Penganugerahan 27 Perunding BrandImage International Institute

Penganugerahan 27 Perunding Imej bertauliah dan Perunding Jenama Dan Imej Profesional bertauliah | BrandImage International Institute | Istiadat Konvokesyen Open University ke-22.

Perunding BrandImage International Institute, Open University Malaysia,

Detik monumental bagi BrandImage International Institute (Institut Antarabangsa BrandImage), seramai 22 graduan Perunding Imej dan 5 graduan Perunding Jenama Dan Imej Profesional telah menerima penganugerahan sempena Istiadat Konvokesyen Open University Malaysia ke-22.

Kumpulan 27 graduan ini kini merupakan Perunding Imej dan Perunding Jenama Dan Imej Profesional bertauliah yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dari segi penjenamaan dan imej, serta bakal perintis terhadap penjenamaan abad ke-21, mengubah penjenamaan secara peribadi dan kolektif mengikut trend perkembangan semasa.

Perunding BrandImage International Institute, Open University Malaysia,

Penganugerahan 27 Perunding BrandImage International Institute


Institut Antarabangsa BrandImage merupakan sebuah penyedia latihan bertauliah berdaftar dengan Open University Malaysia yang mempunyai kepakaran dalam bidang latihan BrandImage - sebuah program latihan yang membantu kebolehpasaran seseorang individu, sesuatu produk dan jenama sesebuah syarikat.

Kedua-dua program yang dianugerahkan kepada graduan adalah dibawah seliaan Institut Antarabangsa BrandImage dan disahkan oleh Open University Malaysia.

Istiadat Konvokesyen Open University Malaysia ke-22 dan Majlis Penganugerahan ke-14 ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTD) dan telah disempurnakan oleh Presiden / Naib Canselor Open University Malaysia, Yang Berbahagia Profesor Dato' Dr Mansor Fadzil dan Profesor Madya Dr Richard Ng, Pengarah Institut Pembangunan Profesional.

Turut hadir Profesor Adjung Wendy Lee, Pengasas dan Pengetua Institut Antarabangsa BrandImage, tetamu kehormat dari Open University Malaysia, ahli pengurusan tertinggi Institut Antarabangsa BrandImage, serta para jemputan dan alumni.

Perunding BrandImage International Institute, Open University Malaysia,

Pensijilan Sebagai Perunding BrandImage Bertauliah


Kumpulan 27 graduan ini terdiri daripada golongan profesional berkerjaya dan juga eksekutif korporat dalam pelbagai bidang di Malaysia telah memulakan program masing-masing pada tahun lepas.

Berikutan penyiapan kerja kursus yang komprehensif, mereka telah menjalani sesi latihan dan pembelajaran berasaskan pengalaman selama 3 bulan yang dinamik meliputi pelbagai bidang khusus kemahiran dan pengetahuan seperti penampilan, tingkah laku, penjenamaan, komunikasi, imej, pengurusan persepsi dan sesi pembentangan.

Profesor Madya Richard Ng juga menyatakan bahawa seseorang individu dengan kemahiran BrandImage dapat meningkatkan keperibadian seseorang individu atau memenuhi standard sosial, lantas dengan itu membantu membina kedudukan diri dalam dunia korporat dengan penuh keyakinan dan membentuk pengaruh positif yang lebih mudah.

"Sebagai sebuah profesyen, perundingan BrandImage merupakan sebuah industri yang sedang berkembang maju yang menawarkan peluang tanpa had; dan apabila mempunyai pengetahuan dan pensijilan sebagai Perunding BrandImage akan memberikan ransangan tambahan untuk menggerakkan perniagaan dan kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi" - Profesor Adjung Wendy Lee, Pengasas dan Pengetua Institut BrandImage.

Institut Antarabangsa BrandImage kini sedang giat membangunkan sebuah program peringkat Sarjana Profesional (Professional Masters), terbuka bagi golongan yang ingin melanjutkan pelajaran dan menjadi pakar dalam bidang ini.

Pemohon yang berminat boleh hubungi Institut Antarabangsa BrandImage untuk info lanjut di talian 603 5523 6063 atau layari www.brandimageinstitute.com.


COMMENTS

BLOGGER: 6
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Penganugerahan 27 Perunding BrandImage International Institute
Penganugerahan 27 Perunding BrandImage International Institute
Penganugerahan 27 Perunding Imej bertauliah dan Perunding Jenama Dan Imej Profesional bertauliah | BrandImage International Institute | Istiadat Konvokesyen Open University ke-22.
https://1.bp.blogspot.com/-N7ssONB-rec/W7GRDKP8C2I/AAAAAAAAVfg/I32vkSBmWwImgqmJwf-fUd64XXLUvHl-QCLcBGAs/s640/BrandImage%2BInternational%2BInstitute1-min.png
https://1.bp.blogspot.com/-N7ssONB-rec/W7GRDKP8C2I/AAAAAAAAVfg/I32vkSBmWwImgqmJwf-fUd64XXLUvHl-QCLcBGAs/s72-c/BrandImage%2BInternational%2BInstitute1-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/10/penganugerahan-27-perunding-brandimage.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/10/penganugerahan-27-perunding-brandimage.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy