Terima Prospek Baru Melalui Carian Imej Google

Prospek baru aspirasi keusahawanan sosial daripada optimasi carian imej Google.


Minggu lepas, saya telah dihubungi salah seorang pegawai daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertanyakan info tentang Department Of Probation Thailand.

Menurut pegawai tersebut, beliau telah menjumpai gambar melalui carian imej Google semasa mencari beberapa maklumat sehingga membawa kepada pembacaan artikel termasuk beberapa artikel lain. Akhirnya beliau menghubungi melalui nombor yang diperolehi di ruang Profil.

Prospek Baru Optimasi Carian Imej Google,

Department Of Probation ini merupakan antara jurnal yang saya terbitkan sekitar tahun 2014 semasa menyertai Parol Dan Perkhidmatan Komuniti WPKL sebagai wakil motivator sosial menyambut delegasi Department Of Probation Thailand melawat Rumah Perantaraan WPKL.

Artikel tersebut boleh dibaca di sini> Department Of ProbationThailand.

Berbalik kepada cerita, sejurus selesai berhubung saya tergerak ‘mengGoogle’ dan dapati apa yang beliau maksudkan. Ada beberapa gambar dari artikel tersebut mengisi ruang imej Google.

Oleh itu, sekiranya anda antara yang mengikuti blog ini dari dahulu, pasti melihat perubahan tempo pengisian. Bermula menjurus segmen keusahawanan sosial, motivasi dan pembangunan modal insan sehinggalah terarah kepada pelbagai pengisian gaya hidup.

Prospek Baru Optimasi Carian Imej Google,

Saya akui, melalui keinginan menimba pengalaman berblog telah menjadikan konteks pengisian mengalami sedikit perubahan. Namun ia ada ‘pros and cons’ dalam menentukan imbangan perkara mana yang harus difokuskan selepas ini.

Blog membantu membina nilai tambah sokongan kerjaya, antaranya membuka ruang kepercayaan keusahawanan sosial kepada institusi koreksional dan institusi-institusi pengajian untuk terlibat memperkasa elemen sosio pendidikan dan pembangunan modal insan yang lebih mampan.

Membantu bina kebolehpercayaan dana program SocioEDU serta membuka ruang rakan industri kepada institusi untuk berkongsi pelbagai informasi pemerkasaan sosio pendidikan di blog ini. Malah turut diberi kepercayaan menyertai pelbagai delegasi termasuk lawatan kerja Perdana Menteri Malaysia berkaitan ‘socio-empowerment’.

Prospek Baru Optimasi Carian Imej Google,
Al Fatihah buat allahyarham Nazrin Hassan, antara insan yang dihormati.

Melalui carian imej online, kali pertama dahulu dihubungi oleh NGO untuk kerjasama program sosio-remaja ke sekolah, kemudian dihubungi dan ditawarkan pula royalti untuk beberapa gambar program oleh Khazanah Nasional untuk dicetak pada Laporan Tahunan 2016.

Kini, carian bergambar sekali lagi membuka prospek baru, meminta agar saya kemukakan profil syarikat berserta portfolio kerjaya berkaitan.

Alhamdulillah… besar potensi blog jika difokuskan pada konten dan konteks yang betul. Adakala yang ditulis sekarang memberi prospek potensi pada tahun-tahun mendatang. Namun ia bukan usaha mudah... perlu idea, modal, masa, usaha, fokus niat, keyakinan, kesungguhan dan kesabaran. Semoga segalanya terus dipermudahkan, in shaa Allah.

Kesempatan ini, saya ingin mengucapkan penghargaan terima kasih kepada warga Parol dan Perkhidmatan Komuniti WPKL tahun 2014 atas kepercayaan yang diberikan.   


COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Bisnes,46,Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,20,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,35,Informasi,111,Intervensi,27,INTI,39,Komuniti,42,Lazada,3,Lifestyle,150,MDEC,4,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,58,Perawatan Islam,13,Portfolio,50,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,109,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Terima Prospek Baru Melalui Carian Imej Google
Terima Prospek Baru Melalui Carian Imej Google
Prospek baru aspirasi keusahawanan sosial daripada optimasi carian imej Google.
https://2.bp.blogspot.com/-F4AIiPyx8cE/WzpXMTrUJpI/AAAAAAAAUVw/sP5h_H3Omh8W5FYLZQlvYX6VHMxeQ6mzgCLcBGAs/s640/Perunding%2BMotivasi%2BSosial%2B%25281%2529.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-F4AIiPyx8cE/WzpXMTrUJpI/AAAAAAAAUVw/sP5h_H3Omh8W5FYLZQlvYX6VHMxeQ6mzgCLcBGAs/s72-c/Perunding%2BMotivasi%2BSosial%2B%25281%2529.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/07/prospek-baru-melalui-carian-imej-google.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/07/prospek-baru-melalui-carian-imej-google.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy