Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru

Umairah Uzma lancarkan barisan produk terbaru - foundation, eyeliner, maskara dan perfume.

Nurul Nur Ariani, Pengasas Umairah Uzma,

Pasti semua orang suka kelihatan cantik dan berpenerampilan menarik terutamanya wanita. Pilihan makeup yang bersesuaian sememangnya menjadi satu kemestian buat mereka.

Baru-baru ini saya telah menghadiri majlis pelancaran produk terbaru Umairah Uzma, jenama produk kecantikan yang semakin mendapat tempat dihati ramai pada masa kini. Majlis santai dan meriah pada petang Sabtu, 3 Mac 2018 di Jibby East ini memperkenalkan beberapa produk terbaru seperti foundation, eyeliner, maskara dan perfume.

Pelancaran produk terbaru Umairah Uzma,

Pelancaran Produk Terbaru Umairah Uzma


Sejujurnya, ini kali pertama saya mengetahui jenama Umairah Uzma ini... maklumlah lelaki kan, mana nak ambil port sangat haha. 

Mujur saya datang dengan puan mem yang sudah mengetahui jenama Umairah Uzma ini. Sememangnya Umairah Uzma ini sebenarnya sudah pun mempunyai prospek pasaran yang baik dihati ramai pelanggannya dan kini sedang semakin giat berkembang.

Diasaskan oleh Puan Nurul Nur Ariani pada 2014, Umairah Uzma bermula dengan mengeluarkan inai sebagai produk pertama, diikuti pewarna kuku yang unik dan mudah ditanggalkan untuk wuduk. Buat pertama kali pada penghujung 2014, Umairah Uzma menyertai pesta Mood Republic dengan hanya menjual pewarna kuku.

Pelancaran produk terbaru Umairah Uzma,

Hasil jualan yang menggalakkan, beliau mengeluarkan pula celak Mekah ketika ia menjadi trending makeup harian ramai wanita. Celak Mekah yang dikeluarkan mudah dibawa, kalis air, tahan lama dan tak melekit. Seterusnya Puan Nurul mengeluarkan Makeup Fix Spray berasaskan air dan aloe vera, hasil kajian untuk membantu merawat anaknya yang mengidap penyakit Ekszema.

Menurut Puan Nurul, kesemua produk yang dikeluarkan diinspirasikan melalui pengalaman beliau sendiri dengan kajian bagi menghasilkan produk kecantikan mampu milik dan berkualiti.

Barisan Produk Terbaru Umairah Uzma


Majlis pelancaran memperkenalkan beberapa produk Umairah Uzma iaitu;

  • Umairah Uzma Glowing Foundation.
  • Umairah Uzma Eyeliner.
  • Umairah Uzma Make Up Fix Mist.
  • Umairah Uzma Mega Volume Fiber Mascara.
  • Umairah Uzma Embrace Eau De Perfum.

Setiap produk Umairah Uzma juga dikeluarkan bagi menepati kesesuaian semua jenis kulit. Tidak mengandungi bahan kimia berbahaya dan terlarang, malah mempunyai kebaikan untuk kulit yang sihat, anti penuaan, tahan lama, mudah dicuci, menepati syariah dan pelbagai lagi.

Pelancaran produk terbaru Umairah Uzma,

Umairah Uzma banyak melahirkan agen-agen baru terutamanya dikalangan surirumah yang berhasrat membantu suami dengan menambah pendapatan sendiri disamping membina kerjaya. 

Glowing foundation Umairah Uzma pula masih dibuat dengan menggunakan label pelekat stiker kerana pengasas membuka peluang kerjasama kepada sesiapa yang berhasrat menjadi usahawan dengan menjadikan produk Umairah Uzma sebagai produk mereka sendiri.

Pelancaran produk terbaru Umairah Uzma,

Umairah Uzma amat aktif di Instagram. Justeru, sebarang info lanjut dan pertanyaan mengenai produk Umairah Uzma, anda boleh hubungi Sanah Anna di +6017 294 6162 atau kunjungi website, Instagram dan juga Facebook Umairah Uzma yang saya sediakan di bawah; 

Instagram: @umairah_uzma
Facebook: Umairah Uzma

COMMENTS

BLOGGER: 19
Loading...
Name

Bisnes,47,Blogging,149,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,126,English,18,Familia,36,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,10,Hartanah,14,Hiburan,35,Informasi,110,Intervensi,27,INTI,38,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,146,MDEC,3,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,12,Penghargaan,61,Perawatan Islam,13,Portfolio,48,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,99,Sunway,11,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru
Umairah Uzma Melancarkan Produk Kecantikan Terbaru
Umairah Uzma lancarkan barisan produk terbaru - foundation, eyeliner, maskara dan perfume.
https://4.bp.blogspot.com/-9cY0sKqMd0c/Wp7yhUL37cI/AAAAAAAATM0/fcXMBqc9CIILRgBqkE7JTqwObpAwNlEJACLcBGAs/s640/Umairah%2BUzma.png
https://4.bp.blogspot.com/-9cY0sKqMd0c/Wp7yhUL37cI/AAAAAAAATM0/fcXMBqc9CIILRgBqkE7JTqwObpAwNlEJACLcBGAs/s72-c/Umairah%2BUzma.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/03/umairah-uzma-produk-terbaru.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/03/umairah-uzma-produk-terbaru.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy