Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia

Museum of Illusions Kuala Lumpur | muzium ilusi optik pertama Asia | Ansa Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur | Malaysia | Review.

Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia | Pasti ramai dikalangan kita sukakan perkara-perkara unik dan pelik. Saya pun salah seorang daripadanya, teruja bila berpeluang berkunjung sempena majlis pembukaan Museum of Illusions Kuala Lumpur pada pagi Selasa, 26 Jun 2018.

Mempamerkan pelbagai koleksi seni visual ilusi optik yang membuka minda. Satu pengalaman menarik bersama rakan-rakan blogger yang hadir kerana ia merupakan muzium ilusi optik pertama di Asia yang sama terdapat di Eropah dan Timur Tengah. Ia juga bakal dibuka di kota-kota besar sepert New York, Berlin dan Toronto tidak lama lagi.

Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Kredit foto: www.sallysamsaiman.com ... thanks Sally!

Museum Of Illusions Kuala Lumpur


Ok... sebelum tu rasanya tak perlu saya terangkan apa itu ilusi optik kan? Lihat sahaja gambar di atas bagaimana saya mampu membesar seperti giant berbanding rakan di sebelah haha. 

Itulah antara salah satu teknik penghasilan visual ilusi optik di Museum of Illusions Kuala Lumpur ini. Terdapat pelbagai lagi ruang pameran visual interaktif yang membuka minda pengetahuan tentang dunia ilusi optik untuk kita terokai sebagai input kreatif yang menginspirasikan.

Lebih istimewa, ia bukan sekadar muzium pameran yang biasa, tetapi dilengkapi dengan ruang karakter interaktif yang menyeronokkan disamping bergambar 'enjoying the scenes'.

Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Lebih 70 Exhibit Ilusi Optik Di Museum Of Illusions


Museum Of Illusions telah menjadi tarikan ramai sejak pembukaan asalnya di Zagreb, Crotia pada tahun 2015. Terdapat 7 lagi muzium seumpamanya yang bakal dibuka di seluruh dunia sebelum penghujung 2018. Kuala Lumpur terpilih sebagai lokasi pertama Asia atas tarikan dan keunikannya yang tersendiri di Rantau Asia.

Ada lebih 70 exhibit dipamerkan di Museum of Illusions Kuala Lumpur ini. Selain exhibit Optical Illusion yang dipaparkan untuk info pengetahuan dan pemahaman pengunjung, turut disediakan ruang aktiviti bergambar, antaranya seperti Ames Room untuk ilusi optik 'giant dan dwarf' seperti gambar atas tadi.

Oleh itu, jangan biarkan minda anda terpedaya dengan ilusi optik huhu. 

Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Terdapat pelbagai lagi ruang ilusi optik menarik seperti Rotated Room, Head on the Platter, The Chair Illusion dan pengalaman mencabar merentas The Vortex Tunnel.

Secara keseluruhan, Museum of Illusions ini memberi input terbaik dalam menyatakan betapa mudah minda manusia ini boleh tertipu, atau dalam erti kata lain, 'terpedaya'. Ia menjelaskan secara saintifik antara persepsi minda dan realiti melalui teknik ilusi optik yang ada diantaranya sukar untuk kita fahami mengapa.

Muzium seluas 2 tingkat ini memang lokasi yang patut dikunjungi bagi peminat seni visual, juga sebagai lapangan santai ilmu yang menceriakan bersama keluarga atau rakan-rakan. Selain pameran dan ruangan visual optik, ia turut menyediakan pelbagai cenderahati yang kreatif dan unik untuk dibawa pulang.

Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,
Museum of Illusions, Bukit Bintang, Kuala Lumpur,

Museum of Illusions, Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.


Museum of Illusion Kuala Lumpur dibuka setiap hari bermula 9 pagi hingga 11 malam. Harga tiket adalah RM 35 untuk orang dewasa dan RM 25 untuk kanak-kanak berusia bawah 15 tahun. Rate istimewa juga disediakan untuk kunjungan sekeluarga, secara berkumpulan atau lawatan sambil belajar untuk perlaksanaan sekolah.

Museum of Illusions
1st & 2nd Floor, Ansa Hotel,
101 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Info lanjut Museum of Illusions di www.museumofillusions.my atau hubungi 03-21102654. 


Museum of Illusions Kuala Lumpur, Ansa Hotel Bukit Bintang,


Giveaway 10 tiket percuma ke Museum Of Illusions Kuala Lumpur! 

Guys!!.. bagi berkongsi kemeriahan sempena pembukaan Museum Of Illusions ini, saya ada 10 tiket untuk diberikan percuma bernilai RM35 setiap satu. Jika berminat, caranya mudah sahaja.


Like Fb page dan follow Instagram di bawah dan info saya di ruang komen blog ini atau mana-mana posting saya di media sosial berkaitan Museum Of Illusions Kuala Lumpur. Anda akan saya hubungi nanti;


FB: Museum Of Illusions Kuala Lumpur

IG: moi_kualalumpur

Selain tu, sudi-sudilah share artikel ini sekali :)

COMMENTS

BLOGGER: 21
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia
Ilusi Optik Museum Of Illusions Pertama Asia
Museum of Illusions Kuala Lumpur | muzium ilusi optik pertama Asia | Ansa Hotel, Bukit Bintang, Kuala Lumpur | Malaysia | Review.
https://1.bp.blogspot.com/-phqFAzM0Qzo/WzQkmz3vytI/AAAAAAAAUNY/G5YsKHRNRmcoqgbCjz65KtK6bTuo4n-UACEwYBhgL/s640/Museum%2Bof%2BIllusions%2BKuala%2BLumpur.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-phqFAzM0Qzo/WzQkmz3vytI/AAAAAAAAUNY/G5YsKHRNRmcoqgbCjz65KtK6bTuo4n-UACEwYBhgL/s72-c/Museum%2Bof%2BIllusions%2BKuala%2BLumpur.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/06/museum-of-illusions-kuala-lumpur.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/06/museum-of-illusions-kuala-lumpur.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy