DatumCorp Lancar Datum Tap Sempena Kempen #DatumHomesforAll

#DatumHomesforAll | Pelancaran kempen dan permainan Datum Tap gamification sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada komuniti Orang Asli.


DatumCorp International Sdn Bhd (DatumCorp), anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah melancarkan kempen #DatumHomesforAll selaras hasrat Kerajaan Negeri Selangor dalam melestarikan pembangunan yang mampan.

Majlis pelancaran yang berlangsung pada 6 Oktober 2018 ini telah disempurnakan oleh Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DatumCorp, Shytul Shahryn Mohamad Shaari bertempat di galeri jualan Datum Galeria, Jalan U Thant, Kuala Lumpur.

DatumCorp, #DatumHomesforAll, Tatum Tap, Datum Jelatek,

DatumCorp Lancaran Kempen #DatumHomesforAll


Kempen #DatumHomesforAll bertujuan mengukuhkan pembangunan komuniti DatumCorp melalui 2 objektif penting;

Pertama, mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap sumbangan komuniti Orang Asal kepada Negeri Selangor. Ini merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat DatumCorp yang diperkenalkan melalui permainan mudah alih Datum Tap yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Kedua, meningkatkan pemilikan kediaman dan pelaburan di Datum Jelatek melalui 4 pakej khas unik sebagai meraikan pelancaran inisiatif tanggungjawab sosial korporat pertama ini bagi membolehkan pelabur dan bakal pemilik kediaman beroleh lebih nilai apabila memilih menjadi sebahagian daripada komuniti Datum Jelatek.

4 pakej tersebut ialah The Voyager Pack, Wealth Boost Pack, Blooming Pack dan Pro-C Pack yang direka khusus bagi memenuhi keperluan unik para pembeli individu.

Majlis turut menyaksikan pemeterian MoU antara CEO DatumCorp International, Shytul Shahryn Mohamad Shaari, dengan Presiden EPIC Society, John-Son Oei.

Pelancaran Datum Tap Sempena #DatumHomesforAll


Turut dilancarkan permainan pertama Datum Tap yang menawarkan pemain peluang membantu komuniti Orang Asal melalui permainan melalui telefon pintar serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan.

EPIC Society merupakan organisasi NGO yang memberi tumpuan terhadap usaha mendirikan rumah kepada komuniti Orang Asal yang kurang mendapat perhatian. Berdasarkan fakta UNDP, 34% Orang Asal hidup secara proaktif, bersamaan 1/3 daripada keseluruhan populasi.

Rumah merupakan perkara amat penting kepada Orang Asal yang juga sangat terkait dengan identiti mereka, peluang pekerjaan, komuniti dan tanah. Membantu keluarga Orang Asli untuk memiliki rumah, bakal membantu masyarakat melepasi kitaran kemiskinan.

"#DatumHomesforAll jelas menunjukkan keseiringan Kerajaan Negeri dalam mempertingkatkan kualiti kehidupan, merancakkan pembangunan ekonomi dan memperkasa kedudukan fiskal negeri. Menerusi pembinaan ini, keuntungannya akan disalurkan kepada pembangunan komuniti Orang Asal antaranya perumahan buat mereka." - Dato' Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Komuniti Orang Asal menjadi 'spotlight' utama agar lebih ramai orang menyedari betapa pentingnya peranan mereka menjadi sebahagian daripada bangsa yang kaya dengan seni serta warisan budaya.

DatumCorp, #DatumHomesforAll, Tatum Tap, Datum Jelatek,

Datum Tap Mendidik Masyarakat Mengenai Komuniti Orang Asal


Permainan Datum Tap merupakan permainan mudah alih yang boleh dimuat turun dengan iOS dan Android. Ia membenarkan pemain mengumpul 'planks' bagi membina rumah maya untuk komuniti Orang Asal.

Para peserta yang berminat menyertai permainan Datum Tap hendaklah 'Like' Facebook Page - Datum Jelatik, dan berpeluang menang hadiah utama dan hadiah mingguan.

Hadiah mingguan ialah Huawei P20 Pro (13 unit untuk dimenangi) dan akan diumumkan setiap hari Ahad, manakala hadiah utama berupa pakej melancong ke Osaka, Jepun selama 6 hari 5 malam yang akan diumumkan pada 12 Januari 2019, seiring dengan majlis peringkat akhir syarikat.

Pada akhir kempen pada Januari 2019, DatumCorp akan mengubah rumah maya kepada rumah sebenar bagi sebahagian daripada keluarga Orang Asal dengan bantuan EPIC Homes.

Maklumat lanjut Datum Jelatik boleh layari www.datumjelatek.com.my.


COMMENTS

BLOGGER: 10
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: DatumCorp Lancar Datum Tap Sempena Kempen #DatumHomesforAll
DatumCorp Lancar Datum Tap Sempena Kempen #DatumHomesforAll
#DatumHomesforAll | Pelancaran kempen dan permainan Datum Tap gamification sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat kepada komuniti Orang Asli.
https://4.bp.blogspot.com/-NRwmAQnEuUs/W7i8JhUwEMI/AAAAAAAAVg8/Rpi3cVVCT8MTbuNL9BQeWWTb4pliJzuXgCLcBGAs/s640/MB%2Bof%2BSelangor%252C%2BState%2BExcos%2Band%2BDatum%2BJelatek%2BManagement%2BTeam-min.png
https://4.bp.blogspot.com/-NRwmAQnEuUs/W7i8JhUwEMI/AAAAAAAAVg8/Rpi3cVVCT8MTbuNL9BQeWWTb4pliJzuXgCLcBGAs/s72-c/MB%2Bof%2BSelangor%252C%2BState%2BExcos%2Band%2BDatum%2BJelatek%2BManagement%2BTeam-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/10/datumcorp-lancar-kempen-datumhomesforall.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/10/datumcorp-lancar-kempen-datumhomesforall.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy