Rumah Ronald McDonald Kedua Malaysia HUSM

Rumah Ronald McDonald HUSM | Ronald McDonald House Charities | Hospital Universiti Sains Malaysia.

Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Ronald McDonal House Charities,

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (Ronald McDonald House Charities - RMHC) baru-baru ini telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) untuk membina sebuah Rumah Ronald McDonald di Hospital USM.

Ia merupakan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia, selaras misi meringankan beban keluarga pesakit pediatrik dengan memastikan mereka mempunyai tempat tinggal sementara berdekatan dengan anak yang menjalani rawatan perubatan di hospital.

Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Ronald McDonal House Charities,

Rumah Ronald McDonald HUSM


Rumah Ronald McDonald yang pertama telah dibina pada tahun 1999 di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur. Dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, merupakan yang pertama di Asia dan telah menjadi rumah persinggahan kepada lebih 850 keluarga pesakit pediatrik sehingga kini.

Rumah Ronald McDonald HUSM ini juga akan menjadi tempat tinggal sementara kepada keluarga kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital dan dijangka siap pada awal 2019. Ia bakal mempunyai 18 bilik yang boleh menempatkan antara 4 hingga 6 katil setiap bilik dan turut dilengkapi bilik air sendiri.

Selain bilik keluarga, ia juga bakal menawarkan kemudahan seperti ruang makan, ruang TV dan istirehat, dapur, bilik mesin basuh dan taman permainan. Rumah ini turut menyediakan Bilik Sensori Ronald McDonald yang membantu perkembangan kanak-kanak istimewa dengan bantuan peralatan multi-deria khas.

Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Ronald McDonal House Charities,

"MoU dengan USM merupakan detik bersejarah bagi RMHC Malaysia dan semua pihak terlibat dalam memastikan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Malaysia dapat direalisasikan. Ia dijangka bersedia menerima keluarga pesakit pediatrik pada awal tahun hadapan. Kami komited untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan demi memastikan keluarga dapat berada dekat dengan anak-anak mereka" - Azmir Jaafar, Presiden RMHC.

Majlis menandatangani MoU diwakili Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Asma Ismail bagi pihak USM dan  Azmir Jaafar, RMHC. Turut hadir, Yang Mulia Tengku Tan Sri Dr Mahaleel Tengku Ariff, Ahli Lembaga Gabenor USM dan Profesor Dr. Nik Hisamuddin Nik Abdul Rahman, yang mewakili Profesor Dato' Dr Ahmad Sukari Halim, Pengarah Kampus Kesihatan USM dan Hospital USM.

Melalui MoU, Hospital USM akan menyediakan satu ekar tanah di kawasan hospital manakala RMHC akan membina rumah ini dengan kelengkapan dan perkakas yang dianggarkan sekitar RM4 juta. Perbelanjaan mentadbir dan operasi akan ditanggung kedua-dua pihak.

Rumah Ronald McDonald Di Hospital USM, Ronald McDonal House Charities,

Rumah Ronald McDonald Membantu Masyarakat B40


Pembinaan Rumah Ronald McDonald akan membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya kategori B40 yang merupakan 80% pesakit yang mendapat rawatan di Hospital USM. Hospital USM menerima 3,515 pesakit wad pediatrik dari Kelantan, Terengganu dan Pahang dalam tempoh 6 bulan lalu (Januari - Jun 2018).

"USM menyambut baik kerjasama strategik RMHC, sebuah badan kebajikan berdaftar dengan objektif membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dari aspek pendidikan, kesihatan dan juga sosial" - Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Justeru, orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua Malaysia di Hospital USM boleh menerusi tabung di restoran-restoran McDonald's seluruh negara atau layari https://rmhc-malaysia.my.


COMMENTS

BLOGGER: 5
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Rumah Ronald McDonald Kedua Malaysia HUSM
Rumah Ronald McDonald Kedua Malaysia HUSM
Rumah Ronald McDonald HUSM | Ronald McDonald House Charities | Hospital Universiti Sains Malaysia.
https://3.bp.blogspot.com/-pBWu9oQ9904/W2NFgc60gZI/AAAAAAAAU2s/FjH7-PdgLCMILqSnPaD5uXl4hltVSkOLQCEwYBhgL/s640/Ronald%2BMcDonald%2BUSM1.png
https://3.bp.blogspot.com/-pBWu9oQ9904/W2NFgc60gZI/AAAAAAAAU2s/FjH7-PdgLCMILqSnPaD5uXl4hltVSkOLQCEwYBhgL/s72-c/Ronald%2BMcDonald%2BUSM1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/08/rumah-ronald-mcdonald-hospital-usm.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/08/rumah-ronald-mcdonald-hospital-usm.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy