Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community

Falsafah 20 Displin Motivasi Dan Pembangunan Modal Insan Therapeutic Community (TC).

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community,

Therapeutic Community (TC) atau Terapi Kemasyarakatan merupakan modul pemerkasaan sosial yang diasaskan sebagai antidot koreksional, pemulihan integrasi semula modal insan yang kini turut digunapakai dalam pelbagai elemen motivasi sosio-pendidikan dan keusahawanan.

Pada artikel ini, saya kongsikan keseluruhan 20 displin modal insan TC bagi memenuhi request subscriber berdasarkan artikel Therapeutic Community Sebagai Motivasi Kepimpinan Pelajar. Ia juga sebahagian pengisian program SocioEDU yang diinspirasikan melalui penglibatan institusi.

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community,

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community (TC)


TC pada dasarnya merupakan elemen terapi dalam proses pemulihan insan 

Sepertimana yang dikongsi melalui link di artikel terdahulu di atas, ia juga menjadi antara modul koreksional di Malaysia dan kemudiannya dikembangkan ke pelbagai segmen motivasi oleh penggiat sosial sebagai antara platform pemerkasaan modal insan yang ditauliahkan.

Program TC melalui pelbagai evolusi perubahan mengikut kesesuaian sesuatu program yang disasarkan. Jika di Malaysia, segmen koreksional mendasarkan 13 displin yang digunapakai dalam program pemulihan insan yang mengambil masa sekitar 6 bulan. 

Ada diantara program motivasi kepimpinan pelajar, kerjaya dan keusahawanan menggariskan antara 8 hingga 15 displin, malah ada juga yang menggunapakai keseluruhan 20 displin sebagai intipati dasar program motivasi, kesedaran dan pemerkasaan modal insan yang dibangunkan.

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community,

20 Displin Therapeutic Community Pembangunan Modal Insan


1. Kasih Sayang (Love).
Elemen kasih sayang diterapkan sebagai asas utama melalui etika intervensi. Ia bukan sahaja melalui slot sesi tetapi keseluruhan program melalui para mentor, pelatih, pembimbing rakan sebaya (PRS) dan juga dikalangan peserta sepanjang program dijalankan.

2. Kejujuran (Honesty).
Terdapat pelbagai sesi pencerahan berkaitan 'power of honesty' yang antaranya bermula dalam sesi perkongsian peserta tentang luahan hati terhadap kerjaya mahu pun kehidupan. Banyak bukti keberkesanan intervensi melalui sesi ini kerana ia membuka minda separa sedar peserta untuk membangun ke fasa-fasa modal insan yang lain.

3. Lakukan Seperti (Act as if).
Peserta digalakkan mengenali ikon atau idola masing-masing. Berpandukan kefahaman, peserta dikehendaki menjelaskan kenapa seseorang itu menjadi idola pilihan dan menggalakkan peserta meniru karakter positif idola. (kenalpasti dan kenali karakter idola sebagai contoh ikutan).

4. Memulihkan Perasaan Bersalah (Guilt kills).
Falsafah ini khususnya digunapakai dalam pemulihan (rehabilitasi) bagi menimbulkan kesedaran tentang kesilapan dan menyuntik harapan kehidupan. Ia kebiasaannya dikendalikan oleh pakar sosiologi bertauliah agar proses motivasi dapat diimplementasi dengan berkesan.

5. Kepercayaan Penuh (Blind faith).
Menerapkan kepercayaan penuh peserta dalam hubungan bersama peserta yang lain, mentor, pelatih dan pembimbing bahawa masing-masing mempunyai tujuan dalam menyertai program sebagai satu keluarga. Ia membuka ruang sokongan untuk sama-sama bangkit ke arah kebaikan dan kejayaan.

6. Daya Ketahanan (Hang tough).
Menyuntik daya ketahanan peserta melalui tanggungjawab dan cabaran. Antara pendidikan yang diketengahkan, setiap peserta perlu menyiapkan sesuatu tugasan atau menjaga amanah secara individu dan berkumpulan.

7. Selangkah Demi Langkah (Step by step).
Memberi bimbingan peserta melalui dorongan mentor, pelatih dan rakan sebaya terhadap tugasan yang diolah agar perlu dilengkapkan melalui beberapa fasa tertentu. Ia sebahagiannya melibatkan aktiviti yang secara tidak langsung menyuntik kesedaran dan kefahaman dalam perlaksanaan tugasan.

8. Tiada Makan Percuma (No free lunch).
Secara dasar falsafah ini menjelaskan bahawa tiasa perkara yang mampu diselesaikan tanpa sebarang usaha. Malah sesetengah perkara melibatkan kepelbagaian kos dalam menentukan solusi. Tiada kesenangan yang datang percuma.

9. Memudahkan Yang Susah (Keep it simple).
Menerapkan pemikiran kepada peserta agar mengenalpasti sesuatu permasalahan melalui kadar yang paling mudah. Terdapat beberapa modul bimbingan yang berfungsi membantu mengenalpasti permasalahan dan membangunkan startegi penyelesaian yang berkesan.

10. Satu Hari Pada Setiap Masa (One day at a time).
Bagi program berdurasi panjang seperti yang dilaksanakan dalam program koreksional Jabatan Penjara, falsafah ini antara yang digunapakai dalam proses menerapkan kesedaran, pemulihan dan membina keyakinan diri positif bagi memanfaatkan peluang kedua apabila dibebaskan kelak.

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community,

11. Tiada Kejayaan Tanpa Cabaran Dan Penat Lelah (No gain without pain).
Sedikit sebanyak terkait dengan elemen falsafah ke 6 dan 8, sesi ini dibangunkan melalui beberapa konsep dan modul keusahawanan, disertai cabaran dan 'reward'. Cabaran harus dipikul oleh setiap peserta secara individu dan juga berkumpulan tanpa ada yang terkecuali.

12. Kebersihan Sekitar, Kebersihan Minda (Clean bed, clean head).
Falsafah TC yang ke 12 ini kerap digunapakai dalam pelbagai program permodalan insan seperti asrama, program perkemahan, kecemerlangan pelajar, pembangunan kerjaya, Biro Tata Negara dan seumpamanya. Kebersihan tempat tinggal dan persekitaran kerja dicatatkan sebagai portfolio etika kerja individu sepanjang program dijalankan.

13. Balasan Setimpal Bagi Setiap Perbuatan (Compensation is valid).
Asas kesedaran dalam kepelbagaaian program motivasi perlu mendalami maksud Balasan Setimpal Bagi Setiap Perbuatan. Ia bergantung kepada tujuan program dan golongan peserta yang terlibat berdasarkan praktikal intervensi dan perkongsian sesi daripada individu terpilih.

14. Mengenal Kemampuan Diri (Remember who you are).
Sebahagian program melibatkan proses mengenal dan mengukur diri sebagai landasan membina pemikiran fokus dan 'energy' baharu. Antara proses, peserta perlu menerima pandangan peserta lain tentang etika dan tingkah laku, dan ada antaranya melalui soal jawab psikologi yang telah dirangka berdasarkan tujuan program dijalankan.

15. Keperihatinan Asas Kehidupan (To be aware is to be alive).
Menyuntik kesedaran peserta bahawa kehidupan yang baik perlu dibentuk melalui dasar keperihatinan demi merealisasikan kejayaan. Keperihatinan merangkumi pelbagai aspek dahulu, kini dan masa hadapan dalam konteks tanggungjawab, kepimpinan, bantu-membantu, etika kerjaya, kekeluargaan, komuniti dan seluruh aspek kehidupan.

16. Membina Keyakinan Persekitaran (Trust in your environment).
Falsafah ini sering diguna dalam model pembangunan keusahawanan, antaranya menekankan kepentingan pengaruh persekitaran dalam aspek merealisasikan kejayaan. Menerapkan kepentingan membangunkan pengaruh positif melalui pengaruh rakan, mentor, ikon dan sebagainya menjadi antara aset penting dalam menyokong pembangunan diri ke arah yang ingin dicapai.

17. Setiap Usaha Pasti Ada Hasil (You get back what you put in).
Membina keyakinan diri peserta bahawa setiap usaha yang betul pasti akan memperolehi hasilnya. Sama ada lambat atau cepat, hasilnya pasti ada. Pelbagai contoh boleh diketengahkan dalam menyokong elemen ini seperti mana falsafah ke 11, 12 dan 13.

18. Perubahan yang istiqamah (Nothing is constant but change).
Perkara penting yang diterapkan bagi memastikan hasrat kejayaan tercapai adalah senantiasa menambahbaik usaha mengikut kesesuaian semasa. Usaha yang istiqamah perlu sentiasa ditambahbaik tanpa menjejaskan matlamat asal dalam merealisasikan kejayaan.

19. Memahami Lebih Baik Dari Difahami (It is better to understand than to be understood).
Antara displin dalam kepelbagaian pembangunan modal insan adalah menyuntik pengetahuan peserta bahawa keperihatinan dan kefahaman penting dalam membina kepimpinan. Antara asas kejayaan seseorang adalah kemampuan memahami sesuatu perkara dari sekadar mahu difahami.

20. Fokus Pada Usaha Dan Tujuan (Do your thing and everything will follow).
Bagi setiap invensi pastinya akan ada modul yang memperkasa minda peserta agar dapat fokus dalam usaha mencapai tujuan yang disasarkan. Ia sebahagiannya berbentuk aktiviti, penglibatan kerja dan juga tips yang boleh digunakan selepas tamat program sebagai bekalan menempuh kehidupan.

Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community,

TC Tulang Belakang Pemerkasaan Motivasi Modal Insan


Sesungguhnya terdapat pelbagai lagi perincian modul yang dibangunkan bagi memperkasa elemen motivasi berdasarkan 20 displin modal insan TC di atas. Sehingga kini, keseluruhan displin hanya dijelaskan secara terangan dalam program rehabilitasi pemulihan dan pemutihan insan.

Namun pada realitinya, kaedah yang sama turut digunapakai dan memberi kesan positif dalam pembangunan modal insan dari aspek pendidikan, kerjaya dan keusahawanan. Pencerahan lanjut akan saya perincikan lagi dalam perkongsian-perkongsian akan datang, In shaa Allah.

Selain itu, anda juga boleh rujuk pengisian terkait di bawah. Moga memberi nilai tambah bermanfaat dalam pembangunan motivasi modal insan.

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community
Falsafah 20 Displin Modal Insan Therapeutic Community
Falsafah 20 Displin Motivasi Dan Pembangunan Modal Insan Therapeutic Community (TC).
https://2.bp.blogspot.com/-B2clsjv5gqk/W5iWnHK-UmI/AAAAAAAAVU4/daV-a26Q0n8GsYaDPUVS0Fftq9BnnLQeACLcBGAs/s640/20%2Bmodal%2Binsan%2BTC-min.png
https://2.bp.blogspot.com/-B2clsjv5gqk/W5iWnHK-UmI/AAAAAAAAVU4/daV-a26Q0n8GsYaDPUVS0Fftq9BnnLQeACLcBGAs/s72-c/20%2Bmodal%2Binsan%2BTC-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/09/20-displin-modal-insan-therapeutic-community.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/09/20-displin-modal-insan-therapeutic-community.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy