The Moscow Circus Tour Of Malaysia

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19, jelajah edisi khas pertunjukan sarkas Rusia bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,

Buat pertama kalinya, The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 telah memulakan persembahan kembara di Padang Timur, Petaling Jaya, sebagai hentian pertama bermula 10 Ogos hingga 2 September 2018 dalam jelajah edisi khas selama 8 bulan ke 10 bandar di Malaysia.

The Moscow Circus Tour ini dipersembahkan oleh Penerbit Eksekutif Dato' Sri G Radakrishnan dan Yahna SG, bersama Penerbit Kenneth Lee dan Victor Pilipovich. Ia merupakan peluang keemasan buat semua menyaksikan pelbagai aksi sarkas yang mempesona dan mendebarkan dari Rusia!

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,

The Moscow Circus Tour Of Malaysia 2018/19


The Moscow Circus Tour of Malaysia merupakan penerbitan khas yang menampilkan artis-artis pilihan gabungan 2 syarikat sarkas Rusia terbesar dan termahsyur, the Bolshoi Circus (juga dikenali sebagai The Moscow State Circus at Vernadsky Prospekt) dan the Nikulin Moscow Circus.

Ia akan melangsungkan kembara ke 10 bandar meliputi Petaling Jaya, Pulau Pinang, Prai, Melaka, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Batu Pahat, Ipoh, Kuantan dan Klang. Terdapat juga perancangan untuk melanjutkan acara ke Sabah dan Sarawak selepas kembara di semenanjung Malaysia selesai.

Tradisi sarkas Rusia telah dikenali di peringkat global sejak ratusan tahun dahulu dan telah menghiburkan pengunjung dari serata dunia dengan persembahan menawan, mendebarkan dan menakjubkan. Setiap acara merangkumi program bertaraf antarabangsa selama 2 jam yang menampilkan hampir 40 artis sarkas Rusia berkelas dunia.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,
The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,

Pengunjung bakal menyaksikan persembahan mengagumkan aerialist, artis trapez serta akrobat swing Rusia; sorotan khas artis juggling terkenal Semion Krachinov; pemain roller skate oktan tinggi The Romanov Duo; pakar ilusi The Moskalov Duo dan pejalan kaki wayar tinggi The Svezhov Duo. Semua acara dikendalikan badut tersohor Rusia, Armen Asiryants dan Ringmistress Karina Peace.

Bagi melengkapkan pengalaman sarkas terbaik buat penonton, program bebas haiwan ini akan diadakan di bawah khemah sarkas Big Top berhawa dingin yang mampu memuatkan 2,700 pengunjung. Ia juga merupakan khemah sarkas yang terbesar di Malaysia.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,

Saksikan The Moscow Circus Bertaraf Dunia di Malaysia


The Moscow Circus turut menjalankan tanggungjawab sosial dengan menggembirakan lebih 260 kanak-kanak kurang bernasib baik pada 11 Ogos lalu melalui kerjasama Budimas Charitable Foundation, menyaksikan pertunjukan bertaraf dunia yang menjadi kenangan terindah buat mereka.

Justeru, tiket The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19 boleh didapati dengan harga mampu milik serendah RM50 sehingga RM280 melalui www.ticketpro.com.my.

Rakan Perbankan Rasmi, Maybank menawarkan pemegang kadnya diskaun sehingga 15% untuk Pakej Keluarga ke pertunjukan Petaling Jaya (sah sehingga 2 September). Pemegang kad Maybank juga dapat menikmati faedah lain termasuk penebusan TreatsPoints / Membership Rewards, serta peluang memenangi 2 tiket Premium B dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM1,500.

The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19,

Maklumat Acara The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19


Masa Pertunjukan;

Isnin: Tutup
Selasa - Khamis: 8.30 malam
Jumaat: 5.30 petang dan 8.30 malam
Sabtu dan Ahad: 11.30 pagi, 3.00 petang dan 7.30 malam.

Lokasi seterusnya selepas Petaling Jaya adalah Pulau Pinang bermula pertengahan September 2018.

Sebahagian daripada hasil jualan tiket The Moscow Tour of Malaysia 2018/19 ini akan didermakan ke Tabung Harapan Malaysia demi manfaat pertumbuhan dan pembangunan negara.

Maklumat lanjut sila layari www.themoscowcircus.com.my.


COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: The Moscow Circus Tour Of Malaysia
The Moscow Circus Tour Of Malaysia
The Moscow Circus Tour of Malaysia 2018/19, jelajah edisi khas pertunjukan sarkas Rusia bertaraf dunia yang pertama di Malaysia.
https://4.bp.blogspot.com/-zNBIoM6E_VY/W3K61XaBlwI/AAAAAAAAVEY/ouPixMA885YlDKsyI5uhjPKNtC6elPWbACEwYBhgL/s640/The%2BMoscow%2BCircus%2BTour%2Bof%2BMalaysia%2Bimg.png
https://4.bp.blogspot.com/-zNBIoM6E_VY/W3K61XaBlwI/AAAAAAAAVEY/ouPixMA885YlDKsyI5uhjPKNtC6elPWbACEwYBhgL/s72-c/The%2BMoscow%2BCircus%2BTour%2Bof%2BMalaysia%2Bimg.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/08/moscow-circus-tour-of-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/08/moscow-circus-tour-of-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy