Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging

Pengukuhan portfolio dan kerjaya melalui aspirasi blog sebagai antara platform berpotensi yang penting masa kini.

Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging

Setiap kita pasti ada hasrat dan impian yang ingin dicapai. Apatah lagi bilamana peluang tersebut sebenarnya sudah kelihatan dan memerlukan usaha yang betul untuk direalisasikan.

Begitulah juga dengan diri ini setelah beberapa tahun menyemai minat menulis, berblog sebagai platform kerjaya disamping menjalin silaturrahim, akhirnya diizinkan olehNya untuk satu titik arah tuju yang terkait antara perjalanan aspirasi terdahulu dengan amanah sedia ada yang perlu digalas sebaiknya pada masa kini dan akan datang, in shaa Allah.

Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging, Khir Khalid,

Pengisian Keusahawanan Dan Sosio-Pendidikan


Sejak penghujung 2017 saya telah berkongsi beberapa status di media sosial dan artikel blog dalam menyatakan hasrat untuk menambahbaik pengisian blog ini selaras matlamat dan fokus kerjaya dalam segmen jurnal keusahawanan, motivasi pembangunan sosial dan industri online.

Ia sebenarnya kembali pada waktu awal berblog yang lebih fokus kepada elemen tersebut. Potensi blog telah membuka banyak ruang kepercayaan kepada agensi dan institusi yang terkait dengan pengisian blog dalam segmen motivasi kesedaran dan keusahawanan sosial.

Secara tidak langsung, blog juga membantu memperkasa reputasi Khir Khalid Resources sebagai entiti perunding dan penyedia program keusahawanan sosial. Begitu juga modul Positive Unity For Life yang telah dibangunkan pada 2011 dan ditukar nama kepada SocioEDU Malaysia pada Januari 2018, hasil sokongan institusi dan rakan industri terkait.

Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging,

Sesungguhnya, potensi blog dengan fokus pengisian terdahulu telah banyak membantu ‘exposure’ melalui enjin carian dan media sosial kepada ‘targeted segmen’ yang betul.  

Namun atas minat berblog dan berasa dalam ‘comfort zone’ itu membuat kita lena seketika. Konten blog ini mula terasing dari matlamat awal bila saya mula terarah menerima pelbagai undangan, event dan aktiviti seumpamanya terutama bermula tahun 2015 sehingga kini. 

Saya sedar dalam jangka masa panjang, ia menenggelamkan niche induk yang telah menyumbang banyak dalam membina reputasi kebolehpercayaan industri, memperkasa portfolio keusahawanan mahu pun membina sumber pendapatan dari berblog yang lebih mampan.

Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging,

Membina Input Perkongsian Yang Lebih Fokus


Benar seperti nasihat pakar industri tentang potensi blog dan media sosial sebagai platform kerjaya. Sekiranya kita yakin menulis tentang perniagaan orang lain mampu memberi impak kepada mereka, mengapa tidak lebihkan perkongsian aspirasi kita juga untuk manfaat yang sama di blog sendiri.

Perkara induk, perlu mencari titik aspirasi tersendiri dan dinobatkan terlebih dahulu di platform sendiri untuk kebaikan kerjaya, diri dan keluarga.

Sungguh pun begitu, ia tidak bermaksud tidak akan memenuhi undangan lagi. Cuma perlu lebih teratur dan bersesuaian dengan aspirasi blog ini. Begitu juga dengan blog advertorial pelanggan kepada rakan-rakan blogger. Akan saya hubungi seperti biasa jika ada rezeki dan terpulang kepada kesesuaian atau minat kalian untuk menerima.

Baca> Potensi Personal Blog Sebagai Sokongan Kerjaya
  
Justeru, kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada rakan subscriber, para pembaca dihargai serta rakan-rakan industri dan institusi yang sudi berkongsi idea dan menyokong blog ini agar terus berada atas landasan sebaiknya. 

In shaa Allah, perubahan tempo baru dalam penyampaian intipati penulisan di blog dan juga diseluruh media sosial Khir Khalid. Sebahagiannya sudah pun dimulakan dan akan sentiasa ditambahbaik dari masa ke semasa demi perkongsian yang bermanfaat buat semua. 

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging
Pengukuhan Portfolio Kerjaya Dan Aspirasi Berblogging
Pengukuhan portfolio dan kerjaya melalui aspirasi blog sebagai antara platform berpotensi yang penting masa kini.
https://1.bp.blogspot.com/-WZbwJsmldHA/Wunbd98hhyI/AAAAAAAATzc/ztPHM96w13sirmXPbuioPxtD2XDpZfJMACEwYBhgL/s640/motivasi%2Bkhir%2Bkhalid.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-WZbwJsmldHA/Wunbd98hhyI/AAAAAAAATzc/ztPHM96w13sirmXPbuioPxtD2XDpZfJMACEwYBhgL/s72-c/motivasi%2Bkhir%2Bkhalid.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/05/portfolio-kerjaya-aspirasi-berblogging.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/05/portfolio-kerjaya-aspirasi-berblogging.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy