Keunikan Bayi Tahun Naga Serta Impak Kepada Malaysia

Enter The Dragon | Unique Realities of Dragon Babies | Kaji selidik bayi Tahun Naga Malaysia | INTI International University & Colleges.

Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Menurut kepercayaan zodiac Cina, mereka yang dilahirkan pada Tahun Naga sering diperkatakan sebagai golongan yang pintar, bercita-cita tinggi, mempunyai kesungguhan dan membawa berkat kepada keluarga.

Berdasarkan kepercayaan ini, negara-negara Asia seperti Singapura, Hong Kong dan China telah mengalami peningkatan pada kadar kelahiran secara amnya. Malaysia khususnya juga telah menunjukkan lonjakan kadar kelahiran secara konsisten pada tahun-tahun Naga ini.

Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Enter The Dragon: Unique Realities Of Dragon Babies


Bagi memahami dasar impak bayi Tahun Naga serta kecenderungannya di Malaysia, INTI International University & Colleges (INTI), telah membuat kaji selidik terhadap lebih 315 responden daripada bayi kelahiran Tahun Naga (usia 18 dan 30 tahun) serta perbandingan mereka yang dilahirkan bukan Tahun Naga.

Beberapa siri wawancara mendalam serta kaji selidik quantitatif telah dijalankan bertujuan memahami apa yang ditakrifkan bayi-bayi Tahun Naga ini berbeza dari individu zodiac lain.

Kajian juga bertujuan menjadi rujukan institusi pengajian tinggi dan organisasi sebagai persediaan kemasukan kumpulan pelajar, juga bakal professional muda di masa hadapan.

Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Selain itu, INTI turut menganjurkan 2 sesi panel bagi membincangkan penemuan tinjauan serta memahami lebih mendalam tentang bayi Tahun Naga di Malaysia.

Sesi panel bersama Tan Lin Nah, Ketua Pegawai Operasi INTI telah menjemput penceramah jemputan istimewa yang terkait bidang ini iaitu;
  • Charis Wong – Pengarah, Pusat Terapi Perkahwinan, Keluarga dan Kanak-Kanak KIN & KIDS.
  • Nancy Yeoh - Pengarah, Joey Yap Consulting Group.
  • Nur Jeevan Guna Segar – Pengarah Urusan dan Pengasas, Entity Digital Sdn Bhd.
  • Danielle Chai – Yayasan ‘Advance 2 Foundation’, Royal Academy of Dance.
  • Amanda Siew Yen Kai – Pelajar, ‘American Degree Transfer Program’ INTI International College Subang.
  • Denise Solosa – Ibu sepenuh masa (ibu Danielle).


Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Kajian Dan Pendapat Terhadap Bayi Tahun Naga


Ahli-ahli panel telah menerokai ciri-ciri yang lazimnya dikaitkan dengan bayi Tahun Naga, pengalaman peribadi dan pandangan adakah ‘Dragons’ sekadar kepercayaan budaya.

Semasa perbincangan, rujukan turut dibentangkan berdasarkan kajian lepas, dimana ‘Dragons’ didapati lebih terserlah dalam pendidikan, sering memanfaatkan daya saing yang tinggi dan diperkukuhkan lagi dengan komitmen serta dorongan ibu bapa dalam memastikan anak-anak ‘Dragons’ berjaya dalam kehidupan.

Setiap ahli panel mempunyai pendapat berbeza. Jeevan, yang melepaskan pekerjaan sepenuh masa demi mengejar impian memulakan syarikat kandungan digital sendiri menyatakan, beliau dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai warisan campuran.

Jeevan menjalani sebahagian besar kehidupan membesar di China memahami persepsi terhadap ‘Dragons’. Walaupun banyak faktor mempengaruhi siapa beliau hari ini, dorongan dan keazaman kuat untuk berjaya adalah kualiti yang dikongsi dengan ‘Dragons’ yang lain. ‘Dragons’ sentiasa memandang ke hadapan dan melangkah untuk memimpin, terutama memastikan sesuatu perkara dilakukan dengan cara tersendiri.


