Daftar Google Business Profile

Assalamualaikum. Bisnes anda dah daftar Google Business Profile?

Saya terpanggil berkongsi info tentang Google Business Profile atau dahulunya bernama Google My Business dalam salah satu pertemuan dengan seorang pengusaha. Semasa perbincangan, saya sempat bertanya siapa yang sarankan beliau untuk menghubungi saya atau dari mana beliau dapat contact saya? Jawab beliau.. dari Google, ada link appointment, profile dan info perhubungan.

Menurut beliau, lama juga pengurusan mereka meninjau maklumat sebelum mengambil keputusan menghubungi saya dan emel untuk pertemuan tersebut. Ada beberapa nama Khir Khalid yang dipaparkan di ruang carian Google, kata beliau lagi. Ada seorang makeup artist popular dan seorang lagi menjawat banking operations. Namun, jelas terpapar dalam Google maklumat yang mereka cari.. alhamdulillah, seterusnya menjadi antara pengalaman yang baik.

Sememangnya, kewujudan di enjin carian sudah menjadi antara aspek penting yang perlu dikuasai oleh setiap perniagaan agar dapat tersenarai untuk rujukan para pencari maklumat, para pelanggan dan prospek pasaran. Antara platform yang perlu dimanfaatkan adalah Google Business Profile.

Google Business Profile

Google Business Profile (GBP) merupakan platform sokongan pemasaran digital yang disediakan secara percuma oleh Google bagi membantu setiap perniagaan membina kewujudan maya yang lebih baik pada enjin carian.

Ini bermaksud, perniagaan yang mendaftar akaun GBP dapat tersenarai pada kedudukan yang lebih terserlah, berserta maklumat dan paparan yang lebih berkredibiliti kepada bakal pelanggan dan prospek pasaran. Ia secara tidak langsung dapat membantu dalam menyokong reputasi perniagaan serta potensi pasaran melalui kredibiliti enjin carian Google.

Paparan GBP daripada hasil carian juga mempunyai penerampilan yang berbeza dari penyenaraian biasa. Ia dipaparkan pada bahagian atas kanan untuk paparan desktop dan di kedudukan atas melalui peranti pintar. Maklumat perniagaan juga ditampilkan dalam satu ruangan berserta gambar, profil ringkas, pautan ke laman web atau media sosial dan peta lokasi secara teratur.

Berdasarkan kenyataan Google, peningkatan persaingan digital pada tahun 2021 dan seterusnya telah memberi kelebihan kepada Google Business Profile untuk menjadi salah satu platform pilihan strategik dalam memperkukuh lokaliti pasaran. Kini, ia bukan sahaja dimanfaatkan oleh syarikat multinasional, tetapi oleh perusahaan kecil dan sederhana, peniaga mikro serta freelancer dalam membina establishment digital.

Platform GBP ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pemilik akaun untuk memaparkan profil perniagaan merangkumi nama syarikat dan aktiviti yang dijalankan, alamat, waktu beroperasi dan info perhubungan. Terdapat juga pautan yang boleh diintegrasi dengan platform digital yang lain, termasuk Google Maps bagi memudahkan pelanggan berkunjung ke premis perniagaan.

GBP juga dilengkapi ruangan blog untuk pemilik akaun mencipta kandungan berkaitan produk, perkhidmatan atau aktiviti-aktiviti perniagaan dari masa ke semasa, termasuk ruangan review dan rating pelanggan dalam membantu membina testimoni saranan pengguna terhadap syarikat, produk dan perkhidmatan kepada rujukan umum.

Mendaftar GBP Untuk Pemasaran Digital

Memiliki akaun GBP juga merupakan syarat untuk beriklan melalui Search Engine Marketing (SEM). Sekiranya anda berhasrat melaksanakan periklanan google (Google Ads) namun masih belum memiliki laman web rasmi perniagaan, pihak Google akan mendapatkan sumber maklumat dan kandungan artikel di GBP. Ini kerana, Google Ads tidak dapat dilakukan tanpa GBP atau laman web.

Mendaftar akaun GBP mudah dan percuma. Sayang jika tidak dimanfaatkan untuk memperkukuh aset pemasaran digital perniagaan sedia ada.

Justeru itu, layari laman rasmi Google Business Profile di >SINI< dan ikuti panduan yang disediakan. Ia merupakan satu lagi platform penting dalam memperkukuh potensi pasaran digital yang semakin berkembang pesat.

Baca lagi: 6 Asas Pemasaran Digital Untuk Peniaga Mikro

Subscribe Newsletter untuk artikel terkini:

5 Thoughts to “Daftar Google Business Profile Untuk Pasaran Digital”

  1. Salam ziarah..tahniah ya, teruskan usaha

  2. Alhamdulillah terima kasih perkonsiannya boleh cuba ni

  3. saya belum lagi mendaftar untuk akaun GMB.

    Bahkan ini perkara yang baru saya tahu.

    Nampaknya saya terkalah dengan tuan dalam bab ini

  4. Ariff Hassan

    Sykt kami antara yg terima manfaat dari GMB ni especially bila integrate dgn SEM. Mmg betul, GMB ni actually is the 1st things every business should do beside social media and before anything else

  5. Betapa pentingnya Google My Business untuk pemilik-pemilik perniagaan sama ada kecil atau besar.

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.