Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok Demi Gaya Hidup Sihat

Penguatkuasaan Zon Larangan Merokok Sunway City kerjasama KKM dan PDRM demi persekitaran dan gaya hidup sihat.

Sunway City, Zon Larangan Merokok, KKM, PDRM,

Pada era teknologi digital masa kini, merokok bukan lagi satu trend sosial millennial tetapi budaya yang merugikan dan pastinya memudaratkan kesihatan diri sendiri dan juga orang lain.

Atas aspirasi itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melantik polis bantuan Kumpulan Sunway bagi menyuntik kesedaran dan penguatkuasaan polisi Zon Larangan Merokok di Sunway City demi persekitaran yang lebih bersih, sihat dan selamat.

Sunway City, Zon Larangan Merokok, KKM, PDRM,

Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok


Sempena penguatkuasaan zon larangan merokok di persekitaran 'township' Sunway City seluas 800 ekar, kakitangan polis bantuan Kumpulan Sunway merupakan penguatkuasa pertama yang dilatih oleh KKM dan PDRM bagi menguatkuasakan perlaksanaan ini.

Acara pada 14 September 2018 menyaksikan Timbalan Pengarah Kesihatan Awam KKM, Dato Dr Chong Chee Kheong; dan Ketua Bahagian Perundangan PDRM, Senior Assistant Commisioner (SAC) Dato' Moktar Mohd Nor menyerahkan surat penguatkuasaan kepada polis bantuan Kumpulan Sunway bersama Pengarah Urusan Senior Kumpulan Sunway - Pejabat Pengerusi, Dato' Tan Kia Loke.

Inisiatif ini juga selaras dengan sasaran Malaysia dalam mengurangkan kadar perokok tegar kepada 15% menjelang 2025 dalam mencapai status negara bebas asap rokok pada 2045. Ia sepertimana terkandung dalam Pelan Strategik Negara untuk Kawalan Tembakau (National Strategic Plan for Tobacco Control 2015 - 2020).

Selain itu, berdasarkan laporan rasmi Institut Kesihatan Awam pada 2011 telah menunjukkan sekurang-kurangnya 40% dikalangan orang dewasa terdedah kepada 'second-hand smoke' di tempat kerja dan di rumah. Laporan juga mendedahkan sekitar 70% dan 28% orang dewasa menghirup asap rokok ketika mengunjungi restoran dan menggunakan pengangkutan awam.

Melalui penguatkuasaan ini secara tidak langsung mengetengahkan komitmen Kumpulan Sunway dalam menyokong aspirasi negara disamping melindungi orang ramai yang tidak merokok dalam mengurangkan risiko penyakit disebabkan asap rokok (second-hand smoke).

Sunway City, Zon Larangan Merokok, KKM, PDRM,

Zon Larangan Merokok Ke Arah Gaya Hidup Sihat


Bermula 16 September 2018, merokok adalah dilarang di kesemua bangunan dibawah pemilikan Sunway di Sunway City. Para perokok hanya dibenarkan merokok di zon merokok yang telah digazetkan bagi membendung kesan bahaya asap rokok kepada orang ramai.

Penganugerahan surat penguatkuasaan kepada polis bantuan Kumpulan Sunway terlatih ini membolehkan mereka mengeluarkan saman kepada perokok di sekitar zon larangan merokok. Berdasarkan Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau 2017, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau sehingga 2 tahun penjara jika sabit kesalahan.

Bagi para perokok... jangan merokok sembarangan di Sunway City ye!

Jom baca lagi artikel yang terkait; 
    

COMMENTS

BLOGGER: 8
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok Demi Gaya Hidup Sihat
Sunway City Kuatkuasa Zon Larangan Merokok Demi Gaya Hidup Sihat
Penguatkuasaan Zon Larangan Merokok Sunway City kerjasama KKM dan PDRM demi persekitaran dan gaya hidup sihat.
https://1.bp.blogspot.com/-_QkBcHOCIcQ/W6EUurKvzsI/AAAAAAAAVZQ/BNWbmrKH2kA-hp5P-sh2PkL4qqe7iwdRwCLcBGAs/s640/Sunway%2BCity%2BKuatkuasa%2BZon%2BLarangan%2BMerokok-min.png
https://1.bp.blogspot.com/-_QkBcHOCIcQ/W6EUurKvzsI/AAAAAAAAVZQ/BNWbmrKH2kA-hp5P-sh2PkL4qqe7iwdRwCLcBGAs/s72-c/Sunway%2BCity%2BKuatkuasa%2BZon%2BLarangan%2BMerokok-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/09/sunway-city-kuatkuasa-zon-larangan-merokok.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/09/sunway-city-kuatkuasa-zon-larangan-merokok.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy