Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 buat semua sahabat pembaca dan subscribers yang dihargai. Maaf zahir dan batin :).

Laman Di Raja Pontian, Aidilfitri 2018, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Syawal kini menjelma, meninggalkan Ramadan Al Mubarak penuh kemuliaan sebagai kenangan kesedaran dan keinsafan. Moga rahmat dan keberkatannya berterusan dirasai.

Hari ini mengambil sedikit waktu terluang pada malam 2 Syawal 1439H untuk berkongsi coretan kepada seluruh pembaca dan subscribers yang dikasihi. Tiada apa yang lebih menggembirakan pada hari seperti ini selain meraikan keceriaan bersama mereka yang tercinta.

Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018,

Ekspresi Hari Raya Aidilfitri 2018


Hari Raya Aidilfitri 2018, kami raikan di Pontian, Johor. Tidak melepaskan peluang seperti kebiasaannya mengabadikan gambar sekeluarga sebagai kenangan Aidilfitri.

Maklumlah kalau dah balik kampung sempena Aidilfitri, ketupat, lemang, burasak, rendang, kuah kacang dan macam-macam lagi memang sarat memenuhi perut hingga ke hari ini. Tak sampai hati nak kongsikan... takut la kempunan terutama yang baca lepas-lepas musim raya nanti haha.

Ok... tahun ini juga saya bersyukur kerana berpeluang berhubung kembali dengan lebih ramai lagi sahabat lama rakan sepengajian dan yang pernah sama-sama bekerja di sini dan luar negara dahulu. Tidak ketinggalan juga, dapat berkumpul bersama sahabat sekampung yang jarang dapat bertemu.

Laman Di Raja Pontian, Aidilfitri 2018, Khir Khalid, Blogger Malaysia,
Laman Di Raja Pontian, Aidilfitri 2018, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Aidilfitri, Sahabat Dan Nostalgia Yang Dihargai


Kepada sahabat sekampung, banyak nostalgia sejak dizaman awal mula bersekolah hingga ke peringkat sekolah menengah yang mencuit hati. Tersentuh juga bila mengenang ada diantaranya yang telah pergi... Al Fatihah (dibaca) buat semua sahabat yang telah pergi meninggalkan kita.

Bagi sahabat sepengajian di University of Wolverhampton, United Kingdom, juga tidak terlepas mencungkil pelbagai nostalgia. Ia pengalaman pertama kali buat diri ini menyambut Aidilfitri di perantauan yang dikongsi bersama rakan muslim dan non-muslim warga Malaysia seluruhnya.

Bagi yang pernah sama-sama bekerja di luar negara dan meraikan Aidilfitri di Queensland, Australia, Frankfurt, Germany dan Jakarta, Indonesia, ia sesungguhnya pengalaman dan nostalgia yang dihargai. Malah ada permintaan rakan agar dinukilkan pengalaman ini di masa terluang sebagai coretan kenangan dan rujukan bermanfaat.

Masa berlalu amat pantas… pelbagai nostalgia Aidilfitri dari tahun ke tahun hingga membawa Aidilfitri tahun ini. Sedar tak sedar, anak-anak pun semakin membesar dan meningkat remaja.

Laman Di Raja Pontian, Aidilfitri 2018, Khir Khalid, Blogger Malaysia,

Salam Lebaran - Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018


Namun atas kesemua pandangan sahabat melalui pelbagai nostalgia Aidilfitri menyimpulkan, tiada tempat yang lebih istimewa menyambut Aidilfitri selain bersama keluarga, sanak saudara dan mereka yang tercinta, tak kira di mana juga kita berada.

Justeru, kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan pembaca yang dihormati. Ampun dan maaf atas sebarang salah dan silap bagi yang mengenali, juga segala kekhilafan dalam berkongsi pandangan dan coretan di laman blog ini.

Salam ceria Aidilfitri. semoga Allah swt sentiasa memberkati ukhwah kehidupan kita semua dengan sepenuh rahmat dan kejayaanNya.. aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 18
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018
Salam Lebaran Hari Raya Aidilfitri 2018
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 buat semua sahabat pembaca dan subscribers yang dihargai. Maaf zahir dan batin :).
https://2.bp.blogspot.com/-80ef3m0RYtA/WyTyjJLFAhI/AAAAAAAAUDA/FV3zILCPONQD2DI5bwy6dTaglLjdHSrngCLcBGAs/s640/Familia%2BAidilfitri%2B2018.png
https://2.bp.blogspot.com/-80ef3m0RYtA/WyTyjJLFAhI/AAAAAAAAUDA/FV3zILCPONQD2DI5bwy6dTaglLjdHSrngCLcBGAs/s72-c/Familia%2BAidilfitri%2B2018.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/06/salam-lebaran-hari-raya-aidilfitri-2018.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/06/salam-lebaran-hari-raya-aidilfitri-2018.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy