Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0

Sosio Pendidikan | Revolusi Industri 4.0 | Pengukuhan Akademik | Pembangunan Sosial | Teknologi Digital | Malaysia.

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Kepentingan sosio-pendidikan dalam arus Revolusi Industri ke-4 (Revolusi Industri 4.0) telah menjadi antara topik perbualan dan perbincangan dipelbagai peringkat sektor termasuk rakan industri yang terlibat dalam pemerkasaan segmen pendidikan dan pembangunan sosial.

Memang tidak dinafikan, dengan arus persaingan kemajuan teknologi digital yang semakin berkembang pesat, Revolusi Industri 4.0 membuka banyak peluang dan manfaat. Namun ia juga ada sisi keburukan terutamanya kepada generasi pelapis muda kini sekiranya mereka tidak disuntik dengan elemen sosio-pendidikan sebagai pendedahan dan persediaan.

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Sosio Pendidikan Dan Revolusi Industri 4.0


Berdasarkan maklumat dikalangan warga pendidik dan belia mendapati masih ada yang kurang faham kepentingan elemen sosio pendidikan dalam konteks akademik. Bagi sesetengahnya pula, sosio-pendidikan disalah erti sebagai pendidikan akademik semata-mata, malah menganggap ia sekadar kegiatan kokurikulum di sekolah mahu pun di institusi pengajian tinggi.

Ya.. saya tidak menafikan bahawa akademik itu penting, tetapi sosio pendidikan juga mempunyai sisi kepentingan yang menyuntik persediaan modal insan khusus kepada individu atau pelajar sebagai persediaan bagi menghadapi cabaran sebenar pasaran pekerjaan dan keusahawanan.

Terpanggil untuk saya mengupas serba sedikit tentang apa itu sosio pendidikan serta relevannya terhadap elemen pendidikan dalam arus Revolusi Industri 4.0.

Apa itu Sosio Pendidikan

Sosio pendidikan mempunyai modul yang melangkaui batas akademik. Ia sebenarnya lebih terarah kepada pendedahan 'streetwise' melalui interaksi 3 hala (institusi, pihak swasta / korporat dan badan-badan NGO) melalui program-program yang telah dirangka.

Penerapan elemen motivasi sosio pendidikan kebiasaannya berkonsepkan mentoring yang antaranya terdiri daripada tycoon usahawan, pemimpin industri, pegawai tinggi kerajaan atau swasta, pengusaha IKS/PKS berjaya, pelajar cemerlang, individu yang bergiat dalam segmen-segmen tertentu sehinggalah bekas penagih yang pulih, banduan insaf dan pelbagai lagi.

Kesemuanya bergantung kepada konsep program yang diketengahkan bertujuan memberi pendedahan, kesedaran serta persediaan kepada peserta terutamanya pelajar, penuntut institusi dan belia dalam menghadapi realiti kerjaya dan kehidupan dimasa hadapan.

Program sosio pendidikan ada antaranya melibatkan masa berhari-hari, minggu dan bulan melalui tugasan dan penglibatan aktiviti. Kepada yang pernah menonton rancangan The Apperentice di tv, itu adalah salah satu contoh modul sosio pendidikan terutamanya di kebanyakan institusi pengajian tinggi swasta. Ada diantara program yang dijalankan membawa sehingga ke peringkat global.

Pelbagai motivasi sosio pendidikan dikongsikan di blog ini, antaranya boleh dibaca di sini;
> Program Kepimpinan Pelajar General Electric
> Startup World Cup Malaysia 2018

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Apa itu Revolusi Industri 4.0

Revolusi Industri 4.0 atau juga dikenali dengan Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur ekonomi dalam aspek pengurusan, industri dan komersil yang menekankan pembangunan teknologi digital (realiti maya) bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga manusia. 

Pembangunan sistem digital yang semakin mantap mendorong pelbagai sektor industri diseluruh dunia membangunkan mesin-mesin robotik berteknologi tinggi bertaraf super. Sistem teknologi digital juga membolehkan penggunaan data dalam skala meluas dan secara global bagi memudahkan pelbagai kerja dilaksanakan dengan pantas dan penjimatan kos jangka panjang yang efektif.

Disebalik kemudahkan dan manfaat yang diperolehi kepada seluruh manusia terhadap kemajuan era digital ini, terdapat juga gangguan yang mula mengubah keperluan pasaran pekerjaan terhadap sumber tenaga manusia. Pasaran pekerjaan semakin hari semakin kompetitif disebabkan ruang pekerjaan semakin berkurangan.

Bagi sektor perniagaan dan keusahawanan pula, persaingan perkembangan teknologi digital juga turut mempengaruhi persaingan dari pelbagai faktor seperti pembuatan, pemasaran malah pengetahuan digital dikalangan kakitangan juga menjadi antara faktor penting.

Justeru, sama ada seseorang individu itu terlibat sebagai pekerja atau pun majikan, pengetahuan teknologi digital merupakan aspek penting dalam mendepani cabaran Industri 4.0 ini.

Baca juga;
Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor
> Kepentingan Data Centre Pemacu Transformasi Digital Negara

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Pemerkasaan Sosio Pendidikan Dalam Akademik


Ada juga pihak yang mendakwa bahawa akademik tidak menjamin kejayaan seseorang, tetapi kebanyakkan yang mengatakan hal tersebut biasanya mempunyai agenda tersembunyi atas kepentingan peribadi. Tak percaya, cuba minta mereka katakan hal tersebut pada anak sendiri.

Akademik adalah aset seperti mana aset-aset yang lain. Ia seperti juga kekayaan, rumah yang besar, harta yang banyak, belum tentu juga menjamin kejayaan seseorang. Penggunaan aset dengan cara yang betul setidaknya boleh membantu dalam mencapai arah tuju untuk berjaya.

Begitu juga dengan kelulusan akademik dalam arus kemajuan digital masa kini. Kelestarian akademik harus ditambahbaik dengan menyerapkan elemen sosio pendidikan dalam 'mainstream' pembelajaran. Ia pastinya amat membantu pencapaian pelajar dan penuntut disamping mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan.

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Kesan Revolusi Industri 4.0 juga boleh kita lihat dengan lambakan graduan bersaing merebut peluang pekerjaan yang semakin meruncing. Pihak majikan mahukan lebih daya saing dan kos perniagaan yang efektif, manakala pekerja pula mahukan pelbagai tuntutan sebagai kakitangan dipenuhi mengikut 'employment law'.

Maka, bagi sesetengah perkara, kebanyakkan majikan dan industri pastinya mahukan yang terbaik seterusnya menyokong percambahan Revolusi Industri 4.0.

Bagi sesetengah graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan, mereka menceburi bidang keusahawanan sama ada berskala kecil atau sederhana. Kerajaan juga telah menyediakan pelbagai inisiatif galakan keusahawanan dikalangan generasi muda sebagai antara solusi ekonomi dalam menangani cabaran Revolusi Industri 4.0 ini.

Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0,

Namun apa jua hasrat dan aspirasi individu itu sama ada bekerja atau menjadi usahawan, kesemuanya perlu menerima hakikat bahawa pengetahuan sosio pendidikan menjadi tunggak pengetahuan dalam memastikan agar pencapaian akademik dapat dimanfaatkan sebaiknya.

Dunia semakin hari semakin berubah, begitu juga dengan sistem pembelajaran. Kepentingan sosio pendidikan dalam arus Revolusi Industri 4.0 membantu meningkatkan daya persediaan melalui pendedahan realiti dan praktikal dari pelbagai aspek kepada bakal pemimpin masa hadapan negara.

Sertai saya untuk pelbagai perspektif sosio-pendidikan di > LinkedIn

Baca selanjutnya;
> SosioEDU - Motivasi Sosio Pendidikan Dan Pembangunan Insan

   

COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0
Kepentingan Sosio Pendidikan Dalam Arus Revolusi Industri 4.0
Sosio Pendidikan | Revolusi Industri 4.0 | Pengukuhan Akademik | Pembangunan Sosial | Teknologi Digital | Malaysia.
https://1.bp.blogspot.com/-9llWfnEEabA/W08ASNq9qlI/AAAAAAAAUkw/TRU-7jvcxV8Qabo-Y8WNIXGYLDlPGuT7ACEwYBhgL/s640/sosio%2Bpendidikan1.png
https://1.bp.blogspot.com/-9llWfnEEabA/W08ASNq9qlI/AAAAAAAAUkw/TRU-7jvcxV8Qabo-Y8WNIXGYLDlPGuT7ACEwYBhgL/s72-c/sosio%2Bpendidikan1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/07/sosio-pendidikan-dalam-arus-revolusi-industri-4.0.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/07/sosio-pendidikan-dalam-arus-revolusi-industri-4.0.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy