IPC Shopping Centre Membawa Makna Keriangan Aidilfitri

IPC Shopping Centre memperkenalkan tema 'Keriangan Aidilfitri' dengan menampilkan pelbagai permainan tradisional untuk menzahirkan semangat bersatu sempena Ramadan dan Syawal.

Keriangan Aidilfitri, IPC Shopping Centre,

IPC Shopping Centre, destinasi membeli belah komuniti pilihan ramai di Mutiara Damansara baru-baru ini berbesar hati memperkenalkan tema 'Keriangan Aidilfitri' sempena Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.

Para pengunjung pastinya akan terpesona dengan pameran ikon-ikon permainan tradisional gergasi interaktif di setiap pelosok pusat membeli belah. Sebahagian lokasi telah ditransformasikan kepada sebuah taman permainan yang memaparkan Congkak, Chapteh dan Batu Seremban gergasi bagi menjemput pengunjung mengalami keseronokan pelbagai permainan tradisional klasik.

Keriangan Aidilfitri, IPC Shopping Centre,

Tema 'Keriangan Aidilfitri' Di IPC Shopping Centre


Sebuah ikon Congkak gergasi sepanjang 8 meter di kawasan foyer pusat membeli belah, merupakan hiasan utama diantara dekorasi tradisional lain yang dihasilkan daripada kayu serta kain batik.

Disamping itu, pengunjung juga akan menemukan pelbagai permainan gergasi yang menghiasi Tingkat 1 dan 2. Mereka akan berpeluang melawat pelbagai kedai 'pop-up' serta menyertai pelbagai bengkel kerja hujung minggu seperti lukisan batik dan lipatan ketupat fabrik.

"Tahun ini, kami ingin memberikan pengalaman Aidilfitri yang membawa kenangan silam. Zaman ini, kebanyakan kita menghabiskan terlalu banyak masa dengan peranti mudah alih sehingga jarang berinteraksi dengan orang tersayang pada musim perayaan. Maka melalui pelancaran 'Keriangan Aidilfitri', IPC berharap dapat menghidupkan kembali pelbagai permainan tradisional klasik yang menggamit memori serta nostalgia supaya kita akan mengetepikan aplikasi mudah alih buat sementara demi mengeratkan silaturrahim keluarga" - Elanor Lo, Pengurus Pemasaran IPC Shopping Centre.

Tambah Elanor lagi, "Bermain permainan tradisional memerlukan semangat kerjasama serta komunikasi yang tinggi, oleh sebab inilah kami mempamerkan pelbagai permainan tradisional sebagai ikon gergasi. IPC sentiasa menjadi sebuah tempat mesra komuniti yang membolehkan warga kota mencipta detik terindah bersama keluarga dan rakan. Tidak kira menikmati sarapan, membeli-belah untuk Aidilfitri, atau sekadar ingin meluangkan masa yang menyeronokkan bersama orang tersayang, kami mampu memenuhi keperluan setiap orang".

Keriangan Aidilfitri, IPC Shopping Centre,

Ganjaran Istimewa IPC Sempena Keriangan Aidilfitri


Dalam tempoh ini, pengunjung akan diberikan ganjaran Aidilfitri hebat setiap kali membeli belah di Pusat Membeli Belah IPC iaitu;

  • Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM10 dengan pembelian sekurang-kurangnya RM200 dalam satu resit tunggal.
  • Beg Galas IPC dan Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM10 dengan pembelian sekurang-kurangnya RM600 dalam gabungan sehingga 2 resit sahaja.
  • Memenangi sebuah iPhoneX dan Baucer Beli-Belah Raya IPC bernilai RM1000. Mendapat 1 entri dengan pembelian sekurang-kurangnya RM200 dalam 1 resit tunggal.

Info lanjut Keriangan Aidilfitri IPC boleh layari www.ipc.com.my.

COMMENTS

BLOGGER: 3
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: IPC Shopping Centre Membawa Makna Keriangan Aidilfitri
IPC Shopping Centre Membawa Makna Keriangan Aidilfitri
IPC Shopping Centre memperkenalkan tema 'Keriangan Aidilfitri' dengan menampilkan pelbagai permainan tradisional untuk menzahirkan semangat bersatu sempena Ramadan dan Syawal.
https://3.bp.blogspot.com/-z0Ybm0E5MzQ/WxJ4p88c7II/AAAAAAAAT-A/DvSXk_BuqgkPmtYp_sVQAK6I3axfGSajACLcBGAs/s640/IPC%2BRaya_2.png
https://3.bp.blogspot.com/-z0Ybm0E5MzQ/WxJ4p88c7II/AAAAAAAAT-A/DvSXk_BuqgkPmtYp_sVQAK6I3axfGSajACLcBGAs/s72-c/IPC%2BRaya_2.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/06/ipc-shopping-centre-keriangan-aidilfitri.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/06/ipc-shopping-centre-keriangan-aidilfitri.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy