Cabaran UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi

UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi - Pengalaman merentas hutan hujan tropika UNESCO Geopark Langkawi yang mencabar dan memotivasikan diri.

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,

“Never fear your challenges, challenge your fears” – itulah antara ungkapan kata-kata motivasi yang bermain di minda bila menyertai aktiviti mencabar di UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi.

UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan lokasi pertama persinggahan kami sempena program Influencers FAM Trip Resorts World Langkawi yang saya kongsikan pada artikel sebelum ini. Pengalaman ‘trilling adventure’ yang mencabar, menyeronokkan dan memotivasikan diri.

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,

UMGAWA Zipline ECO Adventure Langkawi


UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi merupakan antara lokasi yang patut anda kunjungi jika berada di Pulau Langkawi, lebih-lebih lagi jika semangat jiwa muda masih membara dalam diri. Secara tidak langsung, ia mampu menaikkan semangat baru dalam diri yang menyertai.

Melihat kehijauan serta keindahan hutan hujan tropika dari mata burung. UMGAWA Zipline Eco Adventure terletak di Telaga Tujuh, Langkawi. Menyediakan 12 kabel zipline sehingga kepanjangan 200 meter, merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia yang dinamakan UNESCO Geopark Langkawi.

Setibanya di sini, kami terlebih dahulu diberi penerangan tentang aktiviti zipline yang bakal dilakukan. Ia merangkumi cara-cara pengendalian dan faktor keselamatan perlu dipatuhi sepanjang aktiviti. Terdapat juga borang deklarasi yang perlu diisi sebagai antara prosedur keselamatan di sini. 

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi, Khir Khalid,

Sejujurnya, perasaan takut dan bimbang memang ada. Namun, bila kelengkapan telah dipakaikan pada badan berserta segala prosedur keselamatan telah dipenuhi, perasaan teruja turut timbul. Tak sabar nak merasai pengalaman bergayut merentas ‘treetop’ hutan hujan tropika tertua di Malaysia.

Kumpulan kami seramai 9 orang ditemani 2 Safety Sky Ranger berpengalaman. Mereka berdualah yang membimbing cara-cara praktikal posisi badan sewaktu meluncur zipline disamping memastikan segala faktor keselamatan sentiasa terjaga... ok.. let's groupfie and ready to go!

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi, Khir Khalid,

Cabaran Meluncur 12 Zipline Di UMGAWA Langkawi


Bermula dengan peluncuran di platform rendah sebagai percubaan membiasakan diri dengan zipline dan ketinggian, terdapat juga point yang dihubungkan dengan jambatan gantung. Semakin kehadapan kami meluncur, semakin tinggi tempat yang diterokai dan, bye-bye... 'no turning back' haha.

Selain kabel zipline yang menghubungkan antara satu platform ke platform seterusnya, terdapat juga kawasan yang dihubungkan dengan jambatan gantung. Semakin panjang jambatan gantung, semakin bergoncang-goncang bila berjalan... fuhh gayat!

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,
UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,

Tabah melepasi zipline dan jambatan gantung satu persatu, perasaan gayat semakin lama semakin reda. Mula membiasakan diri dengan ketinggian dan teknik meluncur dengan bersemangat.

Zipline paling panjang sejauh 200 meter. Bila meluncur merentas bukit bukau, sememangnya cantik pemandangan yang dilihat. Suasana kehijauan yang indah dan mendamaikan, dengan air terjun Telaga Tujuh di sebelah kanan dan Laut Andaman di sebelah kiri… gerun, gayat tapi menyeronokkan… teruja!... terasa diri seperti 'king of the jungle' haha.

UMGAWA Zipline, UNESCO Geopark Langkawi,

Secara keseluruhan dari platform pertama hingga ke akhir mengambil masa sekitar 2 jam. Tambah istimewa di platform terakhir, kami turun secara bergayut ke bawah, menjejakkan kaki ke pelantar dengan perasaan lega dan bersemangat mengakhiri perjalanan yang mencabar ini.

Sayangnya, saya tidak berani nak merakam video sewaktu meluncur kerana bimbang gadget jatuh. Maklumlah, gadget biasa-biasa... kalaulah terlepas dari tangan, terlucut atau terjatuh, memang akan tinggal kenangan ditelan hutan belantara.

Namun, saya sempat merakamkan scene pendek semasa salah seorang rakan sedang menyusur zipline sepanjang 200 meter. Kedengaran bunyi ala-ala enjin F1 memecah kesunyian hutan. 

Jom kita tonton sat...


Justeru, saya sarankan semua yang membaca jurnal ini agar mencuba pengalaman UMGAWA Zipline Eco Adventure ini. Menyahut cabaran diri disamping menghargai keindahan hutan hujan tropika semulajadi tertua di Malaysia ini dari perspektif yang berbeza.

Ia strategik untuk aktiviti team building, juga mereka yang ingin merasai pengalaman mencabar. Malah, pasti menjadi pengalaman ‘trill romantis’ kepada pasangan honeymoon yang mahukan kelainan yang adventurous. Pengalaman terbaik yang memotivasikan dan menyeronokkan.

Layari info lanjut UMGAWA Zipline Eco Adventure di www.ziplinelangkawi.com  

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cabaran UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi
Cabaran UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi
UMGAWA Zipline Eco Adventure Langkawi - Pengalaman merentas hutan hujan tropika UNESCO Geopark Langkawi yang mencabar dan memotivasikan diri.
https://1.bp.blogspot.com/-d_lMKGkvtRc/Ws4ZsligB-I/AAAAAAAATkU/MW3rwgQpxekH8tG8Mu9VQTLAaaezOXy-gCLcBGAs/s640/UMGAWA%2BLangkawi.png
https://1.bp.blogspot.com/-d_lMKGkvtRc/Ws4ZsligB-I/AAAAAAAATkU/MW3rwgQpxekH8tG8Mu9VQTLAaaezOXy-gCLcBGAs/s72-c/UMGAWA%2BLangkawi.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/04/umgawa-zipline-eco-adventure-langkawi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/04/umgawa-zipline-eco-adventure-langkawi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy