Sesi Pakar Meja Bulat 'Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet'

Sesi pakar meja bulat 'Membesarkan Anak-Anak Tanpa Gajet' sempena pelancaran Pusat Sumber dan Perpustakaan Kanak-Kanak Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama Nippon Paint Malaysia.

Raising Gadget-Free Kids, Norsheila Abdullah, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Gladys Goh, Perspective Strategies, Nippon Paint Malaysia,

Pada pagi Rabu, 11 Julai 2018, saya telah menghadiri sesi pakar meja bulat bertemakan 'Membesarkan Anak-Anak Tanpa Gajet' (Raising Gadget-Free Kids) yang diadakan sempena pelancaran pameran pertama Pusat Sumber dan Perpustakaan Kanak-Kanak di ibu pejabat Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM). 

Ia merupakan inisiatif PPBM dengan kerjasama erat Nippon Paint Malaysia Group (Nippon Paint) dalam menyediakan platform terbaik Pusat Sumber PPBM bagi tujuan menyediakan maklumat dan rujukan berkaitan penubuhan pusat penjagaan kanak-kanak. Perpustakaan Kanak-Kanak pula bertujuan menyemai tabiat membaca dikalangan kanak-kanak berusia 4 tahun ke bawah.

Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM), Pn Masdiana Muhammad, Norsheila Abdullah, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Gladys Goh,

Pusat Sumber Dan Perpustakaan Kanak-Kanak PPBM


Pelancaran Pusat Sumber PPBM telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn. Masdiana binti Muhammad, merupakan keputusan strategik untuk memberi akses maklumat dan sokongan yang lebih besar kepada kira-kira 11,000 ahli PPBM, sebagai panduan menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak yang memenuhi keperluan dan piawaian ketat Akta Pusat Penjagaan 1984.

Komponen pameran yang lain ialah model Perpustakaaan Kanak-Kanak yang dijangka menjadi tempat yang kondusif, mesra dan selamat untuk kanak-kanak berusia sehingga 4 tahun, bagi memupuk tabiat membaca awal dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang mampu membangunkan kemahiran kognitif dan sosial mereka seawal mungkin.

Nippon Paint akan bekerjasama dalam memberikan khidmat nasihat profesional tentang warna dan fungsi cat yang bersesuaian untuk persekitaran selamat melalui Rangkaian Child Wellness dan mampu merangsang kreativiti kanak-kanak, termasuk menerusi pelbagai inisiatif kesedaran dan pendidikan kepada ibu bapa berkaitan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak.

Resource Centre, Children's Library, PPBM, Khir Khalid,

Sesi Pakar Meja Bulat - Raising Gadget-Free Kids


Saya amat tertarik dengan pandangan dan kupasan yang dikongsikan dalam sesi pakar meja bulat bertemakan 'Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet'. Merupakan input sosio pendidikan kepada generasi dewasa kini terutamanya ibu dan bapa seperti saya terhadap pemerhatian utama tentang anak-anak hari ini yang bergantung kepada teknologi.

Sesi ini menyaksikan Panel Penasihat pakar seperti Yang Berbahagia Datuk Dr Zulkifli Ismail, Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) dan Setiausaha Agung Persatuan Pediatrik Asia Pasifik (APPA); Puan Norsheila Abdullah, Presiden PPBM dan Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint.

Datuk Dr Zulkifli Ismail menegaskan, perkembangan kanak-kanak sangat bergantung kepada persekitaran, daripada usia 0 hingga 4 tahun, kanak-kanak membentuk tabiat berdasarkan persekitaran dan pengalaman yang mereka alami. Gajet mempunyai kelebihan dan juga kemudaratan, maka ibu bapa perlu memantau masa skrin bagi memastikan pembangunan kognitif kanak-kanak yang menyeluruh.

Raising Gadget-Free Kids, Norsheila Abdullah, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Gladys Goh, Nippon Paint Malaysia,

Menyemai Budaya Minat Membaca Kanak-Kanak Di Malaysia


Menurut Akademi Pediatrik Amerika (AAP), kanak-kanak berumur 2 hingga 5 tahun dinasihatkan untuk menghadkan penggunaan skrin kepada 1 jam sehari dengan pengisian bermutu tinggi. Walaupun masa skrin yang sederhana digalakkan, ibu bapa juga harus perhatikan pemilihan program.

Berikut adalah saranan AAP terutama kepada tanggungjawab ibu bapa terhadap kaedah membesarkan kanak-kanak tanpa gajet mengikut pecahan usia;

  • Kanak-kanak 0 hingga 6 bulan - Tiada 'screen time' adalah yang terbaik kecuali 'live video chat' bersama ahli keluarga dan interaksi rakan-rakan kepada ibu bapa.
  • Kanak-kanak 18 bulan hingga 2 tahun - Kawal screen time dan hindarkan pengunaan bersendirian. Pilih program berbentuk pendidikan dan tonton bersama bagi memastikan kefahaman mereka.
  • Kanak-kanak 2 hingga 5 tahun - Bataskan screen time kepada 1 jam sehari. Ibu bapa juga seharusnya ada bersama anak semasa penggunaan, juga bagi memastikan kefahamannya.
  • Kanak-kanak 6 tahun ke atas - Tetapkan batas yang konsisten dalam waktu screen time mereka. Jangan biarkan ia menjejaskan waktu tidur dan riadah yang berkualiti disamping mempengaruhi tingkahlaku mereka.


Satu kajian baru-baru ini yang diterbitkan oleh Jurnal Perubatan Perak mendedahkan, kanak-kanak Malaysia dibawah usia 2 tahun menghabiskan masa secara purata 6 jam pada skrin elektronik, di mana televisyen menjadi masa skrin tertinggi (5.9 jam) diikuti iPad dan tablet (3.2 jam).

Selain itu, merujuk laporan UNESCO: Pendidikan untuk Semua 2015 - Kajian negara-negara menunjukkan tahap celik huruf di Malaysia hampir 95% dalam kalangan kanak-kanak 10 tahun ke atas. Walaupun ia memberikan gambaran yang baik, asas yang mantap haruslah dipupuk pada semua kanak-kanak pada usia muda bagi memastikan mereka berada dilandasan yang betul. Ianya penting untuk memupuk minat membaca pada usia yang awal.

Raising Gadget-Free Kids, Norsheila Abdullah, Datuk Dr Zulkifli Ismail, Gladys Goh, Khir Khalid, Nippon Paint Malaysia,

"Program Kesejahteraan Kanak-Kanak telah membawa kami sejauh ini melalui kerjasama dengan PPBM. Kami gembira menjadi sebahagian usaha mulia ini dan yakin Perpustakaan Kanak-Kanak mampu memupuk tabiat membaca peringkat awal dikalangan kanak-kanak, disamping terus merealisasikan lebih banyak inisiatif yang menggalakkan kesejahteraan kanak-kanak serta meningkatkan lagi kesedaran sosio pendidikan kepada umum" - Gladys Goh, Pengurus Besar, Kumpulan Nippon Paint.

Program Kesejahteraan Kanak-Kanak ini menyaksikan kerjasama dengan persatuan kebangsaan seperti Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Persatuan Pengasuh Berdaftar (PPBM), Persatuan Tadika Malaysia (MSAI), serta penyedia dan pengamal perubatan sebagai sokongan utama bagi menyediakan langkah mudah dan nasihat pakar kepada ibu bapa prihatin masa kini.


Baca artikel terkait;
> Kempen Nippon Paint Child Wellness Programme
> Nippon Paint Wellness For Children
> Persekitaran Rumah Yang Berisiko Kepada Kesihatan Kanak-Kanak
> Pengaruh Internet Dan Membimbing Anak

COMMENTS

BLOGGER: 15
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sesi Pakar Meja Bulat 'Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet'
Sesi Pakar Meja Bulat 'Membesarkan Kanak-Kanak Tanpa Gajet'
Sesi pakar meja bulat 'Membesarkan Anak-Anak Tanpa Gajet' sempena pelancaran Pusat Sumber dan Perpustakaan Kanak-Kanak Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan kerjasama Nippon Paint Malaysia.
https://1.bp.blogspot.com/-SctA3Uqvm-o/W0bHI2JdVaI/AAAAAAAAUcc/za9zsmr7XsAzOrppazwpSwOOCHukUWHTwCLcBGAs/s640/Nippon%2BPaint%2Bx%2BPPBM%2BOfficial%2BLaunch%2Bof%2BResource%2BCentre%2B%2526%2BChildren%2527s%2BLibrary_Image%2B2.JPG
https://1.bp.blogspot.com/-SctA3Uqvm-o/W0bHI2JdVaI/AAAAAAAAUcc/za9zsmr7XsAzOrppazwpSwOOCHukUWHTwCLcBGAs/s72-c/Nippon%2BPaint%2Bx%2BPPBM%2BOfficial%2BLaunch%2Bof%2BResource%2BCentre%2B%2526%2BChildren%2527s%2BLibrary_Image%2B2.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/07/membesarkan-kanak-kanak-tanpa-gajet.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/07/membesarkan-kanak-kanak-tanpa-gajet.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy