Pemimpin Politik Atau Politikus

"A leader is a dealer in hope" - Napoleon Bonaparte. - Pemimpin Politik atau Politikus.


Pernah satu masa dahulu, saya langsung tidak percaya dengan mana-mana pemimpin politik. Ia disebabkan pengalaman pahit kerjaya bila terdapat campurtangan 'political troops' yang opportunis dalam perjalanan syarikat, sehingga kami terpaksa berhadapan krisis ratusan juta USD.

Ia merupakan satu tamparan hebat buat saya dalam portfolio kerjaya pengurusan aset, yang turut melibatkan sejumlah USD 7 juta dana keluarga, saudara, rakan dan associates. Ia juga telah menyebabkan arwah bapa saya diserang strok.

Bermula krisis mata wang negara pada 1999, syarikat kami mempunyai perjalanan portfolio perniagaan serta kewangan yang memberangsangkan. Ia sebuah syarikat pengurusan aset dan pelaburan dengan pegangan pelaburan dalam dan luar negara.

Bagi yang mengenali pastinya tahu kisah ini. Bermula sebagai antara pengurus akaun dana sehingga ditawarkan menyertai lembaga pengarah syarikat, ia merupakan platform kerjaya yang baik buat diri ini dalam memperkasa cita-cita keusahawanan.

Saya ada berkongsi beberapa kisah berkaitan antaranya;
> Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial 

Lebih sedekad menempuh tekanan, memulihkan segala kekusutan dan krisis dengan ikhtiar dan usaha dengan sokongan keluarga, saudara, sahabat, partners, juga beberapa pihak dengan izinNya. Bila 'keparit', 'kelongkang', kita belajar mengenal realiti, tatkala banyak perut perlu dijaga.

Namun selain sokongan mereka-mereka di atas, ada pemimpin politik yang menghulur tangan, membuka peluang dan kepercayaan, menyuntik semangat untuk terus maju. Kejadian ini telah mengubah persepsi saya dari sebelumnya. Masih ada yang dipercayai dan diharapkan.

Sesungguhnya, ada benarnya kata-kata Napoleon Bonaparte; "a leader is a dealer in hope". Seorang pemimpin sebenar pasti ada rasa bertanggungjawab untuk membantu dan secara tidak langsung memberikan harapan dan inspirasi kepada orang lain. 

Justeru, ia turut mengajar diri ini agar sentiasa berhati-hati dan berwaspada, belajar memastikan dan mengenal jiwa seorang pemimpin politik atau sekadar politikus.

Selamat menunaikan tanggungjawab mengundi buat semua rakyat Malaysia.

#ekspresi

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pemimpin Politik Atau Politikus
Pemimpin Politik Atau Politikus
"A leader is a dealer in hope" - Napoleon Bonaparte. - Pemimpin Politik atau Politikus.
https://3.bp.blogspot.com/-cERRR3iCNo0/WtPBJIzaKnI/AAAAAAAATng/V7_ZtJp_CZYWDdH_U9WaSDtg_4AM2uwCQCLcBGAs/s640/political%2Bleader.png
https://3.bp.blogspot.com/-cERRR3iCNo0/WtPBJIzaKnI/AAAAAAAATng/V7_ZtJp_CZYWDdH_U9WaSDtg_4AM2uwCQCLcBGAs/s72-c/political%2Bleader.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/04/pemimpin-politik-politikus.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/04/pemimpin-politik-politikus.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy