Program Sukarelawan INTI Serlah Bakat Pelajar Menjinakkan Haiwan

Program Sukarelawan INTI | INTI International College Kuala Lumpur | INTI International Universiti & Colleges | Zoo Negara Malaysia.

Muhammad Saad, Sukarelawan INTI Serlah Bakat Menjinakkan Haiwan,

Setiap kita pastinya mempunyai bakat tersimpan atau aura positif yang mampu memberi inspirasi kepada orang lain. Begitulah yang berlaku kepada sekumpulan peserta program Sukarelawan INTI International College Kuala Lumpur (INTI) di Zoo Negara baru-baru ini.

Menjadi satu pengalaman bermakna kepada semua warga pelajar dan pendidik yang terlibat dalam program Sukarelawan INTI apabila menyaksikan kebolehan Muhammad Saad, seorang penuntut warga asing di INTI dan juga peserta program, yang berbakat menjinakkan haiwan secara semulajadi. Ia secara tidak langsung membuatkan semua peserta teruja.

Muhammad Saad, Sukarelawan INTI Serlah Bakat Menjinakkan Haiwan,

Sukarelawan INTI Menjinakkan Haiwan Di Zoo Negara


Muhammad Saad, anak sulung daripada 3 adik-beradik, telah berpindah ke Kuala Lumpur enam bulan yang lalu untuk melanjutkan pelajarannya di sini.

Beliau yang ketika ini sedang menjalani kursus Diploma Peniagaan di INTI, amat menggemari haiwan sejak kecil. Ia disebabkan latar belakang keluarga yang memiliki sebuah ladang di kediamannya di Karachi, Pakistan. Mereka menternak lembu, kerbau dan lembu jantan Sepanyol, selain memelihara 2 ekor kucing Parsi bernama Oreo dan Hazel yang sangat rapat dengan Saad.

"Antara ahli keluarga, sayalah yang paling rapat dengan haiwan peliharaan kami. Sebagai contoh, Hazel hanya akan tidur sekiranya ia diletakkan di atas dada saya sahaja" ujar Saad.

Disebabkan minat terhadap haiwan, Saad sedari awal telah pun menunjukkan keterujaannya ke Zoo Negara yang menempatkan lebih daripada 476 spesis mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.

Muhammad Saad, Sukarelawan INTI Serlah Bakat Menjinakkan Haiwan,

Uma Mageswari, Pengurus Perpustakaan INTI yang ditugaskan menemani sekumpulan pelajar bersama Saad turut berkongsi pengalaman semasa berada di kandang kambing. Beliau juga turut  menggambarkan sifat heroik Saad ketika berada bersama haiwan-haiwan lain di Zoo Negara.

"Ketika kami membersihkan kandang kambing, kami mendapati salah seekor kambing telah terkeluar dari kawasan kandang. Kami berasa amat bimbang sekiranya kambing itu terlepas dan menimbulkan masalah kepada kami. Para sukarelawan lain menghadapi kesukaran untuk mengarahkan kambing tersebut ke kawasan yang ditetapkan, tetapi Saad dengan tenang telah mendekati dan berjaya memujuk kambing tersebut." - Uma Mageswari. 

Kesemua peserta terpegun melihat bagaimana Saad mampu berinteraksi dan menarik perhatian kambing tersebut dengan cara semulajadi dan kasih sayang. Ia juga berlaku ketika Saad menghampiri kesemua haiwan-haiwan lain yang mereka jumpai.

Program Sukarelawan INTI Usahasama Zoo Negara


Program sukarelawan INTI ini merupakan usahasama antara Pasukan Rekreasi INTI, Jabatan Perkhidmatan Pelajar INTI, Majlis Perwakilan Pelajar INTI dan pihak pengurusan Zoo Negara. 

Pihak Zoo Negara juga mengalu-alukan lebih ramai pelajar asing dan tempatan yang berminat menjadi sukarelawan sebagai inisiatif pembangunan sosio pendidikan menimba pengalaman bekerjasama disamping berinteraksi bersama haiwan-haiwan di Zoo Negara.

Muhammad Saad, Sukarelawan INTI Serlah Bakat Menjinakkan Haiwan,

Anis Laila, Ketua Eksekutif, INTI International College Kuala Lumpur turut berkongsi aspirasi INTI dalam menyediakan peluang pembelajaran holistik melalui pendekatan transformatif. Aktiviti seperti ini amat penting dalam menyuntik pengalaman kepada penuntut mempersiapkan diri sebagai para profesional yang akan terus menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar dalam konteks keusahawanan sosial di masa hadapan.

Setelah 30 tahun penubuhan, INTI kini merupakan salah satu institusi yang dihormati dan dipercayai dalam industri pendidikan tinggi swasta di Malaysia. 

Menerusi kerjasama jaringan universiti-universiti antarabangsa serta lebih 450 rakan industri multinasional dan global, INTI bukan sahaja menawarkan program akademik tetapi akses kepada perkembangan 'trend' pasaran, pengalaman praktikal, kaedah mengajar hybrid, kurikulum antarabangsa dan bahan rujukan online yang memenuhi keperluan era digital abad ke-21.


Artikel terkait;


COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Sukarelawan INTI Serlah Bakat Pelajar Menjinakkan Haiwan
Program Sukarelawan INTI Serlah Bakat Pelajar Menjinakkan Haiwan
Program Sukarelawan INTI | INTI International College Kuala Lumpur | INTI International Universiti & Colleges | Zoo Negara Malaysia.
https://3.bp.blogspot.com/-JmhxmiZwV0U/W1Ha_Puu6BI/AAAAAAAAUn4/6KJ-1XJZy7sh6MQOqtB4zp-VdNq1vl6AACLcBGAs/s640/Program%2BSukarelawan%2BINTI%2B-%2BZoo%2BNegara1.png
https://3.bp.blogspot.com/-JmhxmiZwV0U/W1Ha_Puu6BI/AAAAAAAAUn4/6KJ-1XJZy7sh6MQOqtB4zp-VdNq1vl6AACLcBGAs/s72-c/Program%2BSukarelawan%2BINTI%2B-%2BZoo%2BNegara1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/07/program-sukarelawan-inti-zoo-negara.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/07/program-sukarelawan-inti-zoo-negara.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy