Shinora ECER, ECERDC,
Kejayaan bukan sesuatu yang boleh dicapai semalaman. Ia memerlukan keazaman, perancangan serta usaha yang istiqamah. Ilmu dan sokongan yang betul juga menjadi elemen penting bagi memastikan hasrat tercapai.
 
Bersempena Ekspo Terengganu 2018, saya berpeluang mengenali Puan Wan Norshiha Wan Embong, Pengarah Urusan Shinora Food Industries Sdn Bhd dalam sesi temubual yang diadakan.
 
Beliau usahawanita berjaya di Terengganu, juga antara peserta program pembangunan modal insan entrepreneur ECER dibawah Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC).
Wan Norshiha Wan Embong, Shinora Food, Ekspo Terengganu 2018, ECERDC, Khir Khalid,

Penjenamaan Shinora Food Industries Sdn Bhd

 
Puan Wan Norshiha mengusahakan pembuatan dan perbekalan makanan frozen food dibawah tanda nama berdaftar ‘Shinora’. Pastinya ada dikalangan pembaca yang sedia mengetahui, pernah membeli dan merasai keenakan ‘frozen food’ jenama Shinora keluaran Shinora Food Industries Sdn Bhd ini.
 
Terdapat pelbagai jenis produk-produk sejuk beku Shinora yang dipasarkan seperti karipap, cucur badak, donut, samosa, roti canai, roti bun dan produk istimewa yang dikenali dengan nama roti keramat (Cruller Stick).
 
Menurut Puan Wan Norshiha, roti keramat mempunyai inti pilihan yang dipasarkan dengan variasi original, inti sardin dan kacang merah.
 
Shinora,
Kredit Foto: Fb Shinora Food Industries Sdn Bhd
 
Kini, produk-produk Shinora bukan sahaja dipasarkan di pasaran tempatan tetapi telah berjaya menembusi pasaran luar negara seperti Singapura, Brunei, Thailand malah ke United Kingdom. Selain itu, berdasarkan lawatan Puan Wan Norshiha beberapa kali ke China, Shinora sedang memperkukuhkan lagi pasarannya ke negara China dan juga Timur Tengah.
 
Sememangnya bukan calang-calang frozen food. Puan Wan Norshiha dengan berbesar hati turut berkongsi antara resepi kejayaan Shinora.

Membina Keyakinan Pasaran Melalui Packaging

 
Antara resipi kejayaan Shinora adalah memastikan ‘packaging’ yang berpenerampilan menarik dan menepati nilai komersil pasaran antarabangsa.
 
Puan Wan Norshiha turut beberapa kali menekankan selain produk yang berkualiti dan rasa yang sedap, ‘packaging’ juga merupakan elemen penting yang bermutu amat membantu dalam membina keyakinan pelanggan dan pasaran.
 
Melalui program entrepreneur ECER dibawah bimbingan SIRIM selaku rakan strategik ECERDC dan organisasi perlaksana, telah membantu dalam memastikan mutu pembungkusan setiap produk Shinora mampu memberikan impak yang positif dalam pengukuhan pasaran dalam dan luar negara.
 
Program entrepreneur ECER juga membantu dalam memberi bimbingan dan panduan bagi memperolehi pensijilan Halal JAKIM dan MeSTI untuk produk-produk Shinora.
 
Selain itu, program entrepreneur ECER juga membantu Puan Wan Norshiha menambahbaik operasi pembuatan dengan kelengkapan bengkel dan modal insan yang lebih produktif.
 
Berdasarkan prestasi dan komitmen, Shinora Food Industries Sdn Bhd telah beroleh kepercayaan geran dengan sokongan SIRIM sebanyak RM200,000 bagi memperkukuhkan lagi penjenamaannya.
 

“Packaging memainkan peranan penting” – Puan Norshiha Wan Embong

 
 
Puan Wan Norshiha mempunyai Ijazah Sarjana dalam Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mengambil keputusan menceburi perniagaan makanan berasaskan sejuk beku dengan menubuhkan Shinora Food Industries Sdn Bhd pada 2013.
 
Menyertai program entrepreneur ECER bermula pada 2014 sebagai peserta tahap 3, berdasarkan prestasi perniagaannya serta komitmen beliau sendiri sebagai seorang usahawanita.
 
Menurut beliau lagi, kita terlebih dahulu perlu memulakan inisiatif terhadap apa jua hasrat yang ingin kita capai. Berteraskan usaha yang betul dan berterusan, perkara yang kita lakukan pasti menjadi bukti yang mampu membuka ruang sokongan sewajarnya.
 
Usaha perlulah datang dari kita terlebih dahulu dengan fokus dan tekad untuk berjaya.
Wan Norshiha Wan Embong, Shinora Food, Ekspo Terengganu 2018, ECERDC, Khir Khalid,
Penghargaan terima kasih kepada ECERDC atas peluang dan kepercayaan yang diberikan, juga kepada Puan Wan Norshiha Wan Embong atas kesudian berkongsi pengalaman yang berharga sebagai sebahagian ilmu keusahawanan.
 
Mudah-mudahan menjadi panduan dan rujukan yang mempunyai nilai motivasi dan inspirasi kepada pembaca seluruhnya.
 
Semoga terus maju jaya mengukir kejayaan tempatan dan antarabangsa… aamiin.

Shinora Food Industries Sdn Bhd

Lot No. 3058, Terengganu Halal Park,
Chendering, 21080 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman.
Tel: +6 09- 616 1116 / +6 09-631 7054
Email: wnaznora@yahoo.com.my

21 Thoughts to “Inspirasi Kejayaan Shinora Food bersama Wan Norshiha”

  1. seronoknya bila dapat jumpa orang yang berjaya nih
    inspirasi betul

  2. bertemu org yg berjaya dan berwawasan pasti buat kita lebih bersemangat kan?

  3. Great inspiration.. Keep up the good work… Nice food products they r having, no wonder is a successful business

  4. Orangnye nampak 'down to earth' je. Saya pun suka baca cerita org yang berjaya mcm ni. Memang la org nampak masa dia berjaya tapi proses dan perjalanan untuk sampai ke tahap tu memang la payah. Produk dia pun banyak.

  5. Untuk mencapai kejayaan sampai tahap sekarang bukan senang kan KK, pelbagai dugaan yang diharungi..tapi bila dah berjaya memang rasa lega dan puas hati..suka baca kegigihan wanita untuk berjaya..

  6. Inspirasi utk berjaya…bokeh dijadikan contoh… Btw, first time dgr nme produk beliau Shinora.. Adkh dlm Malaysia ini semua tmpt sudah dipasarkan? Harap2 di Johor sudah ada.. Boleh mencubanya.. Packaging shinira pon nme bagus. Berkualiti..

  7. Packaging menarik sudah pasti memberi impak kepada pembeli. Macam mommy sendiri. Akan baca informasi di packaging sebelum memilih produk.. nanti boleh cuba produk shinora..

  8. Bukan senang nak senang. Kena jadikan kejayaan mereka yang berjaya satu inspirasi buat kita.first time sy dengar jenama produk nih.macam macam ada dijual ye

  9. teringat satu kisah. saya pernah gi audit satu kilang makanan. melayu.
    sambil audit cukai, saya amik peluang la bertanya perihal bisnes selain daripada akaun.
    packaging memainkan peranan yg tinggi. bak kata org dedolu, dari mata jatuh ke hati kan.
    mereka invest byk dlm packaging yg menarik.
    local and oversea, berbeza.
    lama juga la dia nak sukses. setelah gi kursus luar negara, balik dia improve bab packaging.
    well-known malay product. now da berjaya la. di mydin & jusco da ada produk dia.

  10. wah hebat dan boleh dipuji. sampai ke luar negara diorang pasarkan. Great inspiration to me. nak berjaya bukanlah senang. yang penting usaha.

  11. Apalah rasa cruller bread tu kan? Teringin nak cuba.. Nak pergi pasaraya lah cari cruller bread tu.

  12. Good to meet those who are successful in business. I wish to try their food because it looks very delicious.

  13. wah menarik ni, i patut check out shinora food ni at least produk dari bumiputera boleh yakin makan tanpa was was…… tapi first time I daapat tahu mengenai shinora food melalui blog Encik Khir..

  14. Betul. nak berjaya bukan sekelip mata ! hehe tapi tak pernah dengar brand ini. Lepas baca entry , baru tahu kewujudan shinora. yaaa semestinya oentingnya review blogger untuk sesebuah brand

  15. Packaging, marketing skill are very important for entrepreneurs. I enjoy reading her success. Never give up when starting own business. Informative page.

  16. would love to try this food out. I would agree that packaging and marketing skills are very important. But i have also met entrepreneurs that excel in marketing but didn't put much effort in taking care of the quality of their products..super terbalik..hahahhah

  17. I certainly agree that how you package and market the brand is certainly important. Will certainly hope to hear more about the brand in the future, so thank you kindly for discussing it here- definitely gave a great insight to it.

  18. Never try this before and it seems great to try it. Live to hear and learn from this kind of successfull person. So much to learn and apply.
    Racheal

  19. Memberi inspirasi pada usahawan2 dan bakal2 usahawan yang lain juga. Moga produk2 bumiputra terus maju

  20. Very inspiring when get the first hand knowledge and experience from successful people. Frozen food is a huge market because nowadays we dont have so much time to prepare from the scratch so this will help us to save time.

  21. GV kagum dengan orang berjaya seperti Puan Wan Norsiha ini. Mmg terbaik. 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.