Kajian juga menunjukkan, bayi Tahun Naga mempunyai dorongan yang amat tinggi untuk memajukan diri dalam kehidupan, dan tersenarai seperti berikut;
  • Mencapai kestabilan kewangan dan harta benda (disenaraikan oleh 95% responden berusia 30 tahun dan 41% berusia 18 tahun).
  • Mencapai kemajuan kerjaya (disenaraikan 41% responden berusia 30 tahun, jauh lebih tinggi berbanding bukan ‘Dragons’ iaitu 25%).
  • Melanjutkan pengajian (disenaraikan oleh 45% responden berusia 18 tahun).


Personaliti terkenal dalam industri psikologi tempatan, Charis Wong pula berpendapat, kepercayaan budaya tentang keunikan bayi ‘Dragons’ ini mungkin memberi impak kepada kehidupan individu. Namun kepercayaan ini juga diperkasa melalui tekad dan usaha gigih, kerajinan serta keazaman untuk berjaya dalam hidup.

Sama ada ia berhubung dengan lumrah alam, iaitu tertanam ciri-ciri alam semulajadi atau pun sekadar ramalan, ia masih kekal sebagai topik perdebatan yang menarik.

Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Realiti Bayi Tahun Naga Dan Impak Industri


Walaupun ‘Dragons’ mempunyai kohort yang besar, 64% responden berusia 18 tahun menyatakan keyakinan tinggi akan mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. Ia berlawanan dengan kajian INTI terhadap Gen Z sebelum ini yang mendedahkan 56% Gen Z bimbang tidak bekerja selepas tamat pengajian.

Terdapat juga pelbagai kebimbangan lain antara ‘Dragons’ apabila memasuki pasaran pekerjaan, termasuk keupayaan bekerjasama dengan rakan sekerja (14%), mempunyai pekerjaan yang tidak memenuhi harapan (13%) serta mendapat gaji yang rendah (8%).

Kajian turut mendedahkan 3 kumpulan responden mentakrifkan komunikasi, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan adalah 3 kemahiran paling penting untuk berkembang maju, namun juga mentakrifkan kemahiran literasi digital sebagai kemahiran yang kurang penting.

Ini bertentangan dengan hasil tinjauan INTI 2016 berkenaan perbezaan pandangan antara majikan dan graduan yang mendapati, literasi digital dianggap oleh majikan (30%) sebagai kemahiran paling penting di tempat kerja pada hari ini.

Kajian Bayi Tahun Naga, INTI International University & Colleges,

Kesimpulan

Sebagai sebuah institusi yang komited menghasilkan graduan cemerlang, INTI mengiktiraf keperluan untuk memahami perbezaan halus antara generasi muda.

Pemahaman ini membantu mencipta pendekatan pembelajaran dalam pendidikan, agar dapat melengkapkan bakal professional muda dengan kemahiran yang diperlukan melalui usahasama lebih 450 syarikat dalam industri tempatan dan bertaraf global.

Memandangkan terdapat peningkatan nyata kadar kelahiran bayi pada Tahun Naga, ia menandakan kehadiran persaingan yang lebih tinggi terhadap akademik dan pasaran pekerjaan. Tinjauan ini merupakan langkah pertama kepada tindakan seterusnya yang perlu diambil pihak-pihak relevan dalam memperkasa modal insan tenaga kerja generasi masa hadapan.

Artikel terkait;

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Keunikan Bayi Tahun Naga Serta Impak Kepada Malaysia
Keunikan Bayi Tahun Naga Serta Impak Kepada Malaysia
Enter The Dragon | Unique Realities of Dragon Babies | Kaji selidik bayi Tahun Naga Malaysia | INTI International University & Colleges.
https://2.bp.blogspot.com/-xSf3HazhrgU/W16HQCaxPvI/AAAAAAAAUw0/sE97nwvCWnUW5F04aejgXKtc7L1XXuZ3QCLcBGAs/s640/INTI%2BDragons.png
https://2.bp.blogspot.com/-xSf3HazhrgU/W16HQCaxPvI/AAAAAAAAUw0/sE97nwvCWnUW5F04aejgXKtc7L1XXuZ3QCLcBGAs/s72-c/INTI%2BDragons.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/07/keunikan-bayi-tahun-naga-serta-impak-kepada-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/07/keunikan-bayi-tahun-naga-serta-impak-kepada-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy