Kempen Invisible Women Dan Akta Kesamarataan Gender

Pameran seni Invisible Women dan diskusi Empowering Women in the Workplace, menyeru orang ramai bersuara terhadap diskriminasi gender dan menyokong Akta Kesaksamaan Gender.

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's aid organisation,

Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia 2018, saya telah menghadiri pelancaran kempen Invisible Women yang menonjolkan kisah-kisah wanita yang mengalami diskriminasi gender di Malaysia.

Invisible Women merupakan pameran seni usahasama Women’s Aid Organisation (WAO) dan Leo Burnett dengan sokongan British High Commission, sebagai seruan kepada orang ramai untuk bersuara terhadap diskriminasi gender dan menyokong Akta Kesamarataan Gender. Pameran berlangsung dari 8 hingga 18 Mac 2018 (10 pagi - 10 malam) di White Box Theatre, Publika.

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's Aid Organisation,

Invisible Women – Pameran Seni Kisah Wanita Tersisih


Sejak tahun 1982, Women’s Aid Organisation (Pertubuhan Pertolongan Wanita – WAO) menyediakan rumah perlindungan dan sokongan krisis secara percuma kepada para wanita dan kanak-kanak yang mengalami penderaan.

WAO menyokong wanita serta anak-anak mereka membina kehidupan semula setelah mengharungi keganasan rumahtangga, rogol, pemerdagangan dan keganasan-keganasan lain. Mempelajari daripada pengalaman wanita, WAO berusaha mengukuhkan dasar awam serta meningkatkan kesedaran masyarakat seluruhnya.

Saya ada berkongsi beberapa artikel WAO sebelum ini yang juga dijadikan rujukan pembentangan beberapa sesi motivasi sosial institusi pengajian. Ia bertujuan meningkatkan kesedaran sosial terhadap pemerkasaan wanita di Malaysia. Antaranya boleh dibaca di bawah;

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's Aid Organisation,

Tetapkan batas waktu untuk pembentangan Akta Kesamarataan Gender 


Sempena pelancaran, turut diadakan diskusi bertajuk ‘Empowering Women in the Workplace’, yang berkongsi perspektif tentang diskriminasi gender dan Akta Kesamarataan Gender.

Panel diskusi diwakili oleh;
  • H.E. Vicky Treadell (British High Commisioner to Malaysia).
  • Adi Wira Abdul Razak (Head, Supply Chain, Sime Darby Property).
  • Meera Samanther (Vice-President of WAO).
  • Yu Ren Chung (Acting Executive Director of WAO).
  • Pia Dhaliwal (Copywriter of Leo Burnett).
  • Michelle Tan (Mangsa diskriminasi di tempat kerja).

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's Aid Organisation,

Ia merupakan antara inisiatif WAO menggesa kerajaan dalam menetapkan batas waktu untuk pembentangan Akta Kesamarataan Gender bagi melindungi wanita daripada diskriminasi gender. 

Ini juga rentetan daripada komitmen Y.B. Dato’ Sri Hajah Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengumumkan di Parlimen bahawa kementerian beliau sedang bekerja bagi mengusulkan Akta Kesamarataan Gender pada November 2016.

“WAO dan Gabungan Kumpulan Wanita Bertindak bagi Kesamarataan Gender (JAG) telah bekerjasama dengan kerajaan untuk merangka Akta Kesamarataan Gender. Kini kami mahu mengetahui apakah langkah selanjutnya dan bila ia akan berlaku” – Meera Samanther, Naib Presiden WAO.

Akta Kesamarataan Gender sangat diperlukan lebih-lebih lagi kerana wanita yang berada di sektor swasta tidak dilindungi daripada diskriminasi gender. Apabila wanita didiskriminasikan di tempat kerja, mereka mempunyai sedikit atau tiada pilihan langsung memperoleh keadilan. 

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's Aid Organisation,

Ramai yang menderita dan diam, meninggalkan pekerjaan mereka atau didesak meletak jawatan. Akta Kesamarataan Gender akan mengubah situasi ini.

Akta tersebut bukan sahaja melarang diskriminasi gender, tetapi juga memastikan wanita yang mengalami diskriminasi boleh memperoleh keadilan dengan mudah tanpa perlu menjalani proses yang panjang, meletihkan dan mahal.

Malaysia juga mempunyai kewajipan antarabangsa untuk menggubal Akta Kesamarataan Gender. Akta ini penting untuk memastikan kesamarataan gender di Malaysia.

Invisible Women, Akta Kesamarataan Gender, Women's Aid Organisation,

Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita


Pada 2006, Jawatankuasa  CEDAW Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menggesa Malaysia untuk menggubal Akta Kesamarataan Gender dan pada 2018, jawatanjuasa PBB sekali lagi menekankan panggilan ini.

Wanita Malaysia telah menunggu selama 12 tahun – dan kami tidak akan menunggu lagi. Ini adalah masa untuk kita bertindak – untuk kesamarataan gender dan untuk melindungi ramai wanita yang telah menderita selama ini. Apa tujuan menandatangani Konvensyen tetapi tidak menyerapkannya ke dalam undang-undang Malaysia untuk melindungi wanita, jelas Meera lagi.

CEDAW adalah ‘Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita’ (Convention on the Elimination of all form of Discrimination Agains Women) yang ditandatangani Malaysia pada 1995.

Invisible Women, Women's Aid Organisation, Meera Samanther (Vice-President of WAO),

Justeru, pelancaran pameran Invisible Women ini merupakan satu panggilan kepada orang ramai untuk bersuara terhadap diskriminasi gender dan menyokong Akta Kesamarataan Gender. 

Pameran seni ‘Wanita Tersisih’ menonjolkan kisah-kisah wanita yang mengalami diskriminasi gender, berlangsung dari 8 hingga 18 Mac 2018 (10 pagi – 10 malam) di White Box Theatre, Publika.

Layari maklumat lanjut di www.invisiblewomen.com.

COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kempen Invisible Women Dan Akta Kesamarataan Gender
Kempen Invisible Women Dan Akta Kesamarataan Gender
Pameran seni Invisible Women dan diskusi Empowering Women in the Workplace, menyeru orang ramai bersuara terhadap diskriminasi gender dan menyokong Akta Kesaksamaan Gender.
https://4.bp.blogspot.com/-9kiuvIluoVg/WqJ9zuyczLI/AAAAAAAATOI/NF0bZEbuYRQsEY4iH610rRfYXpc2a0DrACLcBGAs/s640/Invisible%2BWomen.png
https://4.bp.blogspot.com/-9kiuvIluoVg/WqJ9zuyczLI/AAAAAAAATOI/NF0bZEbuYRQsEY4iH610rRfYXpc2a0DrACLcBGAs/s72-c/Invisible%2BWomen.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/kempen-invisible-women-wao.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/kempen-invisible-women-wao.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy