Pemasaran Search Engine Marketing (SEM)

Saya terpanggil berkongsi kelebihan Search Engine Marketing (SEM) atau Pemasaran Enjin Carian kepada pembaca dalam huraian bersama rakan associate baru-baru ini, bagaimana ia membantu menjayakan pelbagai kempen pemasaran kepada usahawan dan pemain industri digital.

SEM bukan perkara asing bagi sesetengah perniagaan, juga bagi ahli pemasaran digital dalam menguruskan kempen pemasaran. Ia menjadi antara platform pilihan yang dipercayai dalam mengukuhkan serta meluaskan lagi potensi pasaran.

Maka, sekiranya kita antara yang serius dalam memanfaatkan potensi digital untuk kerjaya atau perniagaan, sudah semestinya ia juga antara perkara yang perlu kita ambil tahu dan mungkin boleh kita laksanakan untuk meluaskan lagi prospek pasaran.

Kelebihan Search Engine Marketing (SEM)

Apa Itu Search Engine Marketing (SEM)

Bagi yang terlibat dalam pembangunan website, menulis kandungan digital dan blog sudah pasti biasa mendengar tentang SEO (Search Engine Optimization).

SEO satu kaedah dalam mengoptimasi enjin carian agar artikel yang ditulis dapat berada di muka hadapan enjin carian atau pada ranking carian yang lebih baik. Ia begitu juga dengan SEM.

Namun SEM bukan sekadar strategi untuk meningkatkan ranking carian semata-mata, tetapi untuk ‘visibility’ capaian pencari maklumat dan sasaran pasaran yang lebih luas dan tepat.

Pemasaran Search Engine Marketing (SEM)

Imej di atas adalah salah satu pemasaran SEM di carian Google.

Ia kaedah Paid Ads, periklanan berbayar dengan mendominasi keyword berkaitan produk, servis atau risalah perniagaan yang ingin diketengahkan pada capaian prospek pasaran di enjin carian seperti Google, Bing dan Yahoo .

SEM turut menampilkan setiap mesej yang diketengahkan melalui pelbagai saluran di portal, website dan aplikasi. Iklan Adsense yang anda lihat di website ini juga adalah antara saluran SEM.

Selain itu, kaedah Pay Per Click (PPC) juga menjadi antara pilihan dalam SEM, terutama untuk kawalan penuh terhadap kos pemasaran.

Kelebihan Dan Kekurangan SEM

Walaupun SEM merupakan pilihan para pengusaha memanfaatkan potensi pemasaran digital, terdapat juga kelebihan dan kekurangan untuk pengetahuan bersama.

Kelebihan SEM

SEM mendorong meningkatkan conversion

Siapa yang tak mahu bisnes ‘masyuuk’. Berdasarkan pengalaman membuktikan SEM berkesan mendorong lead conversion.

Berbeza dengan SEO yang lebih untuk carian organik, SEM memberi capaian prospek pasaran melalui target carian yang jauh lebih terancang. Paduan SEM dan SEO mampu menghasilkan pulangan maksima jangka panjang yang amat baik.

SEM meningkatkan kepercayaan pasaran

Selain meningkatkan ‘awareness’ penjenamaan, produk dan servis kepada pasaran, SEM mempunyai daya pengaruh yang besar.

Dikatakan sekitar 25% prospek pasaran lebih mempercayai ‘goodwill’ syarikat yang mengunakan strategi SEM. Walaupun 25%, namun ia adalah golongan prospek pelanggan ‘berduit’ dan ada intention untuk membeli, termasuk para pelabur, pemodal dan seangkatan dengannya.

Perlaksanaan SEM secara terancang bukan sahaja mampu menarik pelanggan, tetapi melonjakkan imej, reputasi dan kredibiliti bisnes ke peringkat yang lebih besar.

Pelaburan pemasaran yang kos efektif

Strategi pemasaran SEM sebenarnya jauh lebih kos efektif dan dapat disesuaikan dengan bajet. Malah ada pengiraan kos yang boleh diselia berdasarkan klik berbanding impak yang diperolehi.

Ia juga mampu menguasai carian di lokasi yang disasarkan dengan lebih dominan. Jika anda menggunakan SEM atas kata kunci dan sasaran lokasi pasaran strategik, tiada pesaing SEO yang dapat mendominasi ‘visibility’ anda di enjin carian.

Kelebihan Search Engine Marketing (SEM)

Kekurangan SEM

Kos lebih besar untuk pasaran yang kompetitif

Nak main besar, kenalah modal besar… sesuai dengan petikan itu, SEM melibatkan kos yang besar sekiranya anda mahu mendominasi keyword pada prospek pasaran yang tinggi dengan persaingan.

Ini berlaku sekiranya terdapat ramai pemain industri yang turut menggunakan strategi SEM pada target keyword dan pasaran yang sama. Jika ia berbaloi untuk dilakukan, pastikan terlebih dahulu bajet pemasaran dirancang dengan rapi.

Sebahagian besar pencari maklumat tidak suka iklan

Terdapat juga maklumbalas berdasarkan survey menyatakan kebanyakkan pencari maklumat tidak suka kandungan iklan. Ya.. ada logiknya, sebab kebanyakkan kita pun akan cuba menghindari iklan.

SEM bukanlah strategi yang baik tanpa tujuan yang jelas. Maka perlu pastikan agar tujuan iklan tersebut dapat memenuhi keperluan prospek yang memerlukan produk atau servis yang ditawarkan.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, SEM memiliki kelebihan yang jauh lebih besar berbanding kekurangan. Ia mampu membina prospek dalam skala besar dengan bajet pemasaran yang kos efektif.

Justeru, bagi anda yang berhasrat mengembangkan lagi potensi bisnes melalui pemasaran digital, kelebihan Search Engine Marketing antara strategi yang patut dimanfaatkan.

Baca lagi: Kepentingan Pendidikan Digital Dalam Arus IR4.0

Subscribe Newsletter untuk info artikel terkini.

14 Thoughts to “Kelebihan Search Engine Marketing Untuk Pemasaran”

  1. teknologi dunia semakin canggih dan manfaatnya semakin meluas. so tugas kita adalah mempelajari dan menguasainya sebaik mungkin

    1. Even dlm kebanyakkan peringkat kerjaya pun, antara syarat yg diperlukan setidaknya perlu ada pengetahuan dan kemahiran teknologi digital.

  2. Marzuki RMN

    Jelas ttg SEM ni.. mmg bnyk potensi dlm membina prospek digital yg bukan sekadar membaca, tp ada impak yg baik. Thanks share input ni.

    1. Betul.. kdg2 kredibiliti bisnes bukan shj dari aspek bijak digital, tapi kemampuan komitmen jadi sebahagian juga. Nak projek besar bukan aspek pandai atau smart menulis sahaja tapi kredibiliti kemampuan.. show me the money haha.

  3. SEM perlu dikuasai sbg strategi pemasaran utuk perolehi keuntungan berganda..moga semakin berjaya mencapai target insyaaAllah

    1. Antara alternatif selain social media ads kak, in shaa Allah.. moga sama2 kita semua sentiasa mencapai target.. aamiin.

  4. terima kasih atas perkongsian. saya dapat ilmu baru harini ^_^

    1. In shaa Alllah moga bermanfaat, terima kasih kembali Umi Nazrah.

  5. bila dah menguasai search engine marketing uang mengalir sendiri masuk ke rekening makasih awesome share en

    1. In shaa Allah jika content bertepatan, mmg amat membantu. Trimas juga sahabat.

  6. […] Baca lagi: Kelebihan Search Engine Marketing Untuk Pemasaran. […]

    1. Kuasa digital – Strategi pemasaran juga haruslah mengikut perkembangan semasa utk lebih mudah mencapai target market

  7. […] juga dapat dijadikan tools pemasaran enjin carian (search engine marketing – SEM) dalam meningkatkan reputasi kepada prospek pasaran yang berpotensi dan berkredibiliti. Jika tidak […]

  8. […] Anda boleh mendaftar secara percuma. Ia juga memudahkan pelanggan mendapatkan maklumat perniagaan jangka panjang. Selain itu, ia juga membantu sekiranya anda berhasrat membina kempen pemasaran enjin carian (Search Engine Marketing – SEM). […]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.