3INA Makeup Makeover @ Sky Avenue, Resorts World Genting

Makeover by 3INA Makeup di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Resorts World Genting,

3INA Makeup jenama kosmetik antarabangsa bermutu tinggi yang dicipta bagi memenuhi keperluan semua jenis kulit dan peringkat umur kini telah dibuka di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Kelapangan pada hujung minggu baru-baru ini, saya berpeluang menyertai aktiviti yang dianjurkan Resorts World Genting, antaranya berkunjung ke 3INA Makeup Store di Sky Avenue. Merupakan pengalaman yang menceriakan bersama isteri dan rakan-rakan dengan pelbagai aktiviti dan lokasi menarik termasuk Makeover by 3INA Makeup di Sky Avenue ini.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Resorts World Genting,

3INA Makeup Store Sky Avenue, Resorts World Genting


3INA Makeup Store (sebutan – MEE-NAA) merupakan lokasi pertama setibanya kami di Sky Avenue. Outlet ini menempatkan pelbagai variasi produk kosmetik yang menarik dan boleh saya katakan seumpama ‘syurga’ pilihan barangan kosmetik terutamanya buat kaum wanita.

Sejujurnya juga, ini merupakan kali pertama saya mengetahui jenama 3INA Makeup ini. 3INA Makeup Store menawarkan variasi pilihan produk kosmetik menarik bertaraf antarabangsa yang bersesuaian untuk semua jenis dan warna kulit. Paling utama, keseluruhan harga-harga 3INA Makeup amat berpatutan dan ‘affordable’ untuk semua.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Ia juga dikategorikan sebagai produk kosmetik yang bermutu dan memenuhi standard piawaian antarabangsa, paraban free, cruelty free – tidak mengandungi sumber haiwan dan ‘not tested on animals’ serta dikilangkan di beberapa negara European Union seperti Perancis, Sepanyol dan Itali.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,
Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,

Makeover By 3INA Makeup Sky Avenue


Lebih menarik apabila kami dapat merasai pengalaman makeover menggunakan produk-produk 3INA Makeup oleh perunding solekan yang ditauliahkan. Saya tidak turut serta aktiviti makeover ini tetapi bagi laluan kepada Puan Mem sebab beliau lebih layak di ‘makeover’… “sayang isteri makeup-makeup kan”.. biar bertambah cantik dan berseri.

Berdasarkan pengalaman Puan Mem sendiri, 3INA Makeup sememangnya mampu bertahan lama, tidak membuatkan muka berminyak dan selesa walaupun setelah menyertai pelbagai aktiviti-aktiviti lain selepas itu. Bukan itu sahaja, malah perunding makeup di butik 3INA Sky Avenue sangat friendly dan memahami apa yang bersesuai untuk tona dan jenis kulit muka Puan Mem.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,
Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,

Selain melihat proses makeover yang dilakukan oleh perunding solekan 3INA Makeup, saya juga berkesempatan berkenalan dan beramah mesra dengan Mr Yew Kiat Toh, PR & Marketing Communication Manager kepada Bluebell Marketing Sdn Bhd. Ia merupakan syarikat yang bertanggungjawab ke atas pemasaran dan penjenamaan 3INA Makeup di Malaysia.

Menurut beliau, 3INA Makeup difokuskan untuk kesesuaian semua golongan sama ada remaja dan dewasa bagi semua peringkat umur juga warna kulit. Walaupun ia dikategorikan sebagai produk bermutu tinggi, tetapi harga setiap produk yang ditawarkan adalah jauh lebih berpatutan berbanding kebanyakkan kosmetik berjenama eksklusif lain yang terdapat di pasaran.

Makeover by 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,

3INA Makeup Store Kini Di Sky Avenue, Resorts World Genting


3INA Makeup Store telah membuka outlet pertama di Covent Garden, London pada Februari 2016 dan telah berkembang ke beberapa negara sejak itu. Terdapat lebih 25 outlet telah dibuka di pasaran 9 negara pada 2018 dan terus berkembang dengan mengetengahkan konsep 'global webstore dan department store' ke seluruh dunia.
  
Kini 3INA Makeup Stores telah pun membuka beberapa cawangan di Malaysia iaitu di IOI City Mall Putrajaya, Pavilion KL, Sunway Pyramid dan yang terbaru adalah di Sky Avenue, Resorts World Genting. Pastikan singgah jika anda berkunjung ke Sky Avenue, Genting Highlands.

Yew Kiat TOH, Bluebell Marketing Sdn Bhd, 3INA Makeup, Sky Avenue, Genting Highlands,

Penghargaan terima kasih kepada 3INA Sky Avenue dan Resorts World Genting atas pengalaman yang menarik ini. Tidak ketinggalan buat Makeup Consultant 3INA Makeup Sky Avenue atas tips dan solekan yang menyerlahkan lagi kecantikan dan keanggunan Puan Mem… fiiiweeettt!!!

Justeru, anda boleh ketahui pelbagai maklumat lanjut dan mengikuti perkembangan terkini produk-produk 3INA Makeup di website dan media sosial di bawah;

3INA Makeup Store
Facebook: 3INAmakeup
Instagram: @3ina
Website: www.3ina.com

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: 3INA Makeup Makeover @ Sky Avenue, Resorts World Genting
3INA Makeup Makeover @ Sky Avenue, Resorts World Genting
Makeover by 3INA Makeup di Sky Avenue, Resorts World Genting.
https://4.bp.blogspot.com/-i8u_B3LTLXs/WpfjXiHmp3I/AAAAAAAATGg/lAOMfmbeFBsA0mCCIrp8r4hQZ9Qe-2kbQCLcBGAs/s640/3INA%2BSky%2BAvenue.png
https://4.bp.blogspot.com/-i8u_B3LTLXs/WpfjXiHmp3I/AAAAAAAATGg/lAOMfmbeFBsA0mCCIrp8r4hQZ9Qe-2kbQCLcBGAs/s72-c/3INA%2BSky%2BAvenue.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/makeover-by-3ina-makeup-sky-avenue.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/makeover-by-3ina-makeup-sky-avenue.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy