Shinsegae Mamee Lancar Produk Perkasa Industri Makanan

Shinsegae Mamee lancar produk perkhidmatan makanan untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti dan keaslian rasa.

Dato' Chef Ismail Ahmad, Khir Khalid, Shinsegae Mamee Foodservice,

Setiap kali makan di gerai atau restoran, kita pasti mahukan makanan yang sedap. Selain kebersihan dan pelbagai faktor lain, keenakan rasa yang konsisten menjadi faktor utama untuk kita berkunjung lagi. Kita pasti jadi ringan mulut bercerita tentang keenakan sajian itu kepada orang lain.

Atas aspirasi tersebut, Shinsegae Mamee Sdn Bhd telah melancarkan rangkaian produk makanan segera dibawah jenama Shinsegae Mamee Foodservice, bagi membantu usahawan dan pengendali makanan menguruskan kos dan masa disamping mengekalkan keaslian aroma dan rasa sajian.

Shinsegae Mamee Foodservice,

Pelancaran Produk Shinsegae Mamee Foodservice


Saya telah menghadiri majlis pelancaran yang memperkenalkan barisan produk Shinsegae Mamee di Glasshouse, Seputih pada pagi Selasa, 13 Mac 2018. 

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi Mamee-Double Decker, Datuk Wira Pang Tee Nam; Ketua Bahagian Perkhidmatan Makanan Shinsegae Mamee, Jennifer Chee; Mamee Chef dan Duta Gastonomi Pelancongan Malaysia, Dato’ Chef Ismail Ahmad dan Eksekutif Chef Shinsegae Mamee, Chef Faizul Hazly Ghazali.

Shinsegae Mamee merupakan gabungan usahasama syarikat tempatan, Mamee-Double Decker dan syarikat penyedia makanan terkemuka Korea Selatan, Shinsegae Food. Mensasarkan penggunaan kepada golongan industri seperti peniaga, usahawan dan penyedia makanan, ia inisiatif strategik Shansegae Mamee Foodservice dalam membantu pertumbuhan ekonomi melalui industri makanan.

Shinsegae Mamee Foodservice,

Menurut Jennifer Chee, Industri khidmat makanan berpotensi menjadi industri berdaya maju dan mampu membantu masyarakat 'Bottom 40%' (B40) untuk memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.

Kumpulan B40 terdiri daripada golongan berkolar biru, graduan yang mengangur dan berpendapatan rendah, suri rumah dan pesara dengan pendapatan isi rumah median sebanyak RM3,000 sebulan dan berpotensi meningkatkan pendapatan dengan menjadi pengusaha makanan berjaya.

“Sebagai salah satu pengeluar makanan Halal terbesar di Malaysia sejak 47 tahun lalu, Mamee melihat banyak potensi dalam perniagaan mikro seperti gerai makanan, katering dan food truck. Perniagaan ini, jika diuruskan dengan baik dan bijak, mampu menganjak pengusaha yang bermula dari B40 ke ‘Middle 40%’ (pendapatan median RM6,275) dan Top 20%’ (pendapatan isi rumah median RM13,148)”.

Sempena pelancaran, turut diadakan sesi panel bertajuk 'Resign from Unemployment, Be a Food Entrepreneur' bersama wakil berkepentingan industri makanan seperti GIATMARA, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Panel Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (PRESMA) bagi membincangkan strategi kejayaan pengusaha perniagaan makanan di Malaysia.

Shinsegae Mamee Foodservice,

Kelebihan Rangkaian Produk Shinsegae Mamee Foodservice


Rangkaian produk Shinsegae Mamee ini terdiri daripada pelbagai ramuan yang dikeluarkan dalam bentuk serbuk seperti serbuk rempah ratus, serbuk limau, stok ayam, kentang lenyek dan ‘demi glaze’ yang sesuai digunakan oleh pengusaha makanan tempatan.

Ia dirumuskan oleh Chef Eksekutif Shinsegae Mamee Chef Faizul Hazly Ghazali, juga merupakan chef Malaysia pertama yang pernah memasak untuk perwakilan Olimpik. 

Chef Faizul Hazly Ghazali, Shinsegae Mamee Foodservice, Khir Khalid,

Rangkaian produk Shinsegae Mamee Foodservice tidak mengandungi perisa dan bahan pengawet tiruan. Ia telah dirumus menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti sayur-sayuran, ayam segar, limau, rempah ratus dan pelbagai lagi, supaya peniaga makanan dapat mengekalkan ketulenan aroma dan konsistensi rasa disamping menjimatkan kos dan masa.

Demonstrasi masakan 'Resipi Chef Inspirasi Kejayaan' turut diadakan oleh Dato Chef Ismail dan Chef Faizul Hazly bagi membuktikan keenakan rasa dan aroma sajian masakan seperti nasi goreng kampung, ayam goreng emping kentang, sup ayam dan tom yam termasuk air limau menggunakan produk Shinsegae Mamee. Kesemua yang hadir juga berpeluang merasai setiap sajian yang dimasak.

Ia sememangnya sedap dan cukup rasa, malah mudah disediakan tanpa perlu bersusah payah menyediakan bahan-bahan asas masakan atau perlu menumis seperti kebiasaan.

Shinsegae Mamee Foodservice,

Menjadi Pengusaha Makanan Berjaya Dengan Produk Shinsegae Mamee


Menurut Dato Chef Ismail; seorang chef yang ingin berjaya dalam perniagaan harus bijak meringkaskan resipi dan menguruskan masa supaya dapat meluangkan masa dalam hal-hal menarik pelanggan mengunjungi restorannya.

Pelbagai cara dapat digunakan dan 2 pilihan paling mudah adalah; mengambil tukang masak profesional yang dapat mengendalikan hal-hal dapur dengan baik; atau pun meringkaskan resipi di dapur supaya kakitangan sedia ada dapat dilatih memasak.

Pilihan pertama memerlukan kos yang lebih tinggi dan pilihan kedua sesuai untuk perniagaan katering, kantin, warong dan sebagainya. Namun jika mengambil pilihan kedua, haruslah diingati bahawa keaslian rasa dan konsisteni aroma harus kekal. Disinilah produk-produk Shinsegae Mamee boleh mendatangkan manfaat.  

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Shinsegae Mamee Lancar Produk Perkasa Industri Makanan
Shinsegae Mamee Lancar Produk Perkasa Industri Makanan
Shinsegae Mamee lancar produk perkhidmatan makanan untuk membantu pengendali makanan menjimatkan masa dan kos disamping mengekalkan kualiti dan keaslian rasa.
https://1.bp.blogspot.com/-lOgZUg5TkM0/WqgX05R_fcI/AAAAAAAATS8/DelRTS6erIAevJTFh9AQvMwIKfXeXDSyQCLcBGAs/s640/Shinsegae%2BMamee2.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-lOgZUg5TkM0/WqgX05R_fcI/AAAAAAAATS8/DelRTS6erIAevJTFh9AQvMwIKfXeXDSyQCLcBGAs/s72-c/Shinsegae%2BMamee2.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/shinsegae-mamee-lancar-produk-terbaharu.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/shinsegae-mamee-lancar-produk-terbaharu.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy