Terpikat Dengan Wangian AVON Attraction Rush for Him

AVON Attraction Rush for Him, wangian eksklusif istimewa untuk lelaki keluaran terbaru AVON.

AVON Attraction Rush for Him, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Pasti ramai antara kita baik lelaki mahu pun wanita suka kepada wang-wangian. Apatah lagi jika ianya wangian berjenama yang dipercayai dengan kualiti dan harga berpatutan.

Saya pun antara penggemar wangian dan baru-baru ini telah diperkenalkan dengan wangian terbaru AVON Attraction Rush for Him. Eau De Toilette (EDT) istimewa khas untuk lelaki. Pertama kali cium baunya pun sudah buat hati terpikat. Wangi, eksklusif dan tahan sepanjang hari.

AVON Attraction Rush for Him, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

AVON Attraction Rush for Him


AVON jenama yang dipercayai terutama buat para wanita bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia. Dikenali dengan slogan ‘A Company for Woman’ AVON sememangnya menjadi pilihan pelbagai keperluan seperti peralatan kelengkapan diri, kosmetik, eksesori, malah keperluan rumah.

Isteri saya juga tidak terlepas sebagai antara pengguna barangan AVON, namun inilah kali pertama saya mendapat tahu bahawa AVON juga ada produk khas untuk lelaki.

Bagi saya, jika dibandingkan dengan kebanyakkan EDT di pasaran yang pernah saya guna, boleh saya rumuskan AVON Attraction Rush for Him ini sememangnya dicipta bertepatan dengan pilihan lelaki. Baunya memang wangi, tidak mencucuk hidung dan selesa untuk sepanjang hari.

EDT 75ml dengan shape botol menarik mengadunkan Akar Halia, Sentuhan Kesturi Magnetik dan Kayuan Hangat, sesuai dipakai setiap hari untuk bekerja, menghadiri appointment, mesyuarat atau ke majlis rasmi, mahu pun aktiviti istimewa, santai jalan-jalan atau bershopping bersama keluarga.

AVON Attraction Rush for Him, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Sejujurnya, saya sudah gunakan EDT ini untuk ke semua ‘occasion’ di atas. Suka dengan aromanya yang juga membantu meningkatkan keyakinan personaliti diri sepanjang hari.

Justeru, sedikit tips dan cadangan buat lelaki bujang yang ingin meningkatkan daya tarikan dengan aura wangian. AVON Attraction Rush for Him adalah pilihan terbaik, cuma jaga-jaga… takut la ramai pula para wanita yang terpikat nanti haha.

Bagi pembaca wanita, ia boleh dijadikan hadiah istimewa untuk suami tercinta atau teman lelaki bagi yang belum berumahtangga. Saya yakin, pasti si dia suka dan tak lupa :)

Info lanjut boleh hubungi talian bebas tol 1-800-22-AVON atau layari www.my.avon.com.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,158,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Terpikat Dengan Wangian AVON Attraction Rush for Him
Terpikat Dengan Wangian AVON Attraction Rush for Him
AVON Attraction Rush for Him, wangian eksklusif istimewa untuk lelaki keluaran terbaru AVON.
https://4.bp.blogspot.com/-0MRq6oQbtKw/Wu8APwDsg-I/AAAAAAAAT0Q/rTMbNRBESpc_4JptebUWrWhULWeNBRCawCLcBGAs/s640/AVON%2BAttraction%2BRush%2Bfor%2BHim.png
https://4.bp.blogspot.com/-0MRq6oQbtKw/Wu8APwDsg-I/AAAAAAAAT0Q/rTMbNRBESpc_4JptebUWrWhULWeNBRCawCLcBGAs/s72-c/AVON%2BAttraction%2BRush%2Bfor%2BHim.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/05/avon-attraction-rush-for-him.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/05/avon-attraction-rush-for-him.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy