myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial Malaysia

Inspirasi myHarapan | Memperkasa aspirasi dan maksud sebenar Keusahawanan Sosial di Malaysia.

myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia, Khir Khalid,

myHarapan pastinya satu nama yang tidak asing lagi terutama dikalangan pengiat Keusahawanan Sosial. Ditubuhkan pada Ogos 2010, ia merupakan 'youth trust foundation' yang menjadi pemangkin dalam menyokong pelbagai projek dan inisiatif pemerkasaan pembangunan sosial di Malaysia.

Baru-baru ini, saya turut berpeluang bertemu Nurfarini Daing, Ketua Pegawai Eksekutif, myHarapan dalam majlis Superheroes For Social Business di Sunway University. Aspirasi yang dikongsi juga memberi input inspirasi sahsiah diri dalam memperkasa elemen keusahawanan sosial.

myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia, Khir Khalid,

myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial

Sejak mula mengambil keputusan menceburkan diri sepenuh masa dalam segmen keusahawanan sosial pada 2011, pelbagai cabaran dan pengajaran yang boleh diambil iktibar. Antara faktor pencetus adalah daripada jatuh bangun yang ditempuhi sebelumnya.

Alhamdulillah, dugaan kemelut jutaan ringgit kerjaya telah berjaya ditempuhi dengan usaha disertai bantuan dari yang prihatin dengan izinNya. Sejak itu, saya percaya dengan memperkasa modal insan atas niat dan landasan yang betul, ia menjadi pemangkin untuk kita turut berjaya.

Pengalaman tersebut boleh baca di sini: Kisah Aku Dan Keusahawanan Sosial.

myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia,

myHarapan Pemangkin Keusahawanan Sosial Di Malaysia


Melalui sokongan dan kepercayaan pelbagai pihak telah membuka ruang memperkasa inisiatif keusahawanan sosial dalam segmen motivasi sosio pendidikan dan modal insan. 

Saya mengetahui myHarapan daripada seorang sahabat usahawan sosial pada tahun 2013. Ketika itu, saya antara yang terlibat dalam pemerkasaan sosial dan koreksional, telah menyokong program pemerkasaan remaja 'underground' di Kuala Lumpur.

myHarapan menjadi platform memperkenal konsep keusahawanan sosial kepada remaja underground terlibat sebagai solusi membentras gejala sosial. Ia satu inisiatif unik dan membantu melalui suntikan sosio pendidikan dan motivasi berdasarkan 'buying their interest' dengan berkesan.

Untuk mengetahui apa itu remaja 'underground' dan antara peranan myHarapan dalam memperkasa sosio-remaja Malaysia, boleh baca pengisian ini > KL Edge Day 2013.

myHarapan, Keusahawanan Sosial Malaysia,

Keusahawanan Sosial Dan Pembangunan Insan


myHarapan telah melahirkan lebih 6000 bakat dalam memperkasa keusahawanan sosial di Malaysia. Ia turut menyuntik inspirasi diri ini untuk terus terlibat melalui inisiatif dan juga perkongsian jurnal blog ini atas landasan maksud sebenar.

Pengalaman juga memperlihatkan semakin ramai mula memahami maksud keusahawanan sosial serta perbezaan dengan CSR, sukarelawan dan aktivisme. Malah golongan yang menyalah guna maksud 'social business' bagi kepentingan lain seperti MLM, skim dan jualan wakaf tidak berlesen serta pelbagai lagi yang menimbulkan kekeliruan juga semakin berkurangan.

Kefahaman dan penglibatan dari segenap elemen sememangnya memerlukan usaha berterusan kerana trend keusahawanan sosial yang juga dikenali sebagai 'social business dan social enterprise' sudah mula mempengaruhi kebolehupayaan bisnes konvensional pada masa kini dan akan datang.

Baca lagi tentang keusahawanan sosial;
         

COMMENTS

BLOGGER: 12
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial Malaysia
myHarapan Perkasa Aspirasi Keusahawanan Sosial Malaysia
Inspirasi myHarapan | Memperkasa aspirasi dan maksud sebenar Keusahawanan Sosial di Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-DUcyznJqjPs/W4Ivt-lVsaI/AAAAAAAAVMY/YsrAEt3JjikxuJt2QaSTP4FOliNYr44AwCLcBGAs/s640/myHarapan.png
https://2.bp.blogspot.com/-DUcyznJqjPs/W4Ivt-lVsaI/AAAAAAAAVMY/YsrAEt3JjikxuJt2QaSTP4FOliNYr44AwCLcBGAs/s72-c/myHarapan.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/08/myharapan-perkasa-aspirasi-keusahawanan-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/08/myharapan-perkasa-aspirasi-keusahawanan-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy