20th Century Fox World Studio Store Genting Highlands Kini Dibuka

20th Century Fox World Studio Store yang pertama di dunia kini dibuka di Sky Avenue, Resorts World Genting.


Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Menyaksikan hari yang penuh kemeriahan 6,000 kaki dari aras laut sempena pembukaan rasmi 20th Century Fox World Studio Store di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Bagi rakan-rakan yang mengikuti saya di instagram dan facebook pasti ada melihat status ber’camping’ di 20th Century Fox World Studio Store menantikan pembukaan rasminya pada keesokan hari. Teruja bersama rakan blogger dan influencers kerana ia merupakan outlet pertama di dunia… yess... 1st store in the world bro!

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

20th Century Fox World Studio Store


Perasmian 20th Century Fox World Studio Store berlangsung pada Sabtu, 21 April 2018. Satu lagi keistimewaan terbaru di Sky Avenue, Resorts World Genting dan juga sebahagian daripada persiapan sebelum pembukaan 20th Century Fox World Theme Park yang bakal siap tidak lama lagi.

Tiba sekitar jam 7 petang Jumaat, kami terlebih dahulu bersama-sama berkunjung melawat persekitaran luar outlet pada sebelah malam. Maka bermulalah aksi pre-action kami ber’posing’ pelbagai gaya ala-ala ber’camping’ di persekitaran hadapan pintu masuk Fox World Studio Store ini.

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Pelbagai respon dan reaksi saya terima di media sosial tentang ber’camping’ ini haha. Ada yang turut teruja... "tak hajak!!" katanya. Ada juga terkesima dan tidak menyangka begitu fanatiknya kami sehingga sanggup tidur ber'camping' di sini.

Malah ada juga yang tak tangkap port sama ada kami camping bermalam di sini atau pun tidak. Mereka hanya nak tahu apa yang bakal ada pada hari esok. Rupanya ada peminat 20th Century Fox movie yang memerhati, menunggu untuk berkunjung nanti.

Apa pun, ia sebenarnya adalah sebahagian aksi 'hot' kami. Tidaklah sampai tidur di sini, sebaliknya pihak Resorts World Genting menyediakan bilik di First World Hotel untuk setiap seorang bermalam dengan selesa sebelum menyaksikan kemeriahan acara keesokan harinya.

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Perasmian 20th Century Fox World Studio Store


Bermula sekitar 10 pagi menyaksikan orang ramai mula memenuhi perkarangan luar 20th Century Fox World Studio Store. Kami semua juga sudah berada di sini, teruja dalam diam… tak sabar menjadi antara yang terawal menjejakkan kaki ke outlet pertama di dunia ini.

Acara dimulakan dengan persembahan tarian juga perarakan bermula dari pentas yang terdapat di level Ground Floor, terus beramai-ramai ke hadapan perkarangan outlet, diserikan lagi dengan ikon watak-watak terkenal seperti Ice Age, Rio dan pelbagai lagi dengan penuh kemeriahan.

Majlis pembukaan telah disempurnakan oleh Paul Baker, Deputy Chief Operating Officer Resorts World Genting, Jules Vallier, General Manager Design and Construction, 20th Century Fox World Malaysia dan Brian Machamer, Senior Vice-President 20th Century Fox World Theme Park.

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Sejurus pelancaran berlangsung, orang ramai berpusu-pusu mula memenuhi ruang dalam 20th Century Fox World Studio Store. Masing-masing terutamanya peminat watak-watak terkenal 20th Century Fox mula mendapatkan pilihan yang disukai. Suasana yang sibuk tetapi meriah.

Berkeluasan 3000 kaki persegi, ada lebih 700 merchandise ikonik movie 20th Century Fox seperti Ice Age, Rio, Epic, Night at the Museum, Alien vs Predator dan Planet of the Apes. Ia didatangkan dalam bentuk seperti t-shirt, jaket, topi, beg, stationery, mug, fridge magnet dan bermacam-macam lagi. 

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Tertarik dengan persekitaran interior outlet yang 'fresh', dengan pelbagai produk berkualiti dan menarik. Saya turut mendapatkan beberapa merchandise pilihan hati, ikonik Ice Age dan Rio untuk anak-anak dan Alien vs Predator untuk koleksi peribadi.

Selain itu, menjadi satu penghormatan buat diri ini bila turut berpeluang berbual mesra dan bergambar bersama Mr Jules Vallier, General Manager Design and Construction’, 20th Century Fox World Malaysia selepas pembukaan rasmi ini.

Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,
Fox World Studio Store, Sky Avenue, Resorts World Genting,

Justeru, bagi peminat ikonik perfileman 20th Century Fox World Studio terutamanya, pasti tidak akan melepaskan peluang terbaik ini. Jangan ketinggalan untuk berkunjung ke Fox World Studio Store sekiranya berada di Genting Highlands kerana ia hanya satu-satunya di dunia buat masa ini, kini di Sky Avenue, Resorts World Genting.

Info lanjut 20th Century Fox World Studio Store boleh layari www.rwgenting.com.

COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: 20th Century Fox World Studio Store Genting Highlands Kini Dibuka
20th Century Fox World Studio Store Genting Highlands Kini Dibuka
20th Century Fox World Studio Store yang pertama di dunia kini dibuka di Sky Avenue, Resorts World Genting.
https://3.bp.blogspot.com/-wld9xaX6hUc/WuS2l78oVgI/AAAAAAAATvQ/UI9UqoUzXUI5Mpcs3grosxoxTJ3Xua_fgCLcBGAs/s640/fox%2Bworld%2Bstudio%2Bstore.png
https://3.bp.blogspot.com/-wld9xaX6hUc/WuS2l78oVgI/AAAAAAAATvQ/UI9UqoUzXUI5Mpcs3grosxoxTJ3Xua_fgCLcBGAs/s72-c/fox%2Bworld%2Bstudio%2Bstore.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/04/20th-century-fox-world-studio-genting-highlands.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/04/20th-century-fox-world-studio-genting-highlands.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy