Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018

FedEx dan Junior Achievement melancarkan Cabaran Perdagangan Antarabangsa 2018, bertujuan menanam semangat keusahawanan dikalangan pelajar Malaysia.


Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018 (FedEx/Jaitc),

Menanam semangat keusahawanan dikalangan pelajar Malaysia merupakan antara aspirasi penting demi pembangunan negara yag lebih mampan di masa hadapan.

Justeru baru-baru ini, FedEx Express, sebuah subsidari FedEx Corp. (NYSE: FDX) yang merupakan syarikat pengangkutan ekspress terbesar di dunia, bersama Junior Achievement telah melancarkan Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018 (FedEx/JAITC), sebagai sebahagian komitmen dalam melahirkan generasi pemimpin perniagaan masa hadapan di Malaysia.

Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018 (FedEx/JAITC),

Program FedEx Express/Junior Achievement


Program FedEx Express/Junior Achievement direka untuk memupuk ilmu pengetahuan perniagaan menerusi latihan kerja berpasukan amali dan pembelajaran dalam bilik darjah. Program merangkumi 2 aktiviti utama iaitu Bengkel Perdagangan Antarabangsa dan Cabaran Perdagangan Antarabangsa.

Pada tahun ini seramai 400 pelajar di Malaysia telah mengambil bahagian dalam Bengkel Perdagangan Antarabangsa dan mempelajari input keusahawanan daripada penceramah serta sukarelawan FedEx dalam 3 bengkel yang telah diadakan pada 12, 18 dan 19 April 2018.

Penceramah berkongsi teori dan pengalaman sebenar bagi melengkapi pelajar dengan kefahaman tentang perdagangan antarabangsa. Kakitangan FedEx turut menawarkan khidmat bakti selaku mentor dalam membimbing pelajar merangka rancangan pemasaran mereka.

Melalui perlaksanaan bengkel, para pelajar dibahagikan kepada 2 orang untuk satu kumpulan dan ditugaskan mengemukakan pelan strategi kemasukan pasaran, dimana 10 pasukan tersenarai akan mengambil bahagian dalam Pemilihan ITC Malaysia pada 3 Julai 2018. Para individu daripada 3 pasukan yang menang layak ke peringkat Serantau di Singapura pada 12 hingga 16 Ogos 2018.

Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018, (FedEx/JAITC),

Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement (FedEx/JAITC)


Bagi menyertai Cabaran Perdagangan Antarabangsa, para pelajar secara berpasukan dikehendaki membangunkan sesuatu produk atau perkhidmatan dan mencipta rancangan strategi kemasukan pasaran antarabangsa yang tersendiri bagi sesebuah negara yang ditetapkan.

Menerusi proses ini, para pelajar menimba pengalaman langsung tentang peranan yang dimainkan oleh pedagang dunia, pengedaran produk dan jualan dalam persekitaran pasaran. Selain kerja berpasukan, para perserta turut mempelajari asas-asas penilaian risiko dalam dunia perniagaan dan membina keyakinan dalam keupayaan mereka.

“Kami di FedEx percaya bahawa pertumbuhan ekonomi dipacu oleh inovasi dan keusahawanan. Menerusi program ITC, kami komited untuk melengkapkan anak-anak muda di Malaysia dengan peralatan yang sesuai serta permulaan yang mantap bagi membina kerjaya dalam bidang perniagaan. Saya yakin para peserta akan mendapat manfaat daripada program tahun ini.” – SC Chong, Pengarah Urusan FedEx Express Malaysia.

Bagi meningkat kerjasama rentas sempadan, 6 wakil dari Malaysia akan dibahagikan secara rawak membentuk pasukan campuran dengan 2 orang anggota daripada 9 pasaran Asia Pasifik yang lain iaitu Australia, China, Hong Kong, Jepun, Korea, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

FedEx/JA ITC yang memasuki tahun ke-11 ini telah membimbing lebih 5,000 pelajar Malaysia tentang keusahawanan daripada perspektif global. Daripada jumlah ini, seramai 60 orang pelajar telah mewakili Malaysia di Cabaran Perdagangan Antarabangsa serantau yang diadakan di Asia Pasifik.

Pasukan Malaysia telah muncul Naib Johan di peringkat akhir serantau pada tahun 2010.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018
Cabaran Perdagangan Antarabangsa FedEx/Junior Achievement 2018
FedEx dan Junior Achievement melancarkan Cabaran Perdagangan Antarabangsa 2018, bertujuan menanam semangat keusahawanan dikalangan pelajar Malaysia.
https://4.bp.blogspot.com/-0SB-fxgQGZo/WwUpXIbiMhI/AAAAAAAAT4k/6iL1knsxb5ctAOsoppl--hUcx51SKGbtACLcBGAs/s640/FedEx%2BJunior%2BAchievement.png
https://4.bp.blogspot.com/-0SB-fxgQGZo/WwUpXIbiMhI/AAAAAAAAT4k/6iL1knsxb5ctAOsoppl--hUcx51SKGbtACLcBGAs/s72-c/FedEx%2BJunior%2BAchievement.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/05/cabaran-perdagangan-antarabangsa-fedex-junior-achievement.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/05/cabaran-perdagangan-antarabangsa-fedex-junior-achievement.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy