Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting

Ripley's Believe It Or Not Odditorium di Ripley's Believe It Or Not Adventureland, Sky Avenue, Resorts World Genting.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium, Sky Avenue, Resorts World Genting

Pasti ramai dikalangan kita pernah menonton Ripley’s Believe It or Not di kaca TV. Saya juga antara yang pernah mengikuti rancangan ini sebab ia memaparkan banyak realiti yang pelik-pelik.

Kini kenangan menonton sebelum ini telah bertukar kepada satu pengalaman realiti istimewa bila berpeluang berkunjung ke Ripley’s Believe It Or Not Odditorium di Sky Avenue, Resort World Genting. Merupakan antara lokasi berinformatif dan menyeronokkan untuk dikunjungi.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium


Ripley’s Believe It Or Not Odditorium ini merupakan antara lokasi yang kami lawati pada sebelah petang selepas aktiviti makeover 3INA makeup dan makan tengah hari. Ini juga merupakan pengalaman baharu kami berkunjung ke Sky Avenue, Resorts World Genting pada kali ini.

Bertempat di level 4 Sky Avenue, Ripley’s Believe It Or Not Odditorium ini merupakan antara lokasi menarik yang terdapat di keseluruhan Ripley's Believe It Or Not Adventureland. Mempamerkan pelbagai ikon informatif seperti mana yang di TV, begitulah pengalaman luar biasa tentang ‘the dark side of the world’ dengan pelbagai koleksi diluar norma kehidupan biasa.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,

Terbahagi kepada pelbagai bahagian, terdapat seksyen yang mempamerkan patung-patung dan sumber bahan-bahan yang pelik-pelik, ‘spacecraft’ termasuk seksyen unik dan kreatif. Kesemuanya pasti memberi pengalaman baharu yang berbeza buat sesiapa yang berkunjung ke sini.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,

Realiti Kehidupan Di Ripley’s Believe It Or Not Odditorium


Saya difahamkan bahawa Ripley’s Believe It Or Not Odditorium di Sky Avenue, Resorts World Genting ini merupakan salah satu 'licenced chain' daripada premis rangkaian koleksi pameran Ripley’s Believe It Or Not yang beroperasi di 11 negara seluruh dunia.

Ia diinspirasikan Robert L. Ripley (1890 - 1949), seorang kartunis yang telah mengembara ke serata dunia selama lebih 35 tahun, mencari dan mengumpulkan pelbagai artifak dan koleksi pelik dan sukar diperjelaskan. Ia turut merangkumi peralatan, penciptaan dan profil individu dikategori yang sama. 

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,

Begitu juga yang dipamerkan di Ripley's Believe It Or Not Odditorium, Sky Avenue, Resorts World Genting ini. Seperti yang anda lihat, ada bahagian yang disediakan untuk bergambar. Malah gambar di atas adalah ruang 'trick room' yang menampakkan saya lebih besar daripada puan mem haha. 

Banyak lagi gambar-gambar yang tidak saya masukkan kerana terlalu banyak yang menarik dipamerkan. Pendek kata, semua yang dipamerkan di sini membuatkan kita terfikir tentang pelbagai perkara yang ada di dunia ini. Ada yang dipamerkan langsung tidak terlintas oleh logik akal manusia namun ia adalah perkara yang sememangnya wujud dan realitinya berlaku.

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,

Ripley's Believe It Or Not Adventureland, Sky Avenue, Resorts World Genting


Terdapat pelbagai lagi lokasi kunjungan menarik di Ripley's Believe It Or Not Adventureland antaranya ialah Ripley's Believe It Or Not Odditorium. Selain itu turut menempatkan beberapa lagi lokasi yang akan saya kongsikan lebih lanjut pada artikel yang lain nanti.. so, stay tuned! 

Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting,
Kredit foto: www.maknlee.com

Pengalaman berkunjung ke sini merupakan sesuatu yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi beroleh pelbagai info pengetahuan bersama rakan-rakan. Penghargaan terima kasih kepada Ripley's Believe It Or Not Odditorium dan Resorts World Genting atas peluang istimewa ini. 

Tiket masuk ke Ripley’s Believe It Or Not Odditorium adalah RM22 dewasa dan RM18 kanak-kanak bagi warganegara Malaysia. Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, merupakan ‘self guided tour’ odditorium yang sememangnya memberikan pengalaman dan pengetahuan yang berbaloi.

Layari info lanjut di www.rwgenting.com

COMMENTS

BLOGGER: 11
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting
Ripley’s Believe It Or Not Odditorium Resorts World Genting
Ripley's Believe It Or Not Odditorium di Ripley's Believe It Or Not Adventureland, Sky Avenue, Resorts World Genting.
https://1.bp.blogspot.com/-CMV6xt-ynPU/WpvbR4Jc8nI/AAAAAAAATJI/EYXyTdxKeM0Kussi__4fu-lk8cbnkhbDQCLcBGAs/s640/Ripley%2527s%2BGenting%2BHighlands.png
https://1.bp.blogspot.com/-CMV6xt-ynPU/WpvbR4Jc8nI/AAAAAAAATJI/EYXyTdxKeM0Kussi__4fu-lk8cbnkhbDQCLcBGAs/s72-c/Ripley%2527s%2BGenting%2BHighlands.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ripleys-believe-it-or-not-odditorium.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/ripleys-believe-it-or-not-odditorium.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy