancangan serta usaha yang istiqamah. Ilmu dan sokongan yang betul juga menjadi antara elemen penting bagi memastikan hasrat tercapai.

Bersempena Ekspo Terengganu 2018, saya berpeluang mengenali Puan Wan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan Shinora Food Industries Sdn Bhd dalam sesi temubual yang diadakan. Beliau usahawanita berjaya di Terengganu, juga antara peserta program pembangunan modal insan entrepreneur ECER dibawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).

Wan Norshiha Wan Embong, Shinora Food, Ekspo Terengganu 2018, ECERDC, Khir Khalid,

Inspirasi Penjenamaan Shinora Food Industries Sdn Bhd


Puan Wan Norshiha mengusahakan pembuatan dan perbekalan makanan frozen food dibawah tanda nama berdaftar ‘Shinora’. Pastinya ada dikalangan pembaca yang sedia mengetahui, pernah membeli dan merasai keenakan ‘frozen food’ jenama Shinora keluaran Shinora Food Industries Sdn Bhd ini.

Terdapat pelbagai jenis produk-produk sejuk beku Shinora yang dipasarkan seperti karipap, cucur badak, donut, samosa, roti canai, roti bun dan produk istimewa yang dikenali dengan nama roti keramat (Cruller Stick). Menurut Puan Wan Norshiha, roti keramat mempunyai inti pilihan yang dipasarkan dengan variasi original, inti sardin dan kacang merah.

Shinora,
Kredit Foto: Fb Shinora Food Industries Sdn Bhd

Kini, produk-produk Shinora bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan tetapi telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand malah ke United Kingdom. Selain itu, berdasarkan lawatan Puan Wan Norshiha beberapa kali ke China, Shinora sedang memperkukuhkan lagi pasarannya ke negara China dan juga Timur Tengah.

Sememangnya bukan calang-calang frozen food. Puan Wan Norshiha dengan berbesar hati turut berkongsi antara resepi kejayaan Shinora.

Membina Keyakinan Pasaran Melalui Packaging


Antara resipi kejayaan Shinora adalah memastikan ‘packaging’ yang berpenerampilan menarik dan menepati nilai komersil pasaran antarabangsa. Puan Wan Norshiha turut beberapa kali menekankan selain produk yang berkualiti dan rasa yang sedap, ‘packaging’ juga merupakan elemen penting yang bermutu amat membantu dalam membina keyakinan pelanggan dan pasaran.

Melalui program entrepreneur ECER dibawah bimbingan SIRIM selaku rakan strategik ECERDC dan organisasi perlaksana, telah membantu dalam memastikan mutu pembungkusan setiap produk Shinora mampu memberikan impak yang positif dalam pengukuhan pasaran dalam dan luar negara.

Shinora, Cruller Stick,
Kredit foto: Fb Shinora Food Industries Sdn Bhd

Program entrepreneur ECER juga membantu dalam memberi bimbingan dan panduan bagi memperolehi pensijilan Halal JAKIM dan MeSTI untuk produk-produk Shinora.

Selain itu, program entrepreneur ECER juga membantu Puan Wan Norshiha menambahbaik operasi pembuatan dengan kelengkapan bengkel dan modal insan yang lebih produktif. Berdasarkan prestasi dan komitmen, Shinora Food Industries Sdn Bhd telah beroleh kepercayaan geran dengan sokongan SIRIM sebanyak RM200,000 bagi memperkukuhkan lagi penjenamaannya.

“Packaging memang memainkan peranan penting” – Puan Norshiha Wan Embong

Puan Wan Norshiha mempunyai Ijazah Sarjana dalam Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengambil keputusan menceburi perniagaan makanan berasaskan sejuk beku dengan menubuhkan Shinora Food Industries Sdn Bhd pada 2013.

Menyertai program entrepreneur ECER bermula pada 2014 sebagai peserta tahap 3, berdasarkan prestasi perniagaannya serta komitmen beliau sendiri sebagai seorang usahawanita.

Menurut beliau lagi, kita terlebih dahulu perlu memulakan inisiatif terhadap apa jua hasrat yang ingin kita capai. Berteraskan usaha yang betul dan berterusan, perkara yang kita lakukan pasti menjadi bukti yang mampu membuka ruang sokongan sewajarnya. Usaha perlulah datang dari kita terlebih dahulu dengan fokus dan tekad untuk berjaya.

Wan Norshiha Wan Embong, Shinora Food, Ekspo Terengganu 2018, ECERDC, Khir Khalid,

Penghargaan terima kasih kepada ECERDC atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, juga kepada Puan Wan Norshiha Wan Embong atas kesudian berkongsi pengalaman yang berharga sebagai sebahagian ilmu keusahawanan. Mudah-mudahan menjadi panduan dan rujukan yang mempunyai nilai motivasi dan inspirasi kepada pembaca seluruhnya. 

Semoga terus maju jaya mengukir kejayaan tempatan dan antarabangsa... aamiin.

Shinora Food Industries Sdn Bhd

Lot No. 3058, Terengganu Halal Park,
Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel: +6 09- 616 1116 / +6 09-631 7054
Email: wnaznora@yahoo.com.my 

COMMENTS

BLOGGER: 21
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Puan Wan Norshiha
Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Puan Wan Norshiha
Inspirasi kejayaan Shinora Food bersama Puan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan, Shinora Food Industries Sdn Bhd.
https://4.bp.blogspot.com/-4jQhYLgcaVM/WplS6wAtlcI/AAAAAAAATIQ/LksYR6o4zGo_6OCsijzaHEKgHQ_T8NsKwCLcBGAs/s640/Shinora%2BECER.png
https://4.bp.blogspot.com/-4jQhYLgcaVM/WplS6wAtlcI/AAAAAAAATIQ/LksYR6o4zGo_6OCsijzaHEKgHQ_T8NsKwCLcBGAs/s72-c/Shinora%2BECER.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/inspirasi-shinora-food-bersama-wan-norshiha.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/inspirasi-shinora-food-bersama-wan-norshiha.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy