Sunway iLabs Makerspace Memperkasa Inovasi Revolusi Industri 4.0

Pelancaran Sunway iLabs Makerspace, memperkasa pembangunan inovasi dan keusahawanan Revolusi Industri 4.0 - Sunway University.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University. Khir Khalid.

Sunway iLabs, sebuah 'non-profit incubator dan accelerator' pembangunan bakat inovasi dan keusahawanan, telah melancarkan Sunway iLabs Makerspace sebagai platform persediaan kepada para pelajar dan usahawan mendepani arus revolusi industri 4.0.

Dilengkapi dengan peralatan terkini 'state-of-the-art', ia juga merupakan komitmen berterusan Sunway iLabs bersama 5 rakan industri iaitu Google, General Electric (GE), NEC, Hitachi Sunway dan Xperanti dalam menyokong pemerkasaan industri pendidikan tinggi dalam era digital abad ke-21.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

Pelancaran Sunway iLabs Makerspace Sunway University


Pada 8 Oktober 2018, saya telah menghadiri pelancaran Sunway iLabs Makerspace di Sunway University. Ia disempurnakan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr Siti Hamisah binti Tapsir dan Founding Trustee, Jeffrey Cheah Foundation, YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah bersama Pengarah Sunway iLabs, Matt van Leeuwen.

Turut hadir, University of California Berkeley's (UC Berkeley) Industry Fellow and Faculty, Gigi Wang; Profesor Keusahawanan INSEAD, Virginia Cha; Ketua Pegawai Eksekutif GE Malaysia, Datuk Mark Rozario, Pengarah Urusan NEC Malaysia, Chong Kai Wooi; dan pengurusan senior Kumpulan Sunway.

Pelancaran turut menyaksikan pengumuman 3 kolaborasi antarabangsa iaitu European Commission-funded South East Asia Social Innovation Network (SEASIN), University of California, Berkeley dan Silicon Valley accelerator, A3 Global Collider, sebagai platform sokongan sumber tambahan permodalan, mentorship dan jaringan pasaran antarabangsa kepada para pelajar dan usahawan.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

iLabs Makerspace Memperkasa Bakat Inovasi Dan Keusahawanan


Bagi subscriber blog ini, pastinya pernah membaca beberapa perkongsian terdahulu tentang Sunway iLabs ini. Pelbagai aktiviti dalam memperkasa pembangunan bakat inovasi dan keusahawanan boleh anda baca di akhir pengisian artikel ini.

Sempena pelancaran Sunway iLabs Makerspace di Sunway University ini, saya berpeluang meninjau persekitaran dalaman. Ia sememangnya pencetus idea kepada para pelajar dan juga usahawan dalam penghasilan solusi dan inovasi yang menepati piawaian industri era digital.

Ia seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Dato' Seri Jeffrey Cheah bahawa Sunway iLabs Makerspace ini merupakan platform terbaru yang mampu melengkapkan pelajar dengan 'mindset' dan 'tools' yang bertepatan dalam perubahan persekitaran masa kini yang serba pantas.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University.

"Bekalkan generasi muda kita dengan pendidikan, tools dan mentor yang betul merupakan elemen yang sangat penting masa kini. Globalisasi, urbanisasi dan digitalisasi merupakan dorongan yang sangat berkuasa dalam mempengaruhi landskap dunia. Kita tidak lagi bersaingan sesama kita, tetapi bersama negara kejiranan dan seluruh dunia." - Tan Sri Dato' Seri Dr. Jeffrey Cheah.

Sunway iLabs Makerspace sememangnya platform yang bertepatan dengan generasi digital sekarang ini. Pelbagai bimbingan dan peluang pastinya tersedia luas dari pakar dan peneraju industri untuk dimanfaatkan sebaiknya demi pembangunan modal insan yang mampan.

Sunway iLabs Makerspace - Sunway University. Khir Khalid.

Sunway iLabs Makerspace terletak di Aras Bawah (Ground Floor) Sunway University dan boleh di akses oleh para pelajar dan usahawan. Ia dilengkapi dengan 'tools' yang bertepatan untuk pembangunan inovasi seperti mesin pencetak 3D, pemotong lazer dan pelbagai gajet-gajet eletronik.

Rakan industri induk seperti Google, GE, NEC, Hitachi Sunway dan Xperanti akan terlibat secara aktif dalam memperkasa pembangunan inovasi berkaitan Industri 4.0 kepada Universiti dan pasaran.

Info lanjut Sunway iLabs boleh layari https://innovationlabs.sunway.edu.my/


Baca lagi artikel terkait Sunway iLabs;
> Sunway iLabs Start-It Challenge Perkasa Keusahawanan Belia Selangor.
> Program Lanjutan Inovasi Usahawan Sunway iLabs Accelerator.
> Startup World Cup Malaysia 2018 Aspirasi Keusahawanan Global.

COMMENTS

BLOGGER: 4
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sunway iLabs Makerspace Memperkasa Inovasi Revolusi Industri 4.0
Sunway iLabs Makerspace Memperkasa Inovasi Revolusi Industri 4.0
Pelancaran Sunway iLabs Makerspace, memperkasa pembangunan inovasi dan keusahawanan Revolusi Industri 4.0 - Sunway University.
https://4.bp.blogspot.com/-6GopAWG72Zg/W78ovoCN95I/AAAAAAAAVkM/UqqO--hM6ygv6cnYD6ukV_jVfZ9k2VCnACLcBGAs/s640/iLabs%2BMakerspace-min.png
https://4.bp.blogspot.com/-6GopAWG72Zg/W78ovoCN95I/AAAAAAAAVkM/UqqO--hM6ygv6cnYD6ukV_jVfZ9k2VCnACLcBGAs/s72-c/iLabs%2BMakerspace-min.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2018/10/sunway-ilabs-makerspace-sunway-university.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2018/10/sunway-ilabs-makerspace-sunway-university.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy