‘Jemput Makan’ The Resort Café Dengan Lebih 400 Sajian Berbuka Puasa

Bufet Ramadan The Resort Cafe bertemakan 'Jemput Makan' dengan lebih 400 sajian 'indoor and outdoor bazaar-style stations'.

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Bulan Ramadan 2018 sudah pun menghampiri. Aura suasana berbuka puasa juga mula dirasai bila menghadiri media preview ‘Jemput Makan’ di The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa.

Bufet Ramadan bertemakan ‘Jemput Makan’ menghidangkan lebih 400 pilihan sajian dengan konsep ‘indoor and outdoor bazaar-style stations’ dan ‘live action cooking’ bagi mengimbau suasana bazaar Ramadan di Malaysia kepada pengunjung, bermula 17 Mei sehingga 14 Jun 2018.

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Bufet Ramadan ‘Jemput Makan’ The Resort Café


Tema bufet Ramadan 'Jemput Makan' The Resort Café mengadunkan kepelbagaian pilihan aroma dan citarasa sajian tradisional di Malaysia dan serantau termasuk sajian Timur Tengah.

Menurut Mr John Kow, Pengarah Kluster Makanan dan Minuman; The Resort Café menawarkan konsep bazaar yang dikenali ‘Bazaaria TRC’ dengan menempatkan stesen hidangan dengan chef memasak dihadapan pengunjung bagi mengimarahkan suasana sibuk bazar Ramadan di Malaysia.

Terdapat 9 Food Stations sempena berbuka puasa Ramadan nanti iaitu Nasi Station, Soup Station, Bakar Station, Golek Station, Noodle Station, Kawah Station, Ulam-Ulaman Station, Goreng Station dan Dessert Station. Jom tengok beberapa sajian yang kami nikmati di sini.

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Bagi menu pembukaan, kami disajikan appetiser Gabungan Kerabu Tiga Serangkai, 3 jenis resipi kerabu tradisional - Kerabu Kacang Panjang, Kerabu Ayam dengan Nenas dan Kerabu Jantung Pisang.

Seterusnya 'Main Menu' dimulai dengan Ekor Asam Pedas Bonda (sup ekor Asam Pedas dengan roti pita) dan Briyani Buluh yang merupakan sajian ‘must-try’ - nasi Briyani bersama daging dan sayuran dibungkus dengan daun pisang di dalam batang buluh dan dimasak menggunakan arang.

Nasi Station turut menampilkan 15 pilihan ‘speciality rice dishes’ termasuk Nasi Bukhari, Nasi Hujan Panas, Nasi Briyani Gum, Nasi Tomato, Nasi Kunyit Ayam, Nasi Minyak, Nasi Bukhara Buah Gajus, Nasi Ulam, Nasi Minyak Nenas, Nasi Beringin, termasuk resipi Timur Tengah seperti Nasi Mandi, Maqluba, Kabsa dan Egyptian Kushari.

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,
‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Kami turut dihidangkan dengan Hot Mezze Platter, resipi sajian kombinasi snek Timur Tengah; Kibbeh, Falafel, Brik dan Spinach Sambousek yang disajikan bersama Tomato Salsa dan dip Yoghurt Cucumber. Seterusnya menikmati dessert Home-made Durian Cheesecake dengan Ciku segar.

Sesungguhnya, inilah kali pertama saya menikmati Durian Cheesecake... rich and creamy!

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,
‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Baazaria TRC - Indoor and Outdoor Baazar-Style Stations


Menikmati pelbagai lagi hidangan bakal disajikan sempena berbuka puasa nanti termasuk Bakar Station yang menghidangkan pilihan daging segar dan makanan laut yang di panggang dan Soup Station yang menyajikan signature dish Sup Gearbox Turbo yang popular di sini.

Tidak ketinggalan juga kambing roasted di Roasted Station, pelbagai pilihan sup dan kuah berasaskan mee, Kawah Station dengan Gulai 'rich and spicy', lebih 20 pilihan ulam-ulaman tempatan, jeruk dan pelbagai sambal di Ulam-ulaman Station, sajian bergoreng resipi Malaysia dan Timur Tengah di Goreng Station, termasuk kuih muih tradisional dan pelbagai durian specialities di Dessert Station.

‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,
‘Jemput Makan’ The Resort Café, Sunway Resorts Hotel & Spa,

Promosi Istimewa Bufet Ramadan The Resort Café


Bufet Ramadan The Resort Café bermula 17 Mei hingga 14 Jun 2018 (6 petang - 10:30 malam).

Terdapat promosi istimewa; 

Harga promosi RM 98.00 nett seorang (dewasa) dari 17 hingga 23 Mei dan 11 hingga 14 Jun 2018. 

Harga biasa adalah RM 178 nett seorang (dewasa), RM 108 nett seorang (warga emas) dan RM98 nett seorang (kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun).

Info lanjut dan tempahan, anda boleh hubungi The Resort Café di talian 603 7495 2009 / 603 7492 8000, emel: srhs.trc@sunwayhotels.com atau layari www.sunwayhotels.com.

COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: ‘Jemput Makan’ The Resort Café Dengan Lebih 400 Sajian Berbuka Puasa
‘Jemput Makan’ The Resort Café Dengan Lebih 400 Sajian Berbuka Puasa
Bufet Ramadan The Resort Cafe bertemakan 'Jemput Makan' dengan lebih 400 sajian 'indoor and outdoor bazaar-style stations'.
https://3.bp.blogspot.com/-EDJ7c-yfCME/Wt2yvQchEFI/AAAAAAAATqM/6XrlQzu2RfwMxJhRHgWWmo8EupaXf4eTgCLcBGAs/s640/Jemput%2BMakan%2BThe%2BResort%2BCafe1.png
https://3.bp.blogspot.com/-EDJ7c-yfCME/Wt2yvQchEFI/AAAAAAAATqM/6XrlQzu2RfwMxJhRHgWWmo8EupaXf4eTgCLcBGAs/s72-c/Jemput%2BMakan%2BThe%2BResort%2BCafe1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/04/jemput-makan-resort-cafe-berbuka-puasa.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/04/jemput-makan-resort-cafe-berbuka-puasa.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy