Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara

Program Penempatan Industri | Faculty Industry Attachment | FIA | INTI dan IKEA Damansara.



Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara,

Mengasah bakat melalui usahasama industri merupakan elemen terbaik selaras trend dan arus pendidikan masa kini. Ia bukan sahaja satu elemen bermanfaat buat pelajar tetapi juga kepada tenaga pengajar untuk menimba kepakaran melalui pengalaman praktikal.  

Justeru baru-baru ini, Pensyarah INTI di ‘Centre for Art and Design’ (ICAD), Mohd Sufi Ismail, menggambarkan keterujaannya bila berpeluang meneroka imaginasi, merombak dan menggayakan sebahagian bilik pameran IKEA Damansara dengan bakat tersendiri. Sufi telah menghidupkan dan  menggayakan bilik pameran melalui inspirasi pelanggan IKEA.

Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara,

Program Penempatan Industri (Faculty Industry Attachment)


Melalui tugasan Program Penempatan Industri untuk para Fakulti INTI atau Faculty Industry Attachment (FIA) usahasama IKEA Damansara dan INTI, Sufi telah ditugaskan untuk merubah bilik pameran sedia ada dengan rupa dan gaya yang baru, juga memastikan fungsi gaya rekabentuk serta aspek keselamatan dan aksesibiliti mengikuti panduan dan prosedur PBT dan sebagainya.

Selain daripada membangunkan pelan rekabentuk skematik, Sufi juga telah bekerja rapat dengan pasukan penjualan untuk menghidupkan projek tersebut dalam bentuk model 3D, agar dapat menggambarkan serta memahami pendekatan rekabentuk yang disasarkan.

"Sebahagian besar kerja membangunkan konsep dan rekabentuk pameran telah saya lakukan sendiri. Pengalaman di IKEA sungguh mengkagumkan kerana pereka dalaman di sini diberikan kebebasan membuat keputusan dalam melaksanakan tugas, agar dapat mempertingkatkan proses pemulihan dan menghidupkan semula sesebuah bilik pameran. Saya telah mempelajari segala proses dan apa yang diperlukan untuk menjadi seorang pereka IKEA, dimana telah didedahkan kepada proses perancangan, mendefinasikan senarai perabot, membuat keputusan mengenai penggunaan bahan yang betul, pemilihan warna, proses pemerawatan, pemasangan serta penyusunan perabot, sehingga ke cara memperbaiki lampu secara terperinci. Pengalaman ini benar-benar berharga dan meningkatkan pengetahuan industri yang boleh dikongsi bersama pelajar" - Mohd Sufi Ismail, Pensyarah Rekabentuk Dalaman INTI.

Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara,

Berkongsi Kepakaran Berteraskan Pengalaman Industri 


Setelah melengkapkan tempoh tugasan selama 6 minggu di IKEA, Sufi kini mula berkongsi kepakaran pengalamannya untuk merubah semula rekabentuk beberapa kemudahan di INTI yang difokuskan oleh pelajar agar mencerminkan gaya aliran semasa, serta memenuhi keperluan pelajar masa kini.

Sufi, seperti ramai ahli akademik INTI yang lain dari pelbagai displin telah terlibat dengan usahasama rakan industri INTI bagi tujuan mempertingkatkan bidang kepakaran masing-masing.

"Selaras pelajar yang menghadiri program latihan industri, Program Penempatan Industri seperti ini menyediakan para ahli akademik di INTI dengan pengalaman bagi membantu meningkatkan pengetahuan industri. Sejajar Pelan Pembangunan Pendidikan Tinggi Malaysia 4.0, kami percaya program seperti ini amat penting untuk ahli akademik menambahbaik persekitaran, cara pengajaran dan pembelajaran. Kami percaya usaha kami memperkasa para akademik INTI dengan memberi mereka pengalaman industri seperti ini akan dapat menjalankan kerjasama dengan lebih ramai lagi rakan industri yang lain di masa hadapan, terutama dalam usaha mempertingkat kebolehpasaran graduan", - Jess Tinawin, Naib Presiden Khidmat Kerjaya di INTI.

Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara,

Inisiatif Pembelajaran Usahasama Fakulti-Industri


Sejak penubuhan program ini pada 2017, para pensyarah INTI telah berpeluang untuk bekerjasama dengan berbagai syarikat seperti IBM, GE, MINOS, Ricoh Malaysia dan PWC untuk mendapatkan pengalaman industri yang diiktiraf.

Selain terlibat dalam usahasama Fakulti-Industri, INTI juga telah bekerja secara usahasama dalam pelbagai inisiatif dengan lebih 450 rakan industri, dalam usaha memperkasa kemahiran pelajar agar membolehkan mereka berjaya walaupun dalam persekitaran kerja yang sangat kompetitif.

Ini nyata terbukti melalui hasil pengambilan kebolehpasaran graduan INTI untuk tahun 2016, sepertimana disahkan oleh BDO, dimana 99% graduan INTI akan mendapat pekerjaan dalam tempoh 6 bulan setelah tamat pengajian, 83% graduan berpendapatan lebih tinggi daripada purata pasaran, 43% graduan INTI ditawarkan pekerjaan walaupun belum menamatkan pengajian.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara
Program Penempatan Industri Usahasama INTI Dan IKEA Damansara
Program Penempatan Industri | Faculty Industry Attachment | FIA | INTI dan IKEA Damansara.
https://3.bp.blogspot.com/-s5L4kSzx_9g/Wwo8bZVsnyI/AAAAAAAAT7o/1nv_4eWAU5wGWJFARgkceDXUb1n6o7RMwCLcBGAs/s640/INTI%2BIKEA.png
https://3.bp.blogspot.com/-s5L4kSzx_9g/Wwo8bZVsnyI/AAAAAAAAT7o/1nv_4eWAU5wGWJFARgkceDXUb1n6o7RMwCLcBGAs/s72-c/INTI%2BIKEA.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/05/program-penempatan-industri-inti-ikea-damansara.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/05/program-penempatan-industri-inti-ikea-damansara.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy