Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al-Mubarak

Hikmah keberkatan Ramadan Al-Mubarak. Mensyukuri nikmat, membersih hati dan jiwa. Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua rakan pembaca.

Motivasi Ramadan, Khir Khalid,

Ahlan wa sahlan ya Ramadan Al-Mubarak!

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita rafakkan kepada Illahi atas kesempatan menimba keberkatan Ramadan kali ini setelah hampir setahun lalu meninggalkan kita. Mudah-mudahan Ramadan pada tahun ini membuahkan keberkatan yang lebih baik dan membersihkan hati kita agar dapat menghayati serta mensyukuri limpahan rahmatNya.

Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al Mubarak

Berpuasa Memperkasa Fitrah Insani


Seperti yang kita ketahui, berpuasa merupakan satu ibadah yang terkandung pelbagai rahsia dan hikmah yang besar dalam mendidik nafsu manusia. Ia merupakan jihad untuk mengembalikan fitrah manusia dalam mempertingkatkan rasa kehambaan kepada Allah swt.

Memetik kata-kata Ibn Kathir dalam tafsirnya menyatakan; "Allah swt telah berbicara dengan orang Mukmin dalam kalangan umat ini dan memerintahkan mereka agar berpuasa. Sesungguhnya puasa yang telah diwajibkan atas umat terdahulu juga mengandungi pengajaran dan hikmah yang besar. Maka hendaklah umat kini menjalankan ibadat ini dengan bersungguh-sungguh melebihi jihad mereka yang terdahulu".

Kata-kata Ibn Kathir ini jika kita selami sebenarnya menjelaskan seruan dan peringatan bahawa, puasa merupakan landasan terbaik dalam mendidik diri terhadap nafsu, juga antidot mengawal diri daripada terjerumus atau tersasar jauh daripada fitrah Islam.

Ia membenarkan hadis Rasulullah saw yang bermaksud; "Wahai pemuda, sesiapa daripada kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, maka hendaklah ia berkahwin. Dan yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu menjadi pengawal peribadinya (daripada nafsu syahwatnya)" - Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud.

Hikmah Berpuasa Dibulan Ramadan


Terpanggil juga untuk saya catatkan perkongsian ustaz sekadar peringatan dan motivasi bersama, yang antaranya memetik sabda Rasulullah saw tentang hikmah berpuasa dibulan Ramadan.

"Setiap amalan anak Adam akan dilipatgandakan pahalanya, satu kebaikan akan berlipat menjadi 10 kebaikan sampai 700 kali lipat. Allah swt berfirman, 'Kecuali puasa, sungguh ia bahagianKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya kerana (orang yang berpuasa) dia telah meninggalkan syahwat dan makan kerana Aku'. Bagi orang yang berpuasa mendapat 2 kegembiraan; gembira ketika berbuka puasa dan gembira ketika berjumpa Tuhannya dengan puasanya. Dan sesungguhnya bau tidak sedap mulutnya lebih wangi di sisi Allah daripada bau minyak kasturi". - Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Bersamalah kita hidupkan Ramadan dengan amal ibadah dan jariah. Justeru, pada kesempatan artikel ini juga, saya memohon ampun dan maaf atas segala khilaf dan kelemahan diri. Semoga Ramadan tahun ini membawa lebih kebaikan dan keberkatan buat kita semua... aamiin.

Selamat berpuasa dan salam Ramadan Al-Mubarak buat semua.

Artikel terkait;
> Ramadan Bulan Al-Quran Diturunkan.
> Ramadan, Hujan Dan Gelandangan.
> Berbuka Puasa Bersama Future Cool Engineering.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,158,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al-Mubarak
Menyingkap Hikmah Keberkatan Ramadan Al-Mubarak
Hikmah keberkatan Ramadan Al-Mubarak. Mensyukuri nikmat, membersih hati dan jiwa. Salam Ramadan dan selamat berpuasa buat semua rakan pembaca.
https://4.bp.blogspot.com/-HUXOyqjs8AY/Wvu0fIZVmrI/AAAAAAAAT2k/s3H-T7xEjK0eh9xLHVQSLfyLmo3xdtaxQCEwYBhgL/s640/Ramadan%2BKhir%2BKhalid.png
https://4.bp.blogspot.com/-HUXOyqjs8AY/Wvu0fIZVmrI/AAAAAAAAT2k/s3H-T7xEjK0eh9xLHVQSLfyLmo3xdtaxQCEwYBhgL/s72-c/Ramadan%2BKhir%2BKhalid.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/05/hikmah-keberkatan-ramadan-al-mubarak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/05/hikmah-keberkatan-ramadan-al-mubarak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy