3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise

Tips asas Social Enterprise | Elemen utama Usahawan Sosial | Keusahawanan Sosial | Social Business.

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

Istilah Social Enterprise sudah mulai banyak kita dengar sama ada melalui perbualan, media arus perdana dan pelbagai platform media online. Terdapat pelbagai agensi sejak beberapa tahun lalu telah giat memperkenalkan maksud Social Enterprise di Malaysia.

Sejak keterlibatan juga telah menyaksikan pelbagai inisiatif yang dicipta bagi menjayakan Social Enterprise ini. Pelbagai perkongsian aspirasi agenda sosial dari usahawan sosial dan organisasi Social Enterprise yang menjadi contoh unik dan menginspirasikan diri ini.

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

Model Perniagaan Membangunkan Social Enterprise    


Bagi yang mengikuti pengisian blog ini pasti membaca pelbagai input perkongsian tentang Social Enterprise serta manfaat yang mampu dilaksanakan secara berterusan. Ia menjadi solusi dalam memperkasa sesuatu agenda sosial dan masyarakat.
 
Social Enterprise atau Keusahawanan Sosial adalah satu modul perniagaan yang dilaksanakan oleh pengusaha atau usahawan bagi menyeimbangkan aspek bisnes dan sosial dalam satu elemen yang mampu memberi impak secara langsung kepada masyarakat dan keuntungan perniagaan.

Ia membawa maksud berbeza berbanding Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), NGO, aktivisme, sukarelawan, dan juga keusahawanan atau perniagaan konvensional. Ia adalah perkara yang kita perlu jelas sebelum memulakan inisiatif Social Enterprise ini.

Baca contoh Social Enterprise: Perkara Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

3 Tips Asas Membangunkan Social Enterprise


1. Entiti Perniagaan Yang Sah

Perkara pertama menjadi usahawan sosial dan membangunkan Social Enterprise adalah mendaftar entiti perniagaan yang sah dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Usahawan Sosial perlu ada perniagaan berdaftar kerana ia faktor asas yang bezakannya dengan aktivisme dan sukarelawan. Entiti boleh bertaraf Pemilikan Tunggal, Perkongsian atau Sendirian Berhad, bergantung kemampuan dan kedayaupayaan pengusaha dan team.

Bagi sesetengah usahawan sosial yang saya kenal bermula sebagai sukarelawan kepada badan NGO yang memilih untuk memulakan inisatif sendiri melalui perniagaan berdaftar.

2. Visi Dan Objektif Sosial Yang Jelas

Setiap entiti perniagaan yang didaftarkan perlu ada visi, misi dan objektif sosial yang ingin direalisasikan. Ini bermaksud, setiap Social Enterprise perlu menjelaskan aspirasi keusahawanan sosial dalam konteks perniagaan yang dijalankan.

Saya menubuhkan Khir Khalid Resources sebagai ‘baby project’ dalam menyokong inisiatif menangani gejala sosial melalui kesedaran sosio pendidikan yang dinyatakan dalam profil perniagaan.

Contoh lain, kisah Jamie Oliver pada link artikel di atas tentang bagaimana beliau memajukan restorannya dengan mengambil tenaga kerja golongan gelandangan dan tersasar. Visi restoran bukan sekadar restoran, tetapi sebagai platform bimbingan modal insan golongan tersasar menjadi chef dan usahawan sosial berjaya.

Ada juga pengusaha tempatan yang mengkhaskan kuota pekerja dari kalangan golongan tersasar termasuk bekas banduan insaf. Bakat mereka diasah dan diberi kepercayaan kedua agar berdikari. Ada yang berjaya menjawat pengurus, eksekutif cawangan, malah membuka outlet sendiri.

Terdapat pelbagai lagi contoh yang dikongsikan dalam membangunkan Social Enterprise, sama ada dalam aspek pemerkasaan sosio-ekonomi, pendidikan dan kelestarian alam sekitar.

Blog juga platform yang baik dalam berkongsi visi Social Enterprise kepada masyarakat.


3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

3. Kenal Pasti Sumber Pendapatan Perniagaan Dan Impak Sosial

Usahawan Sosial juga perlu kenal pasti sumber pendapatan bagi memastikan hasrat dan tujuan dapat dilaksanakan. Sudah pastinya sumber pendapatan diperolehi daripada jualan produk, perkhidmatan atau melalui pelbagai kerjasama komersil.

Tidak seperti CSR yang memperuntukan sebahagian hasil keuntungan untuk agenda tanggungjawab sosial, atau badan-badan NGO melalui sumbangan dana untuk kelangsungan aktiviti kemasyarakatan. Keuntungan Social Enterprise diperolehi dari hasil urusan perniagaan yang terkait dengan perlaksanaan sosial yang disasarkan.

Keuntungan Social Enterprise kepada pemilik dan pelabur bukan sekadar aspek kewangan fiskal tetapi impak sosial kepada segmen yang disasarkan boleh dinilai dengan jelas.

Kini telah banyak agensi yang menyediakan khidmat sokongan penglibatan dan dana start-up Social Enterprise. Antara yang boleh anda rujuk adalah myHarapan, 1M4U, Cradle Fund, Tandem Fund malah Human Resource Development Fund (HRDF) melalui training dan modal insan.

Ada juga sebahagian Social Enterprise yang disokong agensi dan organisasi start-up antarabangsa dalam usaha Keusahawanan Sosial global seperti menyokong agenda keamanan, kelestarian alam sekitar dan juga memerangi kemiskinan global.

3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise,

Kesimpulan


Secara keseluruhan, Social Enterprise adalah alternatif terbaik dalam mengimbangi solusi sosial di seluruh dunia kerana ia mampu berdiri sendiri seperti platform perniagaan konvensional.

Ada sebahagian Social Enterprise telah menjalin usahasama dengan NGOs sebagai agen informasi, pemasaran dan jualan produk-produk hasil pembuatan ahli NGOs. Melalui cara ini, mampu mengurangkan kebergantungan NGOs dari mengharapkan sumbangan orang ramai semata-mata.

Mungkin kita tidak sedar ada produk yang kita beli di kedai dan pasaraya yang dibuat produksi secara komersil oleh banduan, bekas penagih dadah, OKU dan sebagainya.

Malah, ada usahawan dan eksekutif berjaya yang pernah tergolong dikalangan remaja tersasar, tapi mampu mengubah nasib, berdikari dan berjaya dengan sokongan Social Enterprise.

Social Enterprise bukan sekadar perniagaan, ia satu perjuangan.  


Baca lagi pengisian terkait;

COMMENTS

BLOGGER: 22
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: 3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise
3 Tips Asas Usahawan Sosial Membangunkan Social Enterprise
Tips asas Social Enterprise | Elemen utama Usahawan Sosial | Keusahawanan Sosial | Social Business.
https://1.bp.blogspot.com/-9VADlj8aPXM/W4fWNhkeVBI/AAAAAAAAVPI/v2AssDplxKUmrxvCdRmQ46WwDzEXv3l2ACLcBGAs/s640/social-enterprise1a.png
https://1.bp.blogspot.com/-9VADlj8aPXM/W4fWNhkeVBI/AAAAAAAAVPI/v2AssDplxKUmrxvCdRmQ46WwDzEXv3l2ACLcBGAs/s72-c/social-enterprise1a.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/08/tips-asas-usahawan-social-enterprise.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/08/tips-asas-usahawan-social-enterprise.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy