Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar

Bekerja keras dalam erti kata sebenar demi kejayaan di dunia dan akhirat.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Kita perlu sentiasa berusaha dan bekerja keras.

Saya amat tertarik dengan perkongsian Dato' Haji Muhammad Zakaria, Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM) bertajuk Apa Perlunya Bekerja Keras?

Satu perkongsian menyeluruh dalam konteks ibadah, menuntut ilmu, pemerkasaan kerjaya dan kehidupan, serta hubungannya untuk dunia dan akhirat. Saya terpanggil memanjangkan nasihat ilmu ini sebagai input sosio pendidikan dan motivasi pembaca seluruhnya.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Apa Perlunya Bekerja Keras?


Kata-kata motivasi daripada pelbagai sumber sering menyarankan kita supaya bekerja keras. Orang miskin sering diberi semangat supaya bekerja lebih keras. Anak-anak yang sederhana dalam pembelajaran juga sentiasa dinasihatkan supaya bekerja keras.

Bekerja keras tidak semestinya bekerja dalam jangka masa yang panjang hingga tidak ada masa untuk berehat. Tidak ada ruang masa untuk beribadah. Meninggalkan tanggungjawab lain seperti mengambil perhatian terhadap keluarga, menjaga kesihatan seperti makan minum dan waktu tidur.

Ada juga sebahagian yang bekerja keras hingga melanggar batas syariat seperti menipu, memeras ugut dan meninggalkan ibadah wajib seperti solat 5 waktu. Setelah bekerja keras namun tidak juga menghasilkan keputusan yang sewajarnya, dia mula menyalahkan takdir dan Allah s.w.t.

Apabila saya menyarankan bekerja keras dengan belajar bersungguh-sungguh kepada sekumpulan pelajar dari Kemboja di madrasah saya, mereka membantah: "Kami pelajar dari kemboja, Dato'. Jika belajar hingga sampai ke Sidratul Muntaha sekalipun, kami tidak akan dapat kerja dan tidak akan mengubah taraf kehidupan kami. Tetapi kalau anak Hun Sen (merujuk kepada Perdana Menteri Kemboja), walaupun tidak belajar tinggi, tetap akan kaya dan banyak harta."

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Bekerja Keras Tidak Hanya Ingat Akhirat


Jadi apa sebenarnya kerja keras?

Rasulullah s.a.w. sedang berada dalam sebuah majlis bersama para sahabat ketika nampak seorang pemuda berbadan sasa dan kuat sedang sibuk bekerja. Dia lalu-lalang di sekitar rumah Rasulullah.

Melihat sikapnya, salah seorang sahabat menegur: "Wah, sayang sekali pemuda itu, sepanjang pagi ini sudah sibuk bekerja. Seandainya kekuatan tubuhnya, umur mudanya dan kesempatan waktunya digunakan untuk berjihad dijalan Allah, alangkah baiknya."

Mendengar komentar sahabat itu, Rasulullah s.a.w. mengingatkan agar tidak berkata demikian.

Bekerja keras yang nampak seperti keduniaan sebenarnya tidak kurang nilainya pergi berjihad di jalan Allah. Misalnya, melaksanakan sesuatu bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran termasuk bekerja mencari rezeki, menuntut ilmu, berekreasi, membantu orang atau kegiatan-kegiatan lain.

Kita dilarang hanya mementingkan kehidupan akhirat dan melupakan kehidupan di dunia. Islam mengajar agar manusia menjaga keseimbangan dan kepentingan antara urusan dunia dengan akhirat.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Bekerja Keras Usah Cari Jalan Mudah


Rasulullah s.a.w. sendiri bekerja keras dengan berniaga untuk membantu sosio-ekonomi keluarga Abu Talib. Uthman bin Affan bekerja keras hingga menjadi usahawan yang sukses.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Berbuatlah untuk duniamu seolah-olah engkau akan hidup selamanya dan berbuatlah untuk akhiratmu seolah-olah engkau akan mati esok hari." (Riwayat Baihaqi).

Dalam riwayat al-Bukhari dijelaskan bahawa Rasulullah juga pernah mengingatkan para sahabat agar tidak mencari jalan mudah dalam bekerja, misalnya dengan cara meminta-minta. Orang yang ketika di dunia memilih untuk bekerja mencari rezeki dengan cara meinta-minta, pada hari akhir akan dibalas dengan meminta-minta panasnya api neraka.

Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar,

Kesimpulan

Generasi hari ini harus memahami erti kerja keras.

Misalnya, Husin belajar dengan tekun di sekolah hingga menjadi pelajar cemerlang. Apabila pulang ke rumah, dia membasuh pakaian sendiri tanpa mengharapkan ibunya. Selepas Asar, dia turun ke padang bermain dengan cemerlang hingga bergelar jaguh.

Menjelang Maghrib, dia sudah ada di saf paling hadapan di masjid kampungnya. Selepas solat berjemaah, Husin membantu ibunya berniaga di pasar malam. Balik ke rumah, dia mengulang kaji pelajaran lagi hingga jam 12.00 tengah malam.

Inilah yang dinamakan kerja keras untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.


*Ikuti Dato' Haji Muhammad Zakaria di fb page >  Dato' Haji Muhammad Zakaria.
Ruj: Solusi - 104

Baca selanjutnya;
> Tips 10 Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan
> Kuasa Ilmu, Mentor, Sistem Dan Tindakan Luar Biasa
> Motivasi Guru: Makbulnya Doa Seorang Pendidik


COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,30,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,45,Lazada,3,Lifestyle,162,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,55,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,131,Sunway,23,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar
Usaha Kerja Keras Dalam Erti Kata Sebenar
Bekerja keras dalam erti kata sebenar demi kejayaan di dunia dan akhirat.
https://3.bp.blogspot.com/-vXPEMc_mEbg/W2E-qiKf0tI/AAAAAAAAUzE/Jw05-ycPyG0iUkY2pvUpmdQiY4E-N-8QgCEwYBhgL/s640/Bekerja%2Bkeras1.png
https://3.bp.blogspot.com/-vXPEMc_mEbg/W2E-qiKf0tI/AAAAAAAAUzE/Jw05-ycPyG0iUkY2pvUpmdQiY4E-N-8QgCEwYBhgL/s72-c/Bekerja%2Bkeras1.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/08/usaha-kerja-keras-dalam-erti-kata-sebenar.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/08/usaha-kerja-keras-dalam-erti-kata-sebenar.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